Fast Response Training and Consultancy

Fast Response Training and Consultancy Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fast Response Training and Consultancy, Education, 42920 Pulau Indah, Port Klang.

*OPEN SLOT PROGRAM TAHSIN IBADAH‼️*JOM *Daie Muda Yadim Aiman & Ust Hazwan* membuka slot Program Tahsin Ibadah di sekola...
25/09/2025

*OPEN SLOT PROGRAM TAHSIN IBADAH‼️*

JOM *Daie Muda Yadim Aiman & Ust Hazwan* membuka slot Program Tahsin Ibadah di sekolah-sekolah serata Malaysia dan di surau/masjid khususnya Selangor. Antaranya:

*1. Tahsin Solat*
*2. Haji & Umrah*
*3. Pengurusan Jenazah*

Ada lagi‼️Motivasi *PEMANTAPAN SAHSIAH & TAMRIN KEPIMPINAN* juga kami laksanakan 😁

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus:

https://www.wasap.my/60172590958/ProgramTahsinIbadahFRTC

01/09/2025
26/07/2025

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اللَّهُمَّ يَا مُيَسِّرَ كُلِّ أَمْرٍ، وَيَا دَافِعَ كُلِّ شَرٍّ، يَا عَلِيمُ يَا حَفِيظً
يَا مَنْ بِيَدِهِ مَقَادِيرُ الْأُمُورِ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين
يَسِّرْ لَنَا كُلَّ أَمْرٍ عَسِيرٍ، وَصَرِّفْ عَنِّا كَيْدَ الْحَاسِدِينَ
وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ وَسُوءٍ وَمَكْرٍ، مَا ظَهَرَ مِنْهُ وَمَا بَطَنَ
وَاجْعَلَّنَا فِي كَنَفِكَ وَأَمَانِكَ وَحِفْظِكَ دَائِمًا
إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Ya Allah, wahai Yang Maha Memudahkan setiap urusan, wahai Yang Menolak segala kejahatan, wahai Yang Maha Mengetahui dan Maha Memelihara.
Wahai Tuhan yang di tangan-Nya segala ketentuan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Permudahkanlah segala urusan kami yang sukar, dan jauhkan kami dari tipu daya orang-orang yang dengki.
Lindungilah kami dari segala keburukan dan kejahatan yang zahir mahupun yang tersembunyi.
Tempatkanlah kami dalam penjagaan, perlindungan, dan naungan-Mu setiap masa.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Alhamdulillah, selesai sudah Program Ceramah Fiqh Jinayat bersama pelajar-pelajar Tingkatan 3 di SAM Nurul Iman.Disampai...
24/07/2025

Alhamdulillah, selesai sudah Program Ceramah Fiqh Jinayat bersama pelajar-pelajar Tingkatan 3 di SAM Nurul Iman.

Disampaikan oleh:

🎤 Ustaz Aiman Khair

Topik yang berat tapi kami cuba bawakan dengan cara yang santai, realistik dan dekat dengan dunia remaja daripada isu jenayah remaja, buli, pergaduhan, rogol, zina, dadah, hingga kepada bagaimana Islam menetapkan hukuman yang adil dan mendidik, bukan sekadar menghukum.

Respon pelajar pun sangat positif banyak yang terkejut, banyak juga yang tersentuh dan mula sedar pentingnya hukum Islam sebagai pelindung, bukan penyekat.

InsyaAllah, ini bukan sekadar ceramah, tapi usaha membina generasi berprinsip, berani berkata benar, dan tahu beza dosa dan pahala walau di zaman penuh cabaran.

📌 Khas untuk cikgu-cikgu atau sekolah yang berminat nak jemput ceramah bertema Fiqh Jinayat, Isu Sosial Remaja atau topik-topik pembangunan sahsiah remaja boleh PM atau hubungi terus.

https://www.wasap.my/60172590958/JomFastResponse

Pendekatan santai, interaktif dan padat dengan kisah-kisah realiti yang membuka mata dan hati.

