Sk Tengku Bendahara Azman 1

Sk Tengku Bendahara Azman 1 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sk Tengku Bendahara Azman 1, Elementary School, Lorong Sabah, Pandamaran, Port Klang.

Seluruh warga SK Tengku Bendahara Azman 1 mengucapkan selamat maju jaya kepada wakil Daerah Klang, Muhammad Zulhilmi Nur...
07/08/2026

Seluruh warga SK Tengku Bendahara Azman 1 mengucapkan selamat maju jaya kepada wakil Daerah Klang, Muhammad Zulhilmi Nur Sam Syaria, yang akan menyertai Karnival Kokurikulum, Sukan dan Kesenian Pendidikan Khas Negeri Selangor 2026.

📅 Tarikh: 11 & 12 Ogos 2026
📍 Tempat: Hexta World Mall

Semoga memperoleh kejayaan cemerlang dan terus mengharumkan nama sekolah serta Daerah Klang.


🏆 Tahniah dan syabas diucapkan kepada Arfan Nur Ieman bin Azfarizan atas kejayaan terpilih sebagai wakil Klang dalam Kej...
07/08/2026

🏆 Tahniah dan syabas diucapkan kepada Arfan Nur Ieman bin Azfarizan atas kejayaan terpilih sebagai wakil Klang dalam Kejohanan Bola Baling MSS Selangor 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan. Selamat maju jaya dan semoga memperoleh kejayaan yang membanggakan di peringkat negeri.


🎖️HARI BICARA MADANI 1 TAHUN 2026Pada 17 Julai yang lalu, SKTBA(1) telah menjalankan Hari Bicara Madani yang merupakan p...
24/07/2026

🎖️HARI BICARA MADANI 1 TAHUN 2026

Pada 17 Julai yang lalu, SKTBA(1) telah menjalankan Hari Bicara Madani yang merupakan platform bermakna untuk mengeratkan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga dalam memastikan perkembangan akademik, sahsiah serta potensi murid sentiasa diberi perhatian.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir, meluangkan masa untuk berbincang serta bersama-sama berganding bahu demi kecemerlangan anak-anak.


🤾‍♂️KEJOHANAN BOLA BALING MSSD KLANG 2026Tahniah kepada Pasukan Bola Baling sekolah atas semangat juang, kerjasama dan k...
23/07/2026

🤾‍♂️KEJOHANAN BOLA BALING MSSD KLANG 2026

Tahniah kepada Pasukan Bola Baling sekolah atas semangat juang, kerjasama dan komitmen yang dipamerkan sepanjang Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus berkembang, berusaha dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Syabas semua! 👏🏅


Better late than never✨Mengimbau kenangan majlis persaraan PK Kokurikulum, En. Iskandar Dzulkarnain pada 3/4/26 yang lal...
07/05/2026

Better late than never✨

Mengimbau kenangan majlis persaraan PK Kokurikulum, En. Iskandar Dzulkarnain pada 3/4/26 yang lalu.

Terima kasih atas segala jasa, ilmu dan pengorbanan sepanjang berkhidmat. Persaraan bukan penamat, tetapi permulaan kepada lembaran baharu yang lebih indah. Selamat bersara buat En. Iskandar. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan bersama insan tersayang. Jasamu akan sentiasa dikenang 🌹✨

Ikhlas daripada kami,
Warga 1SKUBA

Ucapan syabas dan tahniah kepada kedua - dua orang murid boling 1SKUBA layak ke peringkat MSSS. 🥇Aisha Rania - NO 1 kate...
17/04/2026

Ucapan syabas dan tahniah kepada kedua - dua orang murid boling 1SKUBA layak ke peringkat MSSS.

🥇Aisha Rania - NO 1 kategori P12. (Score sebanyak 1354)

🥉Shahrizal - No 4 Kategori L12. (Score sebanyak 1284)

Jadikan kejayaan ini sebagai pemangkin untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang. Kami mendoakan agar kalian terus diberi kekuatan, keyakinan dan kejayaan yang berterusan. Teruskan mengharumkan nama sekolah dan semoga berjaya melangkah lebih jauh! 💪🎳

Selamat datang diucapkan kepada Guru Besar baharu, Encik Azmiruddin bin Mohd Yunus ke SK Tengku Bendahara Azman (1). Sem...
03/04/2026

Selamat datang diucapkan kepada Guru Besar baharu, Encik Azmiruddin bin Mohd Yunus ke SK Tengku Bendahara Azman (1). Semoga dengan kehadiran tuan, sekolah ini terus melakar kecemerlangan dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Ikhlas daripada seluruh warga SKTBA (1)

PPD Klang mengucapkan syabas & tahniah kepada Puan Sabariah Binti Rasimin Guru Besar SK Tengku Bendahara Azman (1) atas ...
26/01/2026

PPD Klang mengucapkan syabas & tahniah kepada Puan Sabariah Binti Rasimin Guru Besar SK Tengku Bendahara Azman (1) atas penerimaan AP pertukaran setara sebagai Guru Besar SK Jalan Kebun yang baharu. Tarikh kuat kuasa 19 Januari 2026.

Selamat berkhidmat dan terus maju jaya.

Jemputan kepada semua ibu bapa dan penjaga untuk hadir ke Mesyuarat PIBG Kali Ke-51. Kehadiran dan sokongan anda amat be...
24/01/2026

Jemputan kepada semua ibu bapa dan penjaga untuk hadir ke Mesyuarat PIBG Kali Ke-51. Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna dalam usaha kita bersama membina kecemerlangan anak-anak. Jangan lepaskan peluang menyertai cabutan bertuah yang disediakan!


Selamat kembali ke sekolah, anak-anak hebat! Wajah ceria dan semangat baharu kembali mewarnai hari pertama. Semoga setia...
24/01/2026

Selamat kembali ke sekolah, anak-anak hebat! Wajah ceria dan semangat baharu kembali mewarnai hari pertama. Semoga setiap langkah di sekolah dipenuhi keseronokan, ilmu dan kenangan indah bersama rakan serta guru 🎒📚✨


Address

Lorong Sabah, Pandamaran
Port Klang
42000

Telephone

+60331686648

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sk Tengku Bendahara Azman 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share