Laman Rasmi Alumni Politeknik Port Dickson

Directions Contact the school

Laman Rasmi Alumni Politeknik Port Dickson INI ADALAH LAMAN RASMI ALUMNI POLITEKNIK PORT DICKSON. SEGALA MAKLUMAT BERKAITAN ALUMNI DAN POLITEKN

05/09/2026
05/09/2026
05/09/2026

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

04/09/2026

πŒπ”πƒπ€π‡πŠπ€π ππ„π‘π†π„π‘π€πŠπ€π 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 πŠπŽππ•πŽπŠπ„π’π˜π„π

Bakal hadir ke Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Selatan 2026? Simpan pelan lokasi ini sebagai panduan sepanjang berada di Politeknik Premier Port Dickson.

Pelan ini merangkumi lokasi utama termasuk laluan masuk dan keluar, pendaftaran graduan, pengurusan jubah, studio fotografi, penyerahan transkrip dan diploma, bilik gerakan serta kawasan parkir graduan, ibu bapa dan tetamu.

Rancang perjalanan anda dan patuhi laluan yang telah ditetapkan bagi memastikan pergerakan sepanjang majlis berjalan lancar.

Jumpa anda di Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Selatan 2026!






27/01/2026

ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ ππŽπ‘π“ πƒπˆπ‚πŠπ’πŽπ πƒπˆπ€ππ†πŠπ€π“ π’π„ππ€π†π€πˆ ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ ππ‘π„πŒπˆπ„π‘ 𝐃𝐀𝐍 ππ€πŠπ€π‹ πŒπ„ππ€π–π€π‘πŠπ€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆπ‰π€π™π€π‡ 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍𝐀 πŒπ”πƒπ€

26 Januari 2026 | Melaka

Politeknik Port Dickson telah diangkat sebagai Politeknik Premier dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Politeknik Merlimau pada hari ini.

Pengiktirafan tersebut telah disampaikan dalam Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Tahun 2026 oleh YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Penganugerahan taraf Politeknik Premier ini membuka laluan kepada Politeknik Port Dickson untuk bakal menawarkan program ijazah sarjana muda dalam bidang TVET, selaras dengan aspirasi pemerkasaan pendidikan dan latihan teknikal serta keperluan industri masa hadapan.

Pengiktirafan ini turut mencerminkan komitmen berterusan Politeknik Port Dickson dalam memperkukuh kualiti akademik, tadbir urus institusi dan jaringan kerjasama industri ke arah melahirkan graduan TVET yang berdaya saing serta relevan dengan kehendak semasa.






ASSALAMMUALAIKUM..PERSATUAN ALUMNI INGIN MENGADAKAN KEJOHANAN BOLING PERSATUAN ALUMNI PPD 2026.TERBUKA KEPADA ALUMNI DAN...
10/01/2026

ASSALAMMUALAIKUM..
PERSATUAN ALUMNI INGIN MENGADAKAN KEJOHANAN BOLING PERSATUAN ALUMNI PPD 2026.
TERBUKA KEPADA ALUMNI DAN STAFF PPD.
TARIKH : 14 JAN 2026 (HARI CUTI SEMPENA HARI KEPUTERAAN YG DI-PERTUAN BESAR N9)
MASA : 2 PETANG (PENDAFTARAN PESERTA JAM 1TGH)
TEMPAT : LITE SUPERBOWL JB 10 SEREMBAN PRIMA
BAYARAN : RM20 / 3 GAME BESERTA KASUT
TERHAD KEPADA 20 ORG SAHAJA

SILA ISI BORANG DI BAWAH
https://forms.gle/8u6EzSWNseZ8upQ56

*SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI :
ZULHAZMI www.wasap.my/601119753435/boling

14/11/2025

πŸŽ“βœ¨ TVET MALAYSIA CATAT SEJARAH BAHARU DI PERINGKAT DUNIA!

Dr. Farah Amalina, graduan Politeknik Ungku Omar (PUO), melakar sejarah sebagai individu pertama dalam kalangan alumni TVET di Asia yang berjaya memperoleh gelaran Doktor Falsafah (PhD).

Perjalanan akademiknya bermula di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) sebelum meneruskan pengajian di PUO dan seterusnya ke peringkat Sarjana serta PhD di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Kecemerlangan beliau terus menyerlah apabila tersenarai dalam World's Top 2% Scientists 2025, sekali gus mengangkat martabat pendidikan TVET Malaysia ke persada antarabangsa. 🌍

Program Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) yang diikuti selama setahun di industri turut menjadi asas penting dalam membentuk kemahiran praktikal dan kebolehpasaran beliau sebagai graduan TVET.

Kisah kejayaan Dr. Farah Amalina membuktikan bahawa laluan TVET bukan sekadar untuk pekerjaan teknikal, tetapi juga mampu melahirkan saintis bertaraf dunia dan pemimpin akademik masa depan. πŸ’ͺπŸ”¬

Zambry Abd. Kadir
Mustapha Sakmud
Politeknik.kolejkomuniti



05/11/2025

Address

Port Dickson
71050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Alumni Politeknik Port Dickson posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Laman Rasmi Alumni Politeknik Port Dickson:

Shortcuts

Share