Maahad Tahfiz Khaulah Al-Azwar

Maahad Tahfiz Khaulah Al-Azwar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad Tahfiz Khaulah Al-Azwar, High School, Lot 5115 Sg Pinang, Pulau Indah, Port Klang.

Maahad Tahfiz Khaulah Al-Azwar (MAKAR)– Sebuah intitusi pendidikan yang bakal ditubuhkan di Pulau Indah Pelabuhan Klang, Selangor dengan sistem pengajian yang kompeten dengan keadaan masa kini.

05/06/2026

🚧 Kerja-Kerja Pembangunan Masih Berjalan 🚧

Alhamdulillah, pembangunan Maahad Tahfiz Khaulah Al Azwar Lil Banat terus berjalan sedikit demi sedikit dengan izin Allah serta sokongan para penginfaq yang budiman.

Kini kerja-kerja menyiapkan surau pelajar di tingkat satu, kemasan bangunan serta proses mengecat masih giat dijalankan. Banyak lagi keperluan yang perlu disiapkan demi keselesaan para pelajar tahfiz nanti. 🤍

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang yang telah bersama membantu sehingga sampai ke tahap ini. Setiap sumbangan kalian menjadi asbab berdirinya sebuah tempat ilmu, ibadah dan hafazan Al-Quran. Semoga Allah membalas dengan ganjaran pahala yang berterusan. 🤲🏻

Namun kami masih memerlukan bantuan untuk meneruskan pembangunan dan melengkapkan fasiliti maahad.

💳 SALURAN INFAQ
Maybank: 562106713896
Nama Akaun: Akademi Pengajian Khaulah Al-Azwar

🔗 ToyyibPay:

https://toyyibpay.com/INFAQ-FASILITI-ASRAMA-BANAT

https://toyyibpay.com/ATAP-DEPAN-MAKAR

📞 Pertanyaan:
011-15041215
(Ust. Dr. Khalid Nayan)

✨ Sedikit bagi kita, besar nilainya di sisi Alla

SALAM AIDILADHA 1447H ✨🌙Daripada seluruh warga🏡 Maahad Tahfiz Khaulah Al Azwar 🏡di bawah pimpinanAl-Fadhil MudirUstaz Dr...
27/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H ✨🌙

Daripada seluruh warga
🏡 Maahad Tahfiz Khaulah Al Azwar 🏡

di bawah pimpinan
Al-Fadhil Mudir
Ustaz Dr. Khalid Nayan

Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, kami mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah

kepada seluruh muslimin dan muslimat, para guru, ibu bapa, para penyumbang, sahabat perjuangan serta semua yang sentiasa menyokong perjuangan pendidikan Islam ini.

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi madrasah tarbiyah yang mengajar kita tentang makna pengorbanan, keikhlasan, kesabaran dan kepatuhan sepenuhnya kepada Allah سبحانه وتعالى.
Kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi lambang ketaatan yang agung — meletakkan cinta kepada Allah melebihi segala-galanya.

Semoga hari-hari mulia ini mendidik hati kita untuk terus berkorban demi agama, keluarga, ummah dan perjuangan menegakkan kalimah Allah.
Semoga setiap sumbangan, doa, tenaga dan sokongan yang diberikan buat pembangunan Maahad Tahfiz Khaulah Al Azwar menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya hingga ke akhirat.

Kami juga mendoakan agar Allah سبحانه وتعالى:
🤍 Mengurniakan kesihatan dan keberkatan hidup buat semua
🤍 Mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat
🤍 Mengangkat segala ujian dan kesusahan
🤍 Mengurniakan generasi Huffaz yang soleh dan solehah
🤍 Menyatukan hati-hati kita dalam rahmat dan kasih sayang-Nya

Terima kasih kepada semua yang terus bersama membantu pembangunan maahad ini, sama ada melalui doa, sumbangan, tenaga mahupun sokongan yang tidak pernah putus.
Sesungguhnya setiap kebaikan yang kalian hulurkan amat besar nilainya di sisi Allah.

