Maahad Tahfiz Sains dan Teknologi Darul Ehsan

Maahad Tahfiz Sains dan Teknologi Darul Ehsan Menjana Generasi Rabbani

Pendaftaran Sekolah : BZH 0034

Pentauliahan Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor
(1)

INSTIUTUSI PENDIDIKAN YANG MENJUNJUNG AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN HIDUP GENERASI PENENTU TAMADUN UMMAH

Aktiviti kokurikulum Latihan Kadet Amal hari ini berlangsung dengan penuh semangat dan disiplin! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅPara pelajar didedahk...
19/05/2026

Aktiviti kokurikulum Latihan Kadet Amal hari ini berlangsung dengan penuh semangat dan disiplin! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Para pelajar didedahkan dengan kemahiran asas ikatan tali yang penting dalam situasi kecemasan serta aktiviti luar. Selain itu, latihan kawad kaki turut dijalankan bagi membentuk ketahanan fizikal, fokus dan semangat berpasukan.

Walaupun berpanas dan berpeluh, wajah tetap ceria kerana setiap latihan memberi pengalaman dan ilmu yang sangat berharga. ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“Œ โ€œDisiplin dibina, kepimpinan dipupuk, jati diri diperkukuh.โ€








๐ŸŽ‰ Sambutan Hari Guru Penuh Keceriaan & Kenangan ๐ŸŽ‰Istimewanya, Hari Guru ini diuruskan sepenuhnya oleh barisan pelajar Ti...
19/05/2026

๐ŸŽ‰ Sambutan Hari Guru Penuh Keceriaan & Kenangan ๐ŸŽ‰

Istimewanya, Hari Guru ini diuruskan sepenuhnya oleh barisan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Dari perancangan aktiviti, pengendalian acara, sehinggalah ke hadiahโ€”semuanya menunjukkan kepimpinan, kerjasama dan semangat luar biasa!๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Pelbagai acara sukaneka yang santai dan mencuit hati berjaya mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pelajar ๐Ÿค๐Ÿ’›

Gelak tawa, sorakan, dan momen kebersamaan hari ini pasti menjadi kenangan terindah buat semua.

Terima kasih para pelajar.. Terima kasih juga yang tak terhingga buat semua Guru atas komitmen dan kesungguhan mendidik pelajar. Moga keberkatanNya sentiasa menyelubungi bumi MTSTDE.






Perhimpunan Pagi menjadi antara medan latihan para pelajar untuk berani tampil ke hadapan. Tugasan mengacara, mengurus, ...
19/05/2026

Perhimpunan Pagi menjadi antara medan latihan para pelajar untuk berani tampil ke hadapan. Tugasan mengacara, mengurus, menyampaikan tazkirah, memimpin bacaan doa dan ikrar mungkin nampak kecil, namun menjadi titik permulaan latihan menjadi seorang yang berani dan berkeyakinan.



Bacaan Yassin dan doa selamat buat Encik Yusuf Husin dan Puan Azimathu
19/05/2026

Bacaan Yassin dan doa selamat buat Encik Yusuf Husin dan Puan Azimathu





Penyampaian anugerah Pelajar Cemerlang SMA 2025 dan Anugerah Tempat Kedua Terbaik SMA 2025 yang diterima semasa Anugerah...
19/05/2026

Penyampaian anugerah Pelajar Cemerlang SMA 2025 dan Anugerah Tempat Kedua Terbaik SMA 2025 yang diterima semasa Anugerah Kecemerlangan GASIS kepada penerima dan penyampaian Sijil Pelajar Khatam Hafazan 30 Juzuk di Perhimpunan Rasmi MTSTDE.

Tahniah diucapkan kepada Pelajar Cemerlang SMA 2025 Noorfadhilah Binti Faijullah yang memperoleh keputusan Mumtaz Sofi serta menjadi penerima Sijil Khatam Hafazan 30 Juzuk.

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru SMA 2025 atas anugerah tempat kedua terbaik SMA 2025 GASIS.

Moga kecemerlangan ini menjadi pemangkin semangat pelajar dan guru untuk lebih cemerlang selepas ini.




