Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson

Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson Student Representative Council of Politeknik Port Dickson

Assalamualaikum wbt,Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani,Salam Platinum Politeknik Port Dickson,Bersama Menuju Kecemer...
03/04/2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam Platinum Politeknik Port Dickson,
Bersama Menuju Kecemerlangan.

[ KEM PEMBENTUKAN KABINET JPP PPD X PMJ 2025 ]

Pada 7 hingga 11 Mac 2025, seramai 30 orang pelajar telah terlibat dalam Kem Pembentukan Kabinet Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson yang diadakan di Pusat Latihan Kenegaraan Besut, Terengganu.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi mewujudkan pemimpin yang berintegriti dalam menyuarakan suara pelajar serta menanam nilai kepimpinan berteraskan Malaysia Madani.

Diharapkan program ini dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, bertanggungjawab, dan mampu membawa perubahan positif demi kebajikan serta kesejahteraan pelajar.

Sekian, terima kasih.

“SUARA MAHASISWA KEUTAMAAN KAMI”

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Port Dickson
Sesi 2025/2026.

Assalamualaikum wbt,Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani,Salam Platinum Politeknik Port Dickson,Bersama Menuju Kecemer...
03/04/2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam Platinum Politeknik Port Dickson,
Bersama Menuju Kecemerlangan.

[Selamat Pulang Ke Kampung Halaman]

Saya Hazimah Binti Hassan @ Hasan, Yang Dipertua mewakili barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, ingin mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman kepada seluruh warga Politeknik Port Dickson. Semoga kita semua dapat merayakan hari raya bersama keluarga tercinta di kampung halaman dan semoga perjalanan para pelajar lancar dan selamat sampai ke kampung masing-masing.

Hujan lebat dekat Segamat,
Hendak kerumah hujung desa,
Biar lambat asal selamat,
Pandu berhemah bertimbang rasa.

Sekian, terima kasih.

“SUARA MAHASISWA KEUTAMAAN KAMI”

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Port Dickson
Sesi 2025/2026

Assalamualaikum wbt,Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani,Salam Platinum Politeknik Port Dickson,Bersama Menuju Kecemer...
02/04/2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam Platinum Politeknik Port Dickson,
Bersama Menuju Kecemerlangan.

[ PROGRAM KEMBARA RAMADHAN 2025M/1446H🌙 ]

Dengan penuh rasa syukur, kami mengundang semua untuk bersama-sama menyemarakkan keberkatan bulan Ramadhan dalam Program Kembara Ramadhan 2025.

Program ini bertujuan mempereratkan ukhuwah, menghayati nilai-nilai Malaysia Madani, serta menyantuni bulan penuh rahmat ini.

📅 Tarikh: Selasa, 4 Mac 2025
🕟 Masa: 4.00 petang - 10.15 malam
📍 Tempat: Pusat Islam, Politeknik Port Dickson

Marilah kita menghidupkan Ramadhan dengan penuh keinsafan dan kebersamaan. Semoga program ini membawa keberkatan dan manfaat kepada semua.
Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Port Dickson
Sesi 2025/2026.

Assalamualaikum wbt,Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani,Salam Platinum Politeknik Port Dickson,Bersama Menuju Kecemer...
15/02/2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam Platinum Politeknik Port Dickson,
Bersama Menuju Kecemerlangan.

[ TAHNIAH DAN SYABAS !! ]

Sekalung tahniah diucapkan kepada Hazimah Binti Hasan @ Hassan atas pelantikan sebagai Yang Di-Pertua, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Port Dickson bagi Sesi 2025/2026.

Semoga dengan pelantikan ini beliau dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

Sekian, terima kasih.

“SUARA MAHASISWA KEUTAMAAN KAMI”

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Port Dickson
Sesi 2025/2026.

Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Platinum Politeknik Port Dickson, Bersama Menuju Kece...
08/02/2025

Assalamualaikum Wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam Platinum Politeknik Port Dickson, Bersama Menuju Kecemerlangan.

[ TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT BAKTI SEBAGAI YDP MPP 24/25 ]

Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Elintan Dewi Norastuti binti Samidi atas segala usaha, komitmen, dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang memegang jawatan sebagai Yang Dipertua MPP PPD sesi 2024/2025.

Sepanjang kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif dan program telah dijayakan dengan penuh semangat, membawa manfaat kepada mahasiswa serta menaikkan imej MPP sebagai suara utama pelajar. Kecekalan dan ketegasan beliau dalam memperjuangkan hak serta kebajikan mahasiswa amat dihargai dan akan terus dikenang.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar, bimbingan, serta usaha dalam memastikan MPP sentiasa bergerak ke hadapan. Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi bekal berharga untuk masa depan, dan semoga terus cemerlang dalam setiap langkah yang bakal ditempuhi.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Politeknik Port Dickson
Sesi 2024/2025

Address

Politeknik Port Dickson
Port Dickson
71050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson:

Shortcuts

Share

Category