21/04/2026
Sekitar Majlis Persaraan Puan Azura binti Miran, guru Bahasa Melayu dan Geografi yang telah berkhidmat menabur bakti selama 25 tahun di SMK Tengku Ampuan Jemaah. Terima kasih cikgu atas jasa dan sumbangan, selamat berehat dari dunia pendidikan. Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan kehidupan selepas bersara yang lebih bermakna di samping keluarga tersayang 🤍🌸