01/12/2025
Alhamdulillah, Majlis Anugerah Prestasi PASTI Asy-Syafi’i 2025 telah berlangsung dengan jaya dan penuh meriah!
Majlis yang diadakan pada 30 November 2025 di Dewan Kastam ini menjadi medan untuk meraikan kecemerlangan para pelajar yang telah menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tahun. Kehadiran ibu bapa, guru-guru serta para tetamu telah memeriahkan suasana dan menambahkan lagi seri majlis.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Dr. Khalid bin Nayan, YDP PAS Kawasan Klang atas kesudian hadir serta menyampaikan kata-kata semangat kepada semua yang terlibat. Ucapan beliau memberi inspirasi bukan sahaja kepada anak-anak PASTI, malah seluruh warga PASTI Asy-Syafi’i.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menerima anugerah. Semoga kejayaan hari ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang pada masa hadapan. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada para guru dan ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang kecemerlangan anak-anak.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.
Semoga PASTI Asy-Syafi’i terus melahirkan generasi soleh dan solehah yang cemerlang dunia dan akhirat.