PIBG SK Methodist Pelabuhan Klang

PIBG SK Methodist Pelabuhan Klang Info dan aktiviti sekolah akan dimaklumkan dalam page ini sepanjang tahun.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat warga KSIB/Alumni SK Methodist Pel. Klang🤩Berita Gembira! Anak-anak hebat kita ...
04/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat warga KSIB/Alumni SK Methodist Pel. Klang🤩

Berita Gembira! Anak-anak hebat kita dari SK Methodist, Pel. Klang bakal menggalas tanggungjawab besar membawa nama sekolah ke Peringkat Negeri & Kebangsaan dalam acara Aerodance, Nasyid, dan Memanah! 🏹🎤🕺💃

Untuk memastikan mereka dapat bertanding dengan semangat yang tinggi dan kelengkapan yang selesa, kami ingin menjemput Tuan/Puan untuk bersama-sama menyumbang untuk *"Dana Semangat Juara".*

Sumbangan sekecil RM10 atau mengikut kemampuan anda, amatlah bermakna untuk dana tambahan:-
✅ Kos latihan intensif.
✅ Pakaian seragam pertandingan.
✅ Makan minum tambahan & kebajikan murid.
✅ Lain-lain keperluan.

Marilah sama-sama kita doakan kejayaan mereka. Sedikit sumbangan anda, pemangkin kejayaan buat mereka!

Sumbangan boleh dilakukan ke Akaun Bank Rasmi PIBG SK METHODIST Pel. Klang
MAYBANK
0120 4420 0915
Ref. : DanaJuara

*PENTING!!!*
Resit sumbangan sila pm saya atau YDP untuk rekod.

Terima Kasih.
Rozlina
JK PIBG, SK Methodist, Pel. Klang

Tahniah kepada Ammar Thaqif atas kejayaan meraih tempat Johan dalam acara Memanah 40 Meter di Kejohanan MSSD Klang.Semog...
21/04/2026

Tahniah kepada Ammar Thaqif atas kejayaan meraih tempat Johan dalam acara Memanah 40 Meter di Kejohanan MSSD Klang.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang dan melakar lebih banyak pencapaian pada masa hadapan.

Ikhlas daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Methodist Pelabuhan Klang

Johan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah(FNSS) Daerah KlangKATEGORI SEKOLAH RENDAH🤲🏻 Johan - Al Haq (SK Methodist (M))🤲🏻 Pe...
17/04/2026

Johan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah
(FNSS) Daerah Klang
KATEGORI SEKOLAH RENDAH
🤲🏻 Johan - Al Haq (SK Methodist (M))
🤲🏻 Persembahan terbaik - Al Haq (SK Methodist (M))
🤲🏻 Lagu 1 terbaik - Al Haq (SK Methodist (M))
🤲🏻 Lagu 2 terbaik FNSS (SK Methodist (M))
Tahniah anak-anak Al-Haq
Tahniah buat jurulatih-jurulatih dan guru-guru yang
telah membimbing pasukan Nasyid Al-Haq
Selamat Maju Jaya di peringkat Negeri 🥰🤲🏻
Kami sentiasa doakan kejayaan Al-Haq 🥰🤲🏻

30/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Semoga Aidilfitri yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.

Ikhlas daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
S.K. Methodist Pelabuhan Klang
Selangor

18/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Methodist Pelabuhan Klang dengan penuh keikhlasan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, guru-guru serta murid-murid yang beragama Islam.Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, meningkatkan keimanan dan ketakwaan, serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan kita semua. Didoakan agar segala amalan diterima dan dipermudahkan segala urusan sepanjang bulan yang mulia ini.Ikhlas daripada,Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)Sekolah Kebangsaan Methodist Pelabuhan KlangSelangor Darul Ehsan 🌙

16/02/2026

UCAPAN SELAMAT TAHUN BAHARU CINA Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)Sekolah Rendah Methodist Pelabuhan KlangDengan penuh sukacita, kami daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Methodist Pelabuhan Klang ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua guru, ibu bapa, murid serta seluruh warga sekolah yang meraikannya.Semoga tahun yang baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, kejayaan dan kemakmuran kepada anda sekeluarga.Gong Xi Fa Cai! 🧧🎉Ikhlas daripada,Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)Sekolah Rendah MethodistPelabuhan Klang Selangor

PROGRAM MERENTAS DESA 2026 (30012026/JUMAAT)SK METHODIST PELABUHAN KLANG,TELAH BERLANGSUNG PADA PAGI INI JAM 0800HRS BER...
30/01/2026

PROGRAM MERENTAS DESA 2026 (30012026/JUMAAT)
SK METHODIST PELABUHAN KLANG,TELAH BERLANGSUNG PADA PAGI INI JAM 0800HRS BERMULA DI SEKOLAH - SEKITAR KAMPUNG RAJA UDA PELABUHAN KLANG SELANGOR - TAMAT DISEKOLAH.
TURUT MEMBANTU GURU ADALAH AJK PIBG DAN SUKARELAWAN IBUBAPA.

KEMPEN KEHADIRAN ANAK  KE SEKOLAHHarapan kami semoga tuan/puan dapat memastikan anak-anak hadir ke sekolah bagi memastik...
12/01/2026

KEMPEN KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH

Harapan kami semoga tuan/puan dapat memastikan anak-anak hadir ke sekolah bagi memastikan pembelajaran mereka berjalan lancar dan menjamin masa hadapan mereka dalam dunia hari ini yang lebih mencabar.

Tahniah dan terima kasih kerana setia memilih SK METHODIST, P.KLANG sebagai sekolah pilihan anak-anak tuan/puan.


Selamat Datang anak2 Tahun 1/2026..tuntut la ilmu sehingga usiamu 12 thn di SK Methodist🥰
12/01/2026

Selamat Datang anak2 Tahun 1/2026..tuntut la ilmu sehingga usiamu 12 thn di SK Methodist🥰

12/01/2026

Address

SK METHODIST PELABUHAN KLANG, Jalan ORKID
Port Swettenham
42000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Methodist Pelabuhan Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category