25/06/2026
π Program Jalinan Mesra (PJM) Hari Ke-2 π
Hari kedua PJM Kolej UNITI berlangsung dengan meriah apabila para pelajar baharu berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang telah disusun khas untuk mereka. Dari aktiviti suai kenal, ice breaking, cabaran berkumpulan sehinggalah aktiviti yang menguji kerjasama dan komunikasi, semuanya berjaya mewujudkan suasana yang ceria dan menyeronokkan.
Melalui aktiviti-aktiviti ini, para pelajar bukan sahaja dapat mengenali rakan-rakan baharu daripada pelbagai program pengajian, malah dapat membina keyakinan diri, semangat berpasukan serta menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus. Gelak tawa, semangat dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program membuktikan bahawa mereka semakin selesa menjadi sebahagian daripada keluarga besar Kolej UNITI.
Semoga pengalaman sepanjang PJM ini menjadi kenangan indah dan membuka lembaran baharu buat semua pelajar dalam memulakan perjalanan sebagai mahasiswa dan mahasiswi Kolej UNITI. ππ
π Tempat adalah TERHAD!
Daftar sekarang:
https://uniti.edu.my/daftar/
25/06/2026
π€ Program Jalinan Mesra Pelajar Baharu Kolej UNITI Port Dickson β Hari Pertama
Hari pertama Program Jalinan Mesra Pelajar Baharu berlangsung dengan penuh semangat dan kemeriahan. Program ini bertujuan membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan suasana kampus, mengenali warga Kolej UNITI serta mengeratkan hubungan sesama rakan baharu.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi mewujudkan suasana yang mesra, ceria dan kondusif sepanjang minggu orientasi. Diharapkan pengalaman ini menjadi permulaan yang baik dalam perjalanan akademik dan kehidupan kampus mereka.
Selamat datang kepada seluruh pelajar baharu. Semoga anda terus cemerlang dan mencipta pelbagai kenangan indah bersama keluarga besar Kolej UNITI Port Dickson. πβ¨
π² Daftar sekarang:
π https://uniti.edu.my/daftar/
25/06/2026
Masih belum buat keputusan selepas SPM?
Jangan risau, anda tidak keseorangan.
π₯ DAFTAR SEMASA HARI TERBUKA & BERPELUANG MENERIMA CHROMEBOOK PERCUMA!
π Pelajar yang membuat bayaran pendaftaran RM600 terawal semasa Hari Terbuka layak menerima sebuah Chromebook PERCUMA sebagai hadiah istimewa.
β οΈ Tawaran adalah TERHAD kepada pendaftaran terawal sahaja!
Pada 27 Jun ini, kami menjemput anda ke Hari Terbuka Kolej UNITI Port Dickson untuk mendapatkan maklumat tentang program pengajian, peluang kerjaya dan kehidupan sebagai pelajar kolej.
β
Datang, tengok sendiri kampus kami.
β
Tanya apa sahaja yang anda ingin tahu.
β
Temui pegawai dan pensyarah untuk berbincang tentang pilihan pengajian serta peluang kerjaya masa depan.
ποΈ 27 Jun 2026 (Sabtu)
β° 9.00 pagi β 5.00 petang
π Kolej UNITI Port Dickson
πΊοΈ Lokasi: https://maps.app.goo.gl/1K2qRYxFTS5Vcpaa7
Jangan lepaskan peluang ini! Datang bersama ibu bapa atau penjaga, kenali kampus kami dengan lebih dekat, dan rebut peluang membawa pulang sebuah Chromebook PERCUMA
25/06/2026
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Kolej UNITI Port Dickson.
Setiap perkongsian daripada ibu bapa dan alumni ini amat bermakna buat kami. Alhamdulillah, melihat pelajar menyesuaikan diri dengan baik di kampus serta menerima pengalaman pembelajaran yang positif adalah satu kepuasan bagi seluruh warga UNITI.
Sokongan dan maklum balas yang baik ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus memberikan yang terbaik kepada semua pelajar.
π£ Masih mencari tempat untuk sambung belajar?
Jom datang ke Open Day Kolej UNITI Port Dickson pada:
ποΈ 27 Jun 2026 (Sabtu)
β° 9.00 pagi β 5.00 petang
π Kolej UNITI Port Dickson
πΊοΈ Lokasi mudah dicari! Waze / Google Maps: Kolej UNITI Port Dickson
https://maps.app.goo.gl/1K2qRYxFTS5Vcpaa7
Bawa ibu bapa dan rakan-rakan sekali untuk melihat sendiri suasana kampus, mendapatkan maklumat program pengajian serta membuat semakan kelayakan secara percuma.
Jumpa anda di Open Day 27 Jun 2026 nanti! πβ¨
24/06/2026
π° Minat dalam bidang kewangan dan perbankan?
Diploma Kewangan Islam membuka peluang kepada anda untuk mendalami dunia perbankan Islam, takaful, pelaburan dan pengurusan kewangan berlandaskan Syariah. Program ini direka untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran industri kewangan Islam yang semakin berkembang.
Bina kerjaya masa depan anda bersama industri kewangan Islam yang beretika, profesional dan berdaya saing!
π Tempat adalah TERHAD!
Daftar sekarang:
https://uniti.edu.my/daftar/
24/06/2026
HARI TERBUKA KOLEJ UNITI PORT DICKSON π
Lagi 3 hari sahaja sebelum berlangsungnya Hari Terbuka Kolej UNITI!
Jom datang beramai-ramai dan rebut peluang untuk mengenali dunia kampus dengan lebih dekat.
π Antara aktiviti menarik:
β
Penerangan program & kaunseling
β
Lawatan kampus
β
Pelbagai program pengajian menarik
β
Peluang sambung belajar selepas SPM
π
27 Jun 2026 (Sabtu)
π Kolej UNITI Port Dickson
Mulakan langkah pertama anda ke arah masa depan yang lebih cerah bersama Kolej UNITI ππ
Jangan biar peluang terlepas β jom sambung belajar sekarang π
π Mohon sekarang: https://uniti.edu.my/daftar/
23/06/2026
Program Keluarga Cergas, Anak Ceria & Sambutan Hari Lahir Januari hingga Jun π
Program ini dianjurkan oleh pelajar DPAKK Semester 5 di bawah subjek DPF5013: Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, yang bertujuan mengukuhkan kerjasama antara keluarga dan institusi pendidikan dalam menyokong perkembangan holistik kanak-kanak.
Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif telah dijalankan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan, di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna untuk anak-anak. Program turut diserikan dengan sambutan hari lahir bagi anak-anak yang lahir pada bulan Januari hingga Jun.
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) merupakan antara program yang mendapat sambutan tinggi di Kolej UNITI kerana menekankan pembelajaran secara praktikal, penglibatan komuniti serta pengalaman sebenar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Bersempena Hari Terbuka Kolej UNITI yang sedang berlangsung pada 27 Jun 2026, para pengunjung dijemput untuk mengenali dengan lebih dekat program-program pengajian yang ditawarkan serta peluang pendidikan yang tersedia untuk masa depan yang lebih cemerlang.
π² Daftar sekarang:
π https://uniti.edu.my/daftar/
#
23/06/2026
Masih keliru memilih kursus yang sesuai selepas SPM? Kolej UNITI menawarkan lebih daripada 15 program diploma dalam pelbagai bidang seperti Pendidikan, Perniagaan, Teknologi, Media Kreatif, Psikologi dan banyak lagi yang direka untuk memenuhi keperluan industri serta membantu pelajar membina masa depan yang cemerlang.
Nak tahu diploma apa yang sesuai dengan keputusan SPM anda?
Jom datang ke Hari Terbuka Kolej UNITI pada Sabtu ini, 27 Jun 2026!
Bawa sahaja keputusan SPM anda, dan kami akan membantu menyemak kelayakan serta mencadangkan program diploma yang sesuai berdasarkan keputusan dan minat anda.
Kolej UNITI menawarkan 15 program diploma dalam pelbagai bidang pengajian. Jadi, jika anda masih keliru atau belum membuat keputusan, inilah peluang terbaik untuk mendapatkan panduan secara terus daripada pegawai dan pensyarah kami.
Jangan lepaskan peluang ini. Kami menanti kehadiran anda di Kolej UNITI Port Dickson!
23/06/2026
Eh, tak rindu ke?
Rindu zaman belajar dekat Kolej UNITI dulu? Rindu lepak dengan kawan-kawan, pergi kelas, makan dekat kafe dan buat macam-macam kenangan bersama?
Jom datang ke Hari Terbuka Kolej UNITI! Ambil peluang untuk datang semula ke kampus, jumpa kawan lama dan throwback kenangan yang pernah tercipta di sini. β€οΈ
ποΈ Sabtu | 27 Jun 2026
β° 9.00 pagi β 5.00 petang
π Kolej UNITI Port Dickson
Kami tunggu korang!