27/08/2026
๐ฑ๐ฌ MAJLIS PELANCARAN MAKMAL AKTIF LESTARI 2026 SK PASIR PANJANG ๐ฌ๐ฑ
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Makmal Aktif Lestari 2026 pada 21 Ogos 2026 bertempat di Dewan Sri Nona SK Pasir Panjang.
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Encik Ramlan bin Rahim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Pasir Panjang.
Makmal Aktif Lestari ialah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membudayakan amalan hijau, selamat, dan mampan di sekolah.
Objektif Utama-
Kelestarian Alam: Menggalakkan penggunaan sumber secara berhemah dan memupuk penjagaan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.
Karakter Murid: Membentuk sahsiah murid secara holistik melalui aktiviti hands-on dan inovasi.
Keselamatan dan Cekap: Mewujudkan persekitaran makmal yang lebih selamat, teratur, dan mesra alam.