11/04/2016
Program Lepasan SPM/Setaraf
Syarat Am Permohonan UPU
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
• Warganegara Malaysia dan
• Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
• Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
• Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
http://upu.mohe.gov.my/web/jx-syarat-am.html
08/04/2016
Pendaftaran di buka sekarang
Pn Syam
016.5561183
03/03/2016
Assalammu'alaikum
Keputusan peperiksaan
SPM & STPM 2015
TAHNIAH!!!
Kepada mereka yang berjaya serta cemerlang.
Tahniah juga..
Mereka yang sederhana atau kurang baik mahupun lemah atau gagal dalam peperiksaan SPM & STPM, jangan mengalah.. terus cekal berusaha dan gigih serta tabah selebihnya berdoa dan tawakkal kepadaNYA.
Siapa pun anda hari ini, bukan anda yang 10 tahun akan datang.
Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk majukan diri.. BERSEMANGAT!!!
*Kenal pasti minat dan kebolehan sendiri
*Ambil peduli tentang peluang kerjaya bidang yang hendak diceburi
*Merujuk kepada ahli bidang akademik (bukan guru sekolah sahaja)
*Buat rujukan ilmiah dengan rakan-rakan
. dan sebagainya..
Sekali lagi... TAHNIAH!!
ANDA SEMUA HEBAT
20/12/2015
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Kepada PELAJAR yang telah menduduki Peperiksaan SPM 2015 dan IBUBAPA serta keluarga, dapatkan maklumat sehenti tentang INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) AWAM & SWASTA serta PINJAMAN / PEMBIAYAAN PENGAJIAN & BIASISWA untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang anda minat & memenuhi syarat kelayakan akademik.
Platform ini juga menyediakan maklumat sampingan dan motivasi untuk anda kekal bersemangat dan ghairah menimba ILMU.
Jom.. klik link ini
https://telegram.me/infoIPT2016
Selamat Maju Jaya
Terima kasih
Admin
19/12/2015
Tahniah Kolej Universiti Teknologi Islam telah mendapat pengiktirafan 5* daripada MyQUEST bagi sesi 2014/2015.
14/12/2015
PT3 candidates, Congratulations...
Your life just begun.
13/12/2015
Assalam
Perkongsian drpd CikguGrafik untuk manafaat 2016.
06/12/2015
Fasiliti serba lengkap & Asrama sepanjang pengajian
01/11/2015
Assalammu'alaikum
Kepada 440,682 orang calon SPM 2015, anda semua hebat. Jawap dengan tenang dan yakin kerana doa ibu bapa serta keluarga sentiasa bersama kalian sehingga kertas terakhir. Selebihnya kita serahkan pada Allah s.w.t
Siapa anda hari ini... bukan anda 10 tahun akan datang... terus cekal berusaha, tingkatkan momentum jati diri, hormat pada orang tua dan taat pada Allah.. InsyaAllah.
ikhlas drpd saya
Mohd Khairuan 0192801183