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Taqabbalallahu minna wa minkum”
Semoga Allah menerima segala amal ibadah dan pengorbanan kita semua.

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada,
Al-Fadhil Mudir
Ustaz Dr. Khalid Nayan
serta seluruh warga

✨ Maahad Tahfiz Khaulah Al Azwar

SELAMAT HARI ARAFAH 🕋9 Zulhijjah 1447HBanyyakkan berdoa di hari Arafah. Memohon perlindungan, pengampunan dan petunjuk d...
26/05/2026

SELAMAT HARI ARAFAH 🕋

9 Zulhijjah 1447H

Banyyakkan berdoa di hari Arafah. Memohon perlindungan, pengampunan dan petunjuk dari Allah SWT.

Agar doa lebih maksima, perhatikan adab-adab berikut :

1. Bersungguh-sungguh: Ini adalah hari terbaik sepanjang tahun untuk berdoa. Jangan sia-siakan.
2. Perbanyak Istighfar: Memohon ampunan atas segala dosa.
3. Doa untuk Semua: Doakan diri sendiri, ibubapa, keluarga, guru, sahabat, dan seluruh umat Islam.
4. Adab Umum: Merendahkan suara, mengulang-ulang doa, menghadap kiblat, diawali dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.

Semoga kita semua dimudahkan untuk mengamalkannya dan mendapatkan keberkatan di hari yang mulia ini.

Dari kami;
Maahad Tahfiz Khaulah Al-Azwar Lil Banat.

Selamat Hari GuruDi saat dunia memandang kejayaan pada pangkat dan harta,guru memilih jalan mendidik jiwa,menahan lelah ...
16/05/2026

Selamat Hari Guru

Di saat dunia memandang kejayaan pada pangkat dan harta,
guru memilih jalan mendidik jiwa,
menahan lelah demi melihat anak-anak bangsa mengenal ilmu, adab dan agama.

Buat para guru, mualim dan mualimah…
kalian mungkin tidak selalu disebut,
tetapi doa-doa murid, pahala ilmu dan keberkatan didikan
sedang menanti di sisi Allah .

Ada guru yang mengajar dalam penat,
tersenyum dalam ujian,
dan tetap sabar walau hati sendiri sedang terluka.
Namun kerana ikhlasnya kepada Allah,
dia terus mendidik tanpa meminta balasan manusia.

Terima kasih kerana menjadi pelita ummah,
membentuk generasi bukan hanya cemerlang di dunia,
tetapi juga kenal Tuhan dan cinta akhirat.

Semoga setiap huruf yang diajar,
setiap air mata kesabaran,
setiap langkah menuju kelas
menjadi amal jariah yang tidak pernah terputus hingga ke syurga .

Guru yang ikhlas mendidik kerana Allah,
namanya mungkin tidak disebut manusia…
tetapi disebut mulia di langit oleh para malaikat.

Alhamdulillah… Perkembangan terkini pembinaan Maahad Tahfiz Khaulah Al Azwar Lil Banat semakin menunjukkan perubahan yan...
14/05/2026

Alhamdulillah…
Perkembangan terkini pembinaan Maahad Tahfiz Khaulah Al Azwar Lil Banat semakin menunjukkan perubahan yang sangat baik.

Kerja-kerja mengecat bangunan telah berjalan dan menceriakan suasana maahad, manakala kerja simen lantai laluan pejalan kaki pelajar juga sedang dilaksanakan demi keselesaan dan keselamatan para pelajar nanti.

Sedikit demi sedikit, dengan izin Allah dan sokongan para penyumbang serta doa semua, impian membina tempat lahirnya generasi Al-Quran semakin hampir menjadi kenyataan.