Jom Bersama Menyumbang Demi Kecemerlangan Anak-anak Kita!Hari Kecemerlangan Sekolah bukan sekadar meraikan kejayaan, tet...
13/05/2026

Jom Bersama Menyumbang Demi Kecemerlangan Anak-anak Kita!

Hari Kecemerlangan Sekolah bukan sekadar meraikan kejayaan, tetapi menjadi simbol penghargaan kepada usaha dan pencapaian para pelajar. Sehubungan itu, pihak sekolah membuka peluang kepada ibu bapa, alumni dan orang ramai untuk bersama-sama menyumbang dana bagi menjayakan program ini.

Setiap sumbangan anda akan membantu menyediakan hadiah, sijil penghargaan serta kelancaran majlis demi memberi motivasi kepada para pelajar untuk terus cemerlang.

โœจ Kecil bagi kita, besar maknanya buat mereka.

Semoga segala sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan memberi manfaat berpanjangan kepada generasi akan datang.




SEDEKAH JUMAATโ€œSedekah tidak akan mengurangkan harta.โ€ (HR Muslim)Setiap sumbangan anda, walau sedikit, sangat besar nil...
08/05/2026

SEDEKAH JUMAAT

โ€œSedekah tidak akan mengurangkan harta.โ€ (HR Muslim)

Setiap sumbangan anda, walau sedikit, sangat besar nilainya buat anak-anak tahfiz yang sedang menuntut ilmu.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan ๐Ÿคฒ

Sumbangan boleh disalurkan ke:
๐Ÿ’ณ BANK RAKYAT: 1100 580 726
Maahad Tahfiz Sains & Teknologi Darul Ehsan

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.





๐Ÿ‚ JOM LAKSANAKAN KORBAN BERSAMA MAAHAD TAHFIZ SAINS & TEKNOLOGI DARUL EHSANMaahad Tahfiz Sains Dan Teknologi Darul Ehsan...
06/05/2026

๐Ÿ‚ JOM LAKSANAKAN KORBAN BERSAMA MAAHAD TAHFIZ SAINS & TEKNOLOGI DARUL EHSAN

Maahad Tahfiz Sains Dan Teknologi Darul Ehsan (MTSTDE) akan menganjurkan Qurban di India & Afrika.

๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚/๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฅ๐—  ๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐Ÿฌ (termasuk binatang sembelihan, pengurusan dan sumbangan kebajikan)

Transaksi penyertaan boleh di buat melalui :

๐— ๐—”๐—ฌ๐—•๐—”๐—ก๐—ž
๐— ๐—ง๐—ฆ๐—ง๐——๐—˜ ๐—˜๐——๐—จ๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜
๐Ÿฑ๐Ÿฒ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐Ÿฌ๐Ÿฒ๐Ÿณ๐Ÿฌ ๐Ÿฎ๐Ÿต๐Ÿฒ๐Ÿฏ

Sila whatsapp butiran penyertaan seperti berikut :

โ–ช๏ธNama :
โ–ช๏ธNo Kad Pengenalan :
โ–ช๏ธAlamat :
โ–ช๏ธNo H/P :
โ–ช๏ธBilangan bahagian :
โ–ช๏ธBeserta bukti transaksi ke bank.

Sebarang Tempahan/Pertanyaan, sila hubungi : 013-429 0727
๐Ÿ“ฒ : https://www.wassap.my/60134290727/Korban2026




Alhamdulillah. MTSTDE menerima 2 anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan GASIS 2026 yang diadakan di AnCasa Resort Por...
30/04/2026

Alhamdulillah. MTSTDE menerima 2 anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan GASIS 2026 yang diadakan di AnCasa Resort Port Dickson.

Anugerah yang diterima adalah Tempat Kedua Bagi Kategori Keputusan Cemerlang Sijil Menengah Agama 2025 dan Anugerah Pelajar Cemerlang Mumtaz Sofi 2025.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada para pelajar dan guru untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.




Address

NO 7-1 & 7-2, WISMA KOJAYA, LORONG ORKID 2B/KS 04, KAMPUNG RAJA UDA
Port Klang
42000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Sains dan Teknologi Darul Ehsan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category