12/06/2022
Peringatan keras buat para artis komedi dan mereka yang s**a buat lawak.
Di dalam Islam, terdapat larangan buat mereka yang s**a bergurau dengan menceritakan suatu perkara yang mengandungi pendustaan atau pembohongan dengan tujuan membuat manusia tertawa.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ﻭَﻳْﻞٌ ﻟِﻠَّﺬِﻯ ﻳُﺤَﺪِّﺙُ ﻓَﻴَﻜْﺬِﺏُ ﻟِﻴُﻀْﺤِﻚَ ﺑِﻪِ ﺍﻟْﻘَﻮْﻡَ ﻭَﻳْﻞٌ ﻟَﻪُ ﻭَﻳْﻞٌ ﻟَﻪُ
“Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta hanya kerana ingin membuat suatu kaum tertawa. Celakalah dia, celakalah dia.” (Riwayat Abu Daud, Hadis Hasan).
Dalam hadis yang lain, Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata,
إنَّ الكَذِبَ لا يَصلُحُ منه جِدٌّ ولا هَزلٌ
“Sesungguhnya berdusta tidak boleh baik dalam keadaan serius ataupun bergurau” (Bukhari & Muslim).
Hadis-hadis di atas menjadi peringatan buat para artis, mereka yang terlibat dengan hiburan komedi dan para pelawak supaya berhati-hati dan tidak buat lawak ses**a hati.
Gurauan atau lawak berlebihan juga boleh menyebabkan hati menjadi mati.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ﻻَ ﺗُﻜْﺜِﺮُ ﺍﻟﻀَّﺤَﻚَ ﻓَﺈِﻥَّ ﻛَﺜْﺮَﺓَ ﺍﻟﻀَّﺤَﻚِ ﺗُﻤِﻴْﺖُ ﺍﻟﻘَﻠْﺐَ
“Janganlah terlalu banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati." (Riwayat At-Tirmizi, Hadis Hasan).
Semoga kita dijauhkan dari terlibat dalam perkara ini.