International Institute of Aquaculture and Aquatic Sciences, UPM

International Institute of Aquaculture and Aquatic Sciences, UPM

Share

International Institute of Aquaculture and Aquatic Sciences (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia, is located in Port Dickson, Negeri Sembilan.

COMAS conducts and provides training activities, short term courses and seminars including lecturers, industrial training placement (especially from public and private institutions) and exposure for practical training on field and in the laboratory.

19/06/2026

πŸŽ‰ Tahniah dan Syabas! πŸŽ‰

Seluruh warga I-AQUAS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Profesor Madya Dr. Clement Roy de Cruz, Penyelaras Unit Hatcheri dan Penyelidik Institut, atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2026.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kecemerlangan dalam bidang penyelidikan, pembangunan akuakultur serta penyumbangan kepada universiti, industri dan masyarakat.

✨ Tahniah atas pencapaian yang membanggakan. Semoga terus maju jaya dan cemerlang dalam kerjaya akademik serta profesional.

18/06/2026

Sempena Bulan Sinergi Putra 2026, Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), UPM akan menganjurkan Program Restorasi Stok & Kelestarian Ketam sebagai sebahagian daripada komitmen universiti dalam menyokong pemuliharaan biodiversiti marin, keterjaminan makanan dan pembangunan komuniti pesisir yang mampan.

Marilah bersama-sama menyertai program ini dan menjadi sebahagian daripada usaha memulihkan sumber perikanan negara serta memelihara ekosistem marin untuk generasi masa hadapan.

πŸ“… 24 Jun 2026 (Rabu)
⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ I-AQUAS, UPM Port Dickson

Daripada Kampus kepada Impak Nasional dan Global. πŸŒπŸ¦€πŸŒŠ

20/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Sharifah Humaira Sy. Hamid atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 sempena Majlis Gemilang Putra 2026.

Pengiktirafan ini merupakan hasil daripada dedikasi, komitmen serta usaha berterusan yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga kerja untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan organisasi.

Tahniah dan semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

14/05/2026

πŸŽ‰ The time has finally come! πŸŽ‰

Registration is **now open** for the 2nd Molluscan Genomics Workshop 2026!

πŸ“… When: August 30 – September 3, 2026 (Sunday–Thursday)
πŸ“ Where: Senckenberg Nature Research, Frankfurt, Germany

⏰ Deadline for registration & abstracts: June 14, 2026

πŸ”— Register here: https://lnkd.in/d-NFPYGX

🐚🧬 We are thrilled to introduce our 6 keynote speakers from international experts in mollusk research and genomics:

πŸ‡¨πŸ‡¦ Kara Layton – University of Toronto, Canada
πŸ‡ΊπŸ‡Έ Jessica Goodheart – American Museum of Natural History, USA
πŸ‡¨πŸ‡Ί Bernardo Reyes-Tur – Universidad del Oriente, Cuba
πŸ‡²πŸ‡Ύ Nur Syahirah Mamat – Universiti Putra Malaysia
πŸ‡ΊπŸ‡Έ Jeanne Serb – Ohio University, USA
πŸ‡©πŸ‡ͺ Sarah Lemer – Museum of Nature Hamburg, Germany

✨ All speakers bring direct experience from current mollusk genomics projects and will provide exciting insights into:

- the challenges of work- the challenges of working with non-model organisms
- new genomic methods and datasets
- concrete applications and benefits of modern genomics tools

So it’s going to be super exciting and highly interesting! πŸš€πŸŒ

We look forward to seeing you πŸ’•
Julia Sigwart

13/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ChM. Dr. Muhammad Raznisyafiq bin Razak, Penyelidik UDRP Emerging Pollutant, Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia atas pencapaian cemerlang menerima 2026 UAiTED Faculty Exchange Scholarship.

Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan bermakna yang mencerminkan kecemerlangan akademik, penyelidikan serta komitmen berterusan dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa akan datang.

13/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Dr. Chong Chou Min selaku Ketua Penyelidik serta pasukan penyelidik UDRP Aquaculture Management and Innovation, Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia atas kejayaan menerima geran penyelidikan antarabangsa di bawah National Key Research and Development Programme bagi tempoh 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2027.

Pencapaian ini mencerminkan kecemerlangan penyelidikan serta komitmen berterusan warga I-AQUAS dalam memperkukuh jaringan kolaborasi antarabangsa dan memacu inovasi dalam bidang akuakultur dan sains akuatik.

Syabas dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi pada masa akan datang.

Photos from International Institute of Aquaculture and Aquatic Sciences, UPM's post 07/05/2026

Audit Dalaman Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) telah selesai dilaksanakan dengan jayanya selama dua hari bermula pada 6 hingga 7 Mei 2026, diketuai oleh Ketua Juruaudit, En. Md Ali Rani bersama pasukan juruaudit yang terlibat.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga I-AQUAS atas kerjasama, komitmen dan profesionalisme yang diberikan sepanjang audit dijalankan. Semoga audit ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan serta memperkukuhkan kecemerlangan dan kualiti pengurusan organisasi.

Photos from International Institute of Aquaculture and Aquatic Sciences, UPM's post 16/04/2026

Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) I-AQUAS telah berlangsung pada 14 April 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Mesyuarat, Bangunan Pentadbiran I-AQUAS UPM Port Dickson.

Sesi pembukaan audit ini telah disempurnakan dengan kehadiran warga I-AQUAS serta dikendalikan oleh juruaudit daripada Pejabat Pendaftar, Encik Mohamad Taufik bin Rahmat.

Pelaksanaan audit ini bertujuan menilai, menambah baik serta memperkukuh aspek pengurusan perjawatan dan organisasi selaras dengan amalan tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang sesi audit ini berlangsung.

Photos from International Institute of Aquaculture and Aquatic Sciences, UPM's post 08/04/2026

08 April 2026 - telah berlangsung sesi taklimat berkaitan pengurusan cuti, kehadiran dan MyPutrafolio yang disampaikan oleh Puan Syahirah Ibrahim, Penolong Pendaftar I-AQUAS, kepada seluruh warga kerja.

Taklimat ini diadakan bagi memperkukuh kefahaman serta memastikan pematuhan yang menyeluruh terhadap tatacara pengurusan sumber manusia, selaras dengan keperluan tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas penyampaian yang komprehensif dan berimpak tinggi. Semoga segala perkongsian yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam mempertingkatkan kecekapan serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas harian.

06/04/2026

Tahniah kepada Dr. Chong Chou Min atas kejayaan menerima Geran Public-Private Research Network (PPRN) daripada Kementerian Pendidikan Tinggi berjumlah RM147,300.00!

Projek yang diketuai oleh beliau bertajuk β€œEngineering and Validating a Low-Energy Oxygen Injection System for Commercial Recirculating Aquaculture”.

Dari pihak I-AQUAS, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Chong Chou Min bersama pasukan penyelidik atas pencapaian ini. Semoga projek ini memberi impak positif kepada industri akuakultur dan manfaat yang berpanjangan kepada masyarakat.

Want your school to be the top-listed School/college in Port Dickson?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Batu 7, Jalan Kemang 6, Teluk Kemang, Si Rusa
Port Dickson
71050