Doakan agar usaha kecil ini memberi kesan besar buat generasi muda kita.
Fiqh bukan hanya untuk difahami, tapi untuk diamalkan demi kehidupan yang lebih selamat dan diberkati.

Alhamdulillah🤲🏻Selesai program TAHSIN SOLAT bersama pelajar tingkatan 1 SMK PULAU INDAHProgram santai tapi sampai bersam...
18/07/2025

Alhamdulillah🤲🏻

Selesai program TAHSIN SOLAT bersama pelajar tingkatan 1 SMK PULAU INDAH

Program santai tapi sampai bersama team FAST RESPONSE TRAINING & CONSULTANCY

“Nak perbaiki hidup kamu , perbaiki solat dulu”

🕋 Alhamdulillah selesai!Program HAJI & UMRAH bersama murid Tingkatan 4 SMK Pulau Indah ✨Penuh gelak tawa, ilmu dan inspi...
18/07/2025

🕋 Alhamdulillah selesai!

Program HAJI & UMRAH bersama murid Tingkatan 4 SMK Pulau Indah ✨

Penuh gelak tawa, ilmu dan inspirasi! Dari ihram ke Arafah, dari sa’i ke motivasi hidup – semua dikupas santai tapi sampai ke hati ❤️

Terima kasih kepada barisan penceramah hebat:
🎤 DMY Aiman Khair
🎤 DMY Fateh
🎤 Bro Firdaus
🎤 Bang Wan
dan semua team Fast Response Training & Consultancy (FRTC)!

Semoga satu hari nanti,
Kita akan dipilih oleh ALLAH SWT untuk menjejakkan kaki ke bumi MEKKAH & MADINAH amin 🤲






📢 Sekolah Tuan/Puan cari ceramah yang lain daripada yang lain?Kami dari Fast Response Training & Consultancy buka tempah...
24/06/2025

📢 Sekolah Tuan/Puan cari ceramah yang lain daripada yang lain?
Kami dari Fast Response Training & Consultancy buka tempahan slot ceramah & bengkel interaktif untuk *Julai – Disember* ‼️

📌 Antara topik menarik:
✅ Jom Minda A+
✅ Jom Bina Generasi Kita
✅ Jom Sempurnakan Solat
✅ Jom Urus Jenazah
✅ Jom Mantapkan Sahsiah
✅ Jom Leadership

🎤 Ceramah santai tapi menyentuh jiwa
🎯 Aktiviti interaktif yang buka minda
👥 Sesuai untuk sekolah rendah & menengah

📆 Slot cepat penuh – jom book awal!

https://www.wasap.my/60172590958/JomFastResponse

Fast Response – Ceramah yang pelajar takkan lupa!

09/06/2025

“Kalau dulu jadi pengawas sebab cikgu pilih. Sekarang, lepas program ni — mereka sendiri tahu kenapa mereka dipilih.” 💪✨

Program Kepimpinan Pengawas 2025 berjalan dengan penuh warna!
Dari pagi sampai petang,

Latihan kami bukan sekadar ajar baris dan senyum depan pintu kelas —
kami tekankan nilai amanah, tanggungjawab, dan yang paling susah: tegur kawan tanpa kecikkan hati.
(Ya, bukan senang nak suruh kawan diam… sambil senyum 😬)

Cikgu-cikgu pun tumpang bangga.
Anak murid yang dulu senyap dalam kelas, hari ni jadi ketua kumpulan.
Yang dulu asyik minta keluar tandas, hari ni jaga barisan murid lain keluar masuk dengan tertib.
Siapa sangka, pengawas kecil boleh tunjuk jiwa pemimpin besar?

Kami percaya — bila murid diberi kepercayaan, mereka akan belajar erti tanggungjawab.
Dan bila cikgu bagi peluang, mereka akan buktikan yang mereka boleh.

Tahun ni, sekolah kita bukan sekadar ada pengawas — kita ada pemimpin masa depan.

https://www.wasap.my/60172590958/JomFastResponse

Address

42920 Pulau Indah
Port Klang
42920

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fast Response Training and Consultancy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category