“Jika terhenti langkah kerana lelah, ingatlah… ada pahala yang terus mengalir di setiap bata dan usaha yang dibina kerana Allah.” 🤍

Terus doakan agar segala urusan pembangunan Maahad Tahfiz Khaulah Al Azwar dipermudahkan dan dipercepatkan siap sepenuhnya. 🤲🏻



MAAHAD TAHFIZ KHAULAH AL-AZWAR LIL BANAT 📢 RAYUAN DANA PEMBINAAN SURAU PELAJAR🏗️ Projek: Surau Tingkat 1📍 Lantai & Tangg...
07/05/2026

MAAHAD TAHFIZ KHAULAH AL-AZWAR LIL BANAT

📢 RAYUAN DANA PEMBINAAN SURAU PELAJAR

🏗️ Projek: Surau Tingkat 1
📍 Lantai & Tangga

💰 ANGGARAN KOS: RM 12,000

📌 Keperluan Pembinaan:

* Cement Board
* Lantai
* Tangga
* Kelengkapan Surau

🤲🏻 Ayuh bersama kita menyumbang
Membina tempat sujud buat para pelajar huffaz…
Setiap ringgit anda adalah saham akhirat yang berpanjangan

💳 SALURKAN SUMBANGAN ANDA:
📲 DuitNow / Maybank
5621 0671 3896
(AKADEMI PENGAJIAN KHAULAH AL AZWAR)

📌 Rujukan: INFAQ SURAU

📞 Untuk Pertanyaan / Sumbangan:
Ust. Dr. Khalid Nayan
📱 0111 1504 1215

🏫 MAAHAD TAHFIZ KHAULAH AL-AZWAR
(Akademi Pengajian Khaulah Al Azwar)

“Siapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan bina untuknya rumah di syurga.”

🚧 Kerja-Kerja Pembangunan Masih Berjalan 🚧Alhamdulillah, pembangunan Maahad Tahfiz Khaulah Al Azwar Lil Banat terus berj...
07/05/2026

🚧 Kerja-Kerja Pembangunan Masih Berjalan 🚧

Alhamdulillah, pembangunan Maahad Tahfiz Khaulah Al Azwar Lil Banat terus berjalan sedikit demi sedikit dengan izin Allah serta sokongan para penginfaq yang budiman.

Kini kerja-kerja menyiapkan surau pelajar di tingkat satu, kemasan bangunan serta proses mengecat masih giat dijalankan. Banyak lagi keperluan yang perlu disiapkan demi keselesaan para pelajar tahfiz nanti. 🤍

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang yang telah bersama membantu sehingga sampai ke tahap ini. Setiap sumbangan kalian menjadi asbab berdirinya sebuah tempat ilmu, ibadah dan hafazan Al-Quran. Semoga Allah membalas dengan ganjaran pahala yang berterusan. 🤲🏻

Namun kami masih memerlukan bantuan untuk meneruskan pembangunan dan melengkapkan fasiliti maahad.

💳 SALURAN INFAQ
Maybank: 562106713896
Nama Akaun: Akademi Pengajian Khaulah Al-Azwar

🔗 ToyyibPay:
INFAQ FASILITI ASRAMA BANAT

📞 Pertanyaan:
011-15041215
(Ust. Dr. Khalid Nayan)

✨ Sedikit bagi kita, besar nilainya di sisi Allah.
Semoga setiap infaq menjadi saham akhirat yang terus mengalir hingga ke syurga, insya-Allah.

07/05/2026

Perkembangan Terkini Maahad Tahfiz Khaulah Al Azwar Lil Banat

Alhamdulillah… sedikit demi sedikit, dengan izin Allah dan hasil sokongan para penginfaq yang budiman, pembangunan Maahad Tahfiz Khaulah Al Azwar kini sedang memasuki fasa menyiapkan surau pelajar di tingkat satu serta proses mengecat keseluruhan bangunan.

Setiap bata yang tersusun, setiap ruang yang terbina, semuanya lahir daripada sumbangan dan doa daripada insan-insan yang berhati mulia

Pihak maahad ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah bersama membantu sejak awal pembinaan sehingga ke tahap ini. Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham akhirat yang terus mengalir pahalanya.

Namun, perjalanan pembangunan masih belum selesai…
Kami masih memerlukan dana bagi meneruskan pembangunan serta pembelian pelbagai keperluan penting seperti:

▫️ Karpet surau pelajar
▫️ Kipas & lampu
▫️ Peralatan kelas dan asrama
▫️ Cat dan kemasan bangunan
▫️ Kelengkapan tandas & wuduk
▫️ Perabot dan keperluan pelajar
▫️ Dan lain-lain keperluan pembangunan

💳 SALURAN INFAQ
Maybank: 562106713896
Nama Akaun: Akademi Pengajian Khaulah Al-Azwar

ToyyibPay:
🔗 INFAQ FASILITI ASRAMA BANAT

📞 Hubungi:
011-15041215
(Ust. Dr. Khalid Nayan)

✨ Ayuh rebut keberkatan Jumaat.
Infaq hari ini bukan sekadar memberi,
tetapi menanam saham akhirat
yang pahalanya terus mengalir,
insya-Allah hingga ke syurga. 🤍

“Siapa yang membina rumah Allah, maka Allah akan membina untuknya rumah di syurga.” 🌸

01/05/2026

🌿 INFAQ JUMAAT
Titipan untuk Akhiratmu

Jumaat hadir sebagai hari penuh keberkatan,
hari dilipatgandakan pahala amalan.
Setiap ringgit yang diinfakkan hari ini,
menjadi saksi kebaikan di hadapan Allah kelak.

Di asrama yang sedang dibangunkan ini,
bakal lahir para hafizah penjaga Kalamullah.
Sebelum mereka melangkah jauh membawa cahaya Al-Quran,
kami berusaha menyediakan ruang yang selesa
untuk berehat, belajar dan menghafaz firman-Nya.

📖
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah
adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai,
pada tiap-tiap tangkai terdapat seratus biji.
Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki.”
(Surah Al-Baqarah: 261)

🎯 SASARAN INFAQ: RM10,000

Keperluan Asrama Banat:
• 30 Katil Pelajar
• 30 Tilam Pelajar
• 30 Loker Pelajar
• Kipas Asrama
• Karpet

💳 SALURAN INFAQ
Maybank: 562106713896
Nama Akaun: Akademi Pengajian Khaulah Al-Azwar

ToyyibPay:
🔗 https://toyyibpay.com/INFAQ-FASILITI-ASRAMA-BANAT

📞 Hubungi:
011-15041215
(Ust. Dr. Khalid Nayan)

✨ Ayuh rebut keberkatan Jumaat.
Infaq hari ini bukan sekadar memberi,
tetapi menanam saham akhirat
yang pahalanya terus mengalir,
insya-Allah hingga ke syurga.

Salam Aidilfitri 1447H1 Syawal 1447HRamadan mungkin telah pergi, namun semoga segala tarbiyah, sabar dan taqwa yang dita...
20/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H
1 Syawal 1447H

Ramadan mungkin telah pergi, namun semoga segala tarbiyah, sabar dan taqwa yang ditanam sepanjang bulan mulia itu terus hidup dalam hati kita.

Syawal bukan sekadar hari kemenangan, tetapi tanda rahmat Allah yang memberi peluang kepada kita untuk kembali kepada fitrah saling memaafkan, mengeratkan ukhuwah dan memperbanyakkan syukur.

Pihak Maahad Tahfiz Khaulah Al Azwar mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Taqabbalallahu minna wa minkum
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan dan mengurniakan keberkatan dalam kehidupan kita semua.

Ikhlas daripada
Ust Dr Khalid Nayan
Pengasas
Maahad Tahfiz Khaulah Al Azwar

Address

Lot 5115 Sg Pinang, Pulau Indah
Port Klang
42920PULAUINDAH

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Khaulah Al-Azwar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Khaulah Al-Azwar:

Shortcuts

Share

Category