Cikgu Rekacipta

Cikgu Rekacipta

Share

Page ini diwujudkan oleh seorang GC Rekacipta untuk bantu pelajar-pelajar RC seluruh negara...Semoga ada manfaatnya....

Photos from Cikgu Rekacipta's post 07/03/2019

Pre Counsil Mesyuarat Agung Majlis Guru Cemerlang Negeri Sembilan (MGCNS) 2019
Tempat : SK KGV, Seremban
Tarikh : 7 Mac 2019 (Khamis)
Masa : 2.30 ptg
Tempat : SK KGV, Seremban.

Terima kasih pihak JPNS dan AJK kerja Mesy Agung yang hadir membincangkan Mesy Agung MGCNS Ke 11 2019 yang dijangka 13 Mac 2019 (Rabu), 2.30 ptg di SMK Dato' Sedia Raja, Rembau. Perasmi: YBhg Dato' Hj Pkharuddin Ghazali, Pengarah Pendidikan JPNS. Mohon doakan ya, semoga semuanya akan berjalan lancar nanti, amin.

Photos from Cikgu Rekacipta's post 24/07/2018

Alhamdulillah

Dilantik sebagai Hakim kepada Pertandingan Model Darvih Peringkat Negeri Sembilan 2018

Photos from Cikgu Rekacipta's post 02/06/2018

My Students

Nur Aliah Mohd Nor 21/05/2018

Amalkan 10 Teknik 'Powerful Words' Ni Di Dalam DOA Anda Untuk Rasakan Sendiri Perubahan Yang Sangat Dasyat!

Syukur Alhamdulillah, tak sangka hari ini dah masuk puasa yang ke 5 kan. Jadi, di bulan Ramadhan yang mulia ni, Lia ikhlas ingin kongsikan 10 teknik Powerful Words agar kita semua boleh manfaatkan bersama-sama.

dan tag kenalan anda.


=====

Sebelum ni kita selalu berdoa,
“Ya Allah berikanlah aku kekuatan”.

Jika doa begini, maka Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk test kekuatan kita.

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi hari ini, Ya Allah keluarkanlah aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah diriku ini.”


=====

Sebelum ni kita selalu berdoa,
“Ya Allah BERILAH aku..”

Jadi cara doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah KURNIAKANLAH aku..”

Sebab bila kita sebut BERI, bila-bila masa Allah boleh ambil nikmat tersebut. Jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan sesuatu pada kita sampai bila-bila masa, InshaaAllah.


=====

Sebelum ni kita selalu berdoa,
“semoga DIMURAHKAN rezeki.”

Jadi cara doa yang kita boleh amalkan ialah,
“semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”

Bila kita sebut “dilimpahkan”, maka benar Allah betul-betul limpahkan rezeki yang sangat banyak, berbanding dengan dimurahkan, sebab bila sebut murah, Allah berikan rezeki yang biasa dan mencukupi sahaja.


=====

1 lagi perkataan selain dilimpahkan, boleh juga guna perkataan TAMBAHKANLAH. Dan ini doa yang boleh kita amalkan bersama setiap kali dalam sujud terakhir kita.

“Ya Allah, TAMBAHKANLAH bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”


=====

Sebelum ni kita selalu meng’amin’kan doa begini,
“Amin Ya Rabbal Al-Amin.”

Jadi cara yang lebih baik untuk kita amalkan bersama-sama adalah,
“Amin Ya Allah Ya Mujib”.

Sebab maksud Mujib ni ialah memakbulkan. Kita bersungguh-sungguh nak Allah makbulkan doa kita ni, jadi sebut dengan penuh yakin Ya Mujib.


=====

Sebelum ni kita selalu berdoa dengan cara kita ‘mengarahkan’ Allah untuk cepat-cepat keluarkan kita dari masalah-masalah yang kita hadapi.

Jadinya doa yang terbaik kita boleh amalkan sambil mendoakan juga untuk orang lain, adalah dengan cara ini,

“Allah.. Allahu Robbunaa.. Laa Nusyriku Bihii Syai’a”,

(Allah adalah Rabb kami yang kami tidak pernah sekutukan dengan siapa pun)

Baca 100x, doa ketika beramai-ramai.

“Allah.. Allahu Rabbi.. Laa Usriku Bihi Syai’a”,

(Allah adalah Rabbku yang aku tidak sekutukan dengan siapa pun)

Baca 100x, doa apabila seorang diri.

Kenapa kita baca doa atau zikir ini adalah sebab doa ini penyingkir kesulitan, kesusahan, kegelisahan, kekhawatiran dan keresahan.

Sekaligus doa ini boleh menghilangkan beban hutang, beban hati, beban fikiran, serta sangat baik sekali buat bantu sahabat-sahabat kita dalam mencapai hajat-hajat mereka.


=====

Sebelum ni kalau di masjid nak sedekah tu, mungkin ada yang sedekah dan berlalu pergi macam tu je tanpa berdoa, atau mungkin ada yang berdoa dan terlalu mengharapkan Allah bagi rezeki cepat-cepat kat kita. Allahu.

Jadi InshaaAllah selepas ini, betulkan niat kenapa kita nak sedekah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah,

“Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala pintu rezeki yang tidak pernahku duga.”


=====

Doa di bawah ini adalah khusus untuk orang yang sibuk berniaga siang malam, solat pon kadang hujung waktu dan lebih sedih lagi sampai tak ada masa nak ‘spend time’ bersama dengan keluarga tersayang.

Faktor jadi macam ini mungkin antara sebabnya doa kita tak ‘specific’ minta kepada Allah. Jadi, InshaaAllah doa di bawah ini dapat membantu anda yang berniaga.

“Ya Allah ilhamkanlah kami dengan perniagaan ini dapat membawa kami dekat denganMu, yang membuatkan kami banyak masa untuk beribadat denganMu, banyak masa bersama suami, anak-anak kami serta ahli keluarga kami. Ya Rabb, kurniakanlah kami jutawan Islam yang kembali menegakkan ekonomi Islam. Dan Engkau kurniakanlah kami hamba-hambaMu yang menyebarkan dakwah dalam berniaga.”


=====

Sebelum ni kita selalu berdoa,
“Ya Allah kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”.

Dan setiap kali tak dapat pasti kita akan rasa kecewa. Jadi doa yang boleh kita amalkan bersama adalah,

“Ya Allah sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan diriku dengan diriMu, maka makbulkanlah Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau melihatku, maka kurniakanlah anak yang soleh dan solehah. Kerana Engkau sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.”


=====

Paling penting sekali adalah tips yang terakhir ini, kita dah berdoa bersungguh-sungguh ni dan dah tukar cara berdoa kita. Namun kita terlupa, untuk bersyukur kepada Allah swt terlebih dahulu.

Sebab barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat buat dirinya. Waktu terbaik untuk kita ucapkan kesyukuran kita adalah setiap pagi bangun je dari tidur dan juga waktu malam sebelum tidur, buat terapi kesyukuran iaitu 7 rasa kesyukuran kita kepada Allah swt. Contohnya begini,

“Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah..
aku bersyukur masih lagi bernafas pada pagi ini, aku bersyukur Engkau kurniakanku kesihatan yang baik, aku bersyukur Engkau kurniakanku rezeki yang melimpah ruah buat diriku..”

Nampakkan 10 teknik di atas ini, hanya dengan tukar sikit je ayat doa dan cara kita berdoa, kesannya sangat dasyat.

Lia yakin dan percaya dengan izin Allah, selepas ini anda akan menjadi orang yang lebih tenang dan bahagia apabila anda sedang berdoa. Dan semoga kita menjadi seorang yang menjemput rezeki Allah.

Nur Aliah Mohd Nor,
S**a berkongsi Ilmu mahal di Telegram Bisnes. Klik sekarang 👉🏻 https://t.me/nuraliahmohdnor


Nur Aliah Mohd Nor Usahawan Anak Muda, S**a Berkongsi Tentang Kisah Inspirasi, Stokis No.1 Dexandra Perfume & CEO Chettaki Omey Sdn Bhd.

Photos from Cikgu Rekacipta's post 07/05/2018

Proses Penilaian dan Hala Tuju Guru Cemerlang

Oleh: En Abd Aziz bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Unit Guru Cemerlang, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Photos from Cikgu Rekacipta's post 07/05/2018

Seminar Pemantanpan Pendokumentasian Guru Cemerlang dan Pembentangan Inovasi Terbaik Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan.

Tarikh: 7/5/2018

Tempat: Institut Kepimpinan IM4U Meru Klang

Photos from Cikgu Rekacipta's post 06/05/2018

Teknologi Hijau

Menyelamatkan Bumi

Photos from Cikgu Rekacipta's post 04/05/2018

A perfect Masterpiece!

04/05/2018

Perkongsian tentang sistem pendidikan di Finland.

Wow! Hebat.

Patutlah Finland merupakan negara yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di dunia!

Di DUNIA beb!

Jom kita atur trip ke Finland!

Photos from Cikgu Rekacipta's post 04/05/2018

Cikgu RekaCipta = Cikgu Bola.

2-3 hari Cikgu Rekacipta sibuk urus anak anak bola kat padang.

Pertandingan Bolasepak Daerah PD.

Kami hantar 3 team. 1 team under 18 dan 2 team under 15.

They work so hard to win!

Alhamdulillah

Under 18 - Juara
Under 15 - Juara + Tempat ke 3

Team Cikgu Rekacipta sapu bersih tahun ni!

Work Hard Play Hard!

04/05/2018

Terima Kasih Majlis Guru Cemerlang Selangor atas jemputan.

Terbaik.

Jumpa di sana nanti okey.

Want your school to be the top-listed School/college in Port Dickson?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Port Dickson
71000