20/04/2026
Salam Aidilfitri & Ucapan Penghargaan PPKI 2026 🌙✨
Alhamdulillah, selesai sudah keraian hari raya kita!, Pihak jawatankuasa majlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat:
Ayah ibu dan Badan Permuafakatan Waris : Kerana sentiasa 'sporting' , merancang, menyokong , menyumbang wang ringgit dan melaksana aktiviti ini
Guru-Guru: Yang bekerja keras dari fasa perancangan hingga hari kejadian dan selesai
PPM: Yang menjadi penggerak utama memastikan kebajikan murid sentiasa terjaga sepanjang majlis.
Terima Kasih juga buat Pegawai SPK JPNNS Pn Shaidatul Huda & Pn Dr Zuraini serta mantan Guru Besar En Mustaza yang turut sama-sama memeriahkan majlis kecil kami.
"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah." (HR. Ahmad)
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada memori indah anak-anak istimewa ini. Semoga sambutan tahun ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim antara kita. Maaf Zahir & Batin! 🤝
Ikhlas
GPK P.Khas
17/04/2026
Mesyuarat Badan Permuafakatan Waris PPKI 2026 telah berlangsung pada 15.4.2026 bertempat di Bilik Google Classroom SKKBSR. Terima Kasih kepada ibu bapa hebat yang berkelapangan untuk hadir. Tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa 2026 yang telah dilantik 😊
12/02/2026
Alhamdulillah Atlet Team Runner ‘The Bullets’ PPKI SKKBSR sekali lagi berjaya mengungguli
*Kejohanan Merentas Desa P. Khas Peringkat N9 2026* pada 12 Feb 2026 di Perkampungan Budaya, Terachi dengan pencapaian cemerlang dan meraih :
*JOHAN L12*
Muhammad Putra Syakir Asraf Bin Abdullah
*N.JOHAN L12*
Irfan Thaqif Bin Sabari
Tahniah juga kepada Muhammad Rayyan Bin Sabari
atas penyertaan - (mengalami kecederaan ringan di trek, moga cepat sembuh£
Terima kasih dan Tahniah anak-anak hebat, ibu-bapa prihatin, guru-guru dan semua yg menyumbang sama ada dari segi tenaga atau material 💪
-29
29/01/2026
Alhamdulillah Atlet Team Runner ‘The Bullets’ PPKI SKKBSR berjaya mengungguli Kejohanan Merentas Desa P. Khas 2026 pada 28 Jan 2026 di SMK Tanah Merah dengan pencapaian cemerlang dan dinobatkan : *JOHAN KESELURUHAN SR B12 L* - PPKI SK Kg Baru Si Rusa *JOHAN* Muhammad Putra Syakir Asraf Bin Abdullah *NAIB JOHAN* Mohd Putera Hakim B. Mohd Azam *KETIGA* Irfan Thaqif Bin Sabari *KE-5* Muhammad Rayyan Bin Sabari *KE -10* Muhammad Azzam Aqil Bin Firdaus Terima kasih dan Tahniah anak-anak hebat, ibu-bapa prihatin, guru-guru dan semua yg menyumbang sama ada dari segi tenaga atau material 💪 -29
15/12/2025
Alhamdulillah usai sudah Majlis Apresiasi P. Khas SKKBSR bagi tahun ini, saya selaku wakil kepada semua guru dan pembantu pengurusan murid mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih buat semua ayah ibu serta anak2 yg hadir. Istimewa jua buat semua ibu bapa yang bermurah hati menyumbang pelbagai hadiah cabutan bertuah serta makanan utk majlis ini. Kami amat berbesar hati. Terima Kasih dan moga Allah membalas jasa ayah ibu dengan kebaikan dan nikmat rezeki yg melimpah ruah. 🤲
Ikhlas,
GPK P.Khas & semua warga PPKI SKKBSR
-29
22/11/2025
Potret Kejayaan
Alhamdulillah satu lagi pencapaian membanggakan dari anakanda adiwira PPKI SKKBSR
di
Majlis Inspirasi Insan Terdidik Peringkat Daerah Port Dickson 2025 pada 22 Nov 2025 di Dewan The Grand Lukut
Anugerah Potensi Diri Cemerlang MBK SR-
Nur Aimi Qaisara binti Abdullah
Tahniah & terima kasih kepada ayah ibu serta semua warga pendidik PPKI SKKBSR.
‘Sentiasa Juara!’
12/11/2025
Sentiasa Juara!
Alhamdulillah Adiwira PPKI SKKBSR Nur Aimi Qaisara Bt Abdullah telah berjaya mengharumkan nama SKKBSR, PPD PD dan N9 di Kejohanan Bakat Sukan & Permainan P. Khas Peringkat Kebangsaan pada 12 Nov 2025 Sportizza Shah Alam.
*Nur Aimi Qaisara - NAIB JOHAN Badminton Regu P12 Kebangsaan*
12/11/2025
‘Sentiasa Juara!’
Alhamdulillah tahniah diucapkan buat wakil PPKI SKKBSR Muhammad Azzam Aqil Bin Firdaus yg telah mendapat Johan dalam Program Talent Identification Development Pendidikan Khas (Kidsathletic) Peringkat Negeri Sembilan pada 10 Nov 2025:
*Muhammad Azzam Aqil Bin Firdaus - Johan (Kump 7)*
16/10/2025
Alhamdulillah Tahniah diucapkan buat wakil PPKI SKKBSR Nur Aimi Qaisara Abdullah yang telah melakar kejayaan cemerlang dalam Festival Pendidikan Negeri Sembilan dalam Pertandingan Poster Digital MBPK Peringkat Negeri Sembilan di Dewan The Grand, PD. pada 16 Okt 2025 :
1. Nur Aimi Qaisara Bt Abdullah - Naib Johan Poster Digital Terbaik FPN9 2025
Tahniah juga buat anakanda Dhian Rayyan B Mohd Fadzil yg mendapat saguhati kategori yg sama 👏
14/10/2025
Kembara Ilmu PPKI SKKBSR ke Stesen Monorel MRT Kajang, LRT Putra, Petrosains & Aquaria KLCC
9 Oktober 2025
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ayah dan ibu murid, para guru hebat serta Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang setia yang telah mengiringi serta membantu menjayakan rombongan PPKI ke Kuala Lumpur kali ini.
Sokongan, kerjasama dan keprihatinan semua amat dihargai dalam memastikan keselamatan, keselesaan dan keceriaan murid sepanjang program ini.
Tanpa anda semua, perjalanan ini takkan selancar dan semeriah ini
Terima kasih kerana menjadi tulang belakang dan penjaga anak-anak istimewa kita dengan penuh kasih dan sabar ❤️
Ikhlas
GPK P.Khas SKKBSR 👏