13/08/2026
PUTRAJAYA: Hidup sehingga usia 100 tahun sudah cukup luar biasa. Namun dapat mencapai usia itu bersama insan yang dicintai dan masih setia berada di sisi, adalah rezeki yang sangat jarang dimiliki.
Tun Dr Mahathir Mohamad, 101 tahun, dan isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, 100 tahun, menerima tiga pengiktirafan rasmi daripada ASEAN Records dan Asia Records.
Tun Dr Mahathir diiktiraf sebagai Bekas Perdana Menteri Tertua yang Masih Hidup, manakala Tun Dr Hasmah menerima pengiktirafan sebagai Pasangan Bekas Perdana Menteri Tertua yang Masih Hidup.
Pasangan itu turut mencipta sejarah sebagai bekas ketua kerajaan dan pasangan pertama di Asia yang kedua-duanya masih hidup sebagai centenarian.
Centenarian ialah individu yang telah mencapai usia 100 tahun atau lebih.
Kisah mereka bermula pada tahun 1947 ketika sama-sama menuntut dalam bidang perubatan. Mereka berkahwin pada 5 Ogos 1956, membesarkan tujuh orang anak dan kini telah melalui 70 tahun kehidupan sebagai suami isteri.
Tujuh dekad bersama.
Tentunya bukan semuanya mudah. Ada tekanan, perbezaan, kehilangan dan pelbagai ujian yang hanya mereka berdua benar-benar mengerti.
Surely, pada usia ini mereka mungkin tidak lagi mengharapkan sebarang gelaran atau recognition.
Namun pencapaian seperti ini tetap perlu diraikan. Bukan semata-mata kerana rekod yang dicipta, tetapi kerana mereka masih ada bersama kita untuk menerima penghargaan tersebut.
Semoga Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Hasmah terus dikurniakan kesihatan, kekuatan serta ketenangan untuk terus bersama-sama kami.
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-70.
Panjang umur itu anugerah, tetapi dapat menua bersama insan yang sama adalah rezeki yang tidak ternilai