SMK Sri Tanjung

SMK Sri Tanjung Page rasmi untuk SMK Sri Tanjung, Benut, Pontian, Johor.

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.Setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kerana Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaa...
18/08/2026

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kerana Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah selamat disempurnakan pada:

📅 Tarikh: 12 Ogos 2026 (Rabu)

⏰ Masa: 7.30 pagi – 8.30 pagi

📍 Lokasi: Dewan Sri Bestari, SMK Sri Tanjung

Ringkasan Acara:

Bacaan Doa

Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua

Gimik Pelancaran

Pantun Merdeka

Sesi Kuiz Kemerdekaan

Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik

Terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Semoga semangat patriotisme terus mekar sepanjang Bulan Kemerdekaan ini.

13/08/2026
Tahniah diucapkan kepada Nur Amani bt Abdul Rahman (4IS) yang telah terpilih sebagai JSLC cohort-15@ Ahli Majlis Pemimpi...
13/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Nur Amani bt Abdul Rahman (4IS) yang telah terpilih sebagai JSLC cohort-15@ Ahli Majlis Pemimpin Muda Johor.

Alhamdulillah, Majlis Penutupan Bulan Bahasa peringkat sekolah telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada hari Rabu,...
12/08/2026

Alhamdulillah, Majlis Penutupan Bulan Bahasa peringkat sekolah telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada hari Rabu, 5 Ogos 2026, bermula dari pukul 7.45 pagi hingga 8.30 pagi bertempat di Dewan SEMESTA.

Majlis diselangkan dengan acara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua kepada para pemenang yang telah menjuarai pelbagai pertandingan sepanjang sambutan Bulan Bahasa berlangsung. Tuan Pengetua juga telah memberi semangat kepada murid SEMESTA untuk terus menyertai pelbagai pertandingan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga sekolah yang telah menjayakan program ini! 🇲🇾✨

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Ujian Tilawath Al-Quran dan Hafizan (UTQH) SPM untuk murid-murid tingka...
19/07/2026

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Ujian Tilawath Al-Quran dan Hafizan (UTQH) SPM untuk murid-murid tingkatan 5 (calon SPM 2026), SMK Sri Tanjung.

Ujian ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 20 Julai 2026 dan 22 Julai 2026. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pihak ibu bapