Team Bina Badan Tentera Darat

Team Bina Badan Tentera Darat

Share

trained to be champion

17/11/2025

๐Ÿ’ช ๐—ฆ๐—๐—ก ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—›๐—”๐— ๐—œ๐—ฅ๐—จ๐——๐——๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ก๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—”

Sekalung tahniah diucapkan kepada Sjn Mohd Hamiruddin bin Haron kerana mendapat tempat Naib Johan Menโ€™s Bodybuilding 65kg di 16th World Bodybuilding & Physique Sports Championship 2025 yang berlangsung pada 14 November 2025 di Batam, Indonesia.

Satu pencapaian yang mengangkat martabat Kor Perkhidmatan DiRaja di pentas dunia.Kehebatan, disiplin dan dedikasi beliau membuktikan bahawa warga KPD sentiasa unggul dalam apa jua arena.

Terus membara. Terus mengharumkan nama negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

@68

.0wayforward







17/11/2025

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Sri Hj Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, dan seluruh warga Tentera Darat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada SSjn Abdul Aziz Ahmad atas kejayaan cemerlang meraih pingat emas dalam Kejohanan 16th World Bodybuilding & Physique Sports Championships 2025 bagi kategori Menโ€™s Athletic Physique atas 167 sentimeter. Kejayaan ini bukan sekadar mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, malah membuktikan keupayaan warga Tentera Darat mencapai kecemerlangan melalui disiplin, iltizam dan semangat juang yang tinggi.

Pencapaian gemilang SSjn Abdul Aziz Ahmad ini turut menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia, khususnya Tentera Darat, dalam usaha berterusan membentuk anggota yang hebat bukan sahaja di medan tugas tetapi juga dalam bidang sukan. Kejayaan ini mencerminkan komitmen Tentera Darat dalam melahirkan modal insan berkualiti tinggi dan berdaya saing di peringkat global. Syabas dan tahniah diucapkan atas kejayaan yang membanggakan ini.







17/11/2025

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Sri Hj Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, serta seluruh warga Tentera Darat Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Koperal Ishak bin Hidayat atas kejayaan membanggakan meraih pingat perak dalam Kategori Bina Badan Lelaki 80 Kilogram pada Kejohanan 16th World Bodybuilding & Physique Sports Championships 2025. Kejayaan ini menampilkan kecemerlangan anggota Tentera Darat yang bukan sahaja hebat di medan tugas, malah cemerlang di pentas antarabangsa.

Pencapaian ini turut mengharumkan nama negara dan membuktikan semangat juang, disiplin serta dedikasi tinggi yang menjadi teras setiap warga Tentera Darat Malaysia. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh anggota untuk terus mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi demi memperkukuh Angkatan Masa Hadapan sebagai benteng pertahanan negara.







Photos from Team Bina Badan Tentera Darat's post 07/09/2025

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—ฅ. ๐—”๐—ง๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง

PORT DICKSON, 4 Sep 25: Kejohanan Bina Badan Antara Perkhidmatan Mr. ATM Tahun 2025 telah berlangsung di Dewan Tan Sri Mohammad, Kem Segenting mulai 3 Sep hingga 4 Sep 25.

Kejohanan ini menghimpunkan atlet bina badan terbaik dari ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia seramai 43 orang Ahli Bina Badan. Pertandingan berlangsung dalam suasana kompetitif dan penuh semangat kesukanan.

Tim Persatuan Ahli Bina Badan Tentera Darat (PBB TD) Team Bina Badan Tentera Darat berjaya muncul sebagai juara keseluruhan dengan persembahan yang mantap dan disiplin tinggi, sekaligus membuktikan dominasi mereka dalam sukan bina badan peringkat ATM dengan memperolehi 6 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa yang sebelum ini didominasi oleh PBB TUDM yang hanya memperolehi 4 Emas kali ini manakala PBB TLDM hanya 1 Emas.

Kejohanan ini julung kalinya dianjurkan oleh Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) dimana Komandan PUSASDA merupakan Presiden PBB TD dan juga PBB ATM. Kejohanan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat atlet dalam kalangan anggota tentera, malah memupuk gaya hidup sihat, ketahanan fizikal dan semangat juang yang tinggi sejajar dengan aspirasi ketenteraan.

Kejohanan kali ini adalah bagi memilih atlet untuk mewakili ATM di kejohanan peringkat Kebangsaan dan lebih tinggi. Kejohanan ini diadili oleh seramai 8 orang Pengadil Profesional daripada Persatuan Bina Badan Malaysia.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, pengadil dan ucapan serta acara bergambar. Komandan PUSASDA, Kolonel Mohd Hisham Din telah menyempurnakan Upacara Penutup Kejohanan Bina Badan Antara Perkhidmatan Mr. ATM 2025. Turut hadir Pengerusi PBB TLDM dan PBB TUDM.


Photos from TegapTv Malaysia's post 03/09/2025
31/08/2025

KEJOHANAN BINA BADAN ANTARA PERKHIDMATAN MR.ATM 2025.

Photos from Perwira Combat Media's post 29/08/2025
Photos from Team Bina Badan Tentera Darat's post 29/08/2025

Task Merdeka 2025

Photos from Team Bina Badan Tentera Darat's post 25/08/2025

๐Ÿ‘ ๐€๐“๐‹๐„๐“ ๐๐ˆ๐๐€ ๐๐€๐ƒ๐€๐ ๐“๐ƒ๐Œ ๐‡๐€๐‘๐”๐Œ๐Š๐€๐ ๐๐€๐Œ๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐๐“๐€๐’ ๐€๐’๐ˆ๐€

BANGKOK, 25 Ogos 2025 โ€“ Tiga atlet bina badan Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) telah mengharumkan nama negara selepas mencatat pencapaian yang cemerlang di Kejohanan Mr. Asia dan Mr. South East Asia 2025 yang telah berlangsung mulai 18 hingga 25 Ogos 25 di Bangkok, Thailand. Mereka yang terlibat mewakili Malaysia ialah SSjn Abdul Aziz bin Ahmad, Sjn Hamiruddin bin Haron dan Kpl Ishak bin Hidayat.

Setelah melalui latihan intensif selama lebih kurang 8 bulan telah menghasilkan kejayaan membanggakan di kejohanan ini termasuk pingat emas yang dimenangi oleh SSjn Abdul Aziz di kategori Menโ€™s Athletic Physique Up to 167cm, pingat emas oleh Kpl Ishak dalam kategori Men's Bodybuilding up to 85kg serta pingat gangsa oleh Sjn Hamiruddin dalam kategori Men's Bodybuilding up to 65kg. Prestasi mereka membuktikan keupayaan TDM dalam memberikan saingan di peringkat tertinggi sukan bina badan di persada antarabangsa.

Kejayaan ini bukan sahaja menaikkan nama Malaysia tetapi turut mengangkat imej TDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di arena sukan. Ia menjadi simbol semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi dalam mengharumkan nama pasukan dan negara di peringkat Asia.

01/09/2024

Tim Bina Badan ATM Champion Kali ke4 berturut-turut di Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Mr.Malaysia 2024.

Photos from Team Bina Badan Tentera Darat's post 01/09/2024

KEJOHANAN BINA BADAN PERINGKAT KEBANGSAAN KE-53, MR. MALAYSIA

JOHOR: Seramai 15 atlet daripada tiga cabang perkhidmatan mewakili Persatuan Bina Badan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai oleh Gobinath Jaganathan terlibat dalam Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke-53 MR. MALAYSIA bertempat di HOTEL THISTLE JOHOR mulai 2 hingga 5 ogos 2024.

Sebanyak 15 Persatuan dari Persatuan Bina Badan Negeri dan Persatuan Bina Badan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Acara di akhiri dimana Persatuan Bina Badan ATM merangkul juara keseluruhan dengan mengutip 8 emas, 3 perak dan 2 gangsa sekaligus mengekalkan kejuaraan kali ke4 berturut-turut.

- Persatuan Bina Badan Tentera Darat

Want your school to be the top-listed School/college in Port Dickson?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Pusat Cemerlang Bina Badan ATM, Port Dickson
Port Dickson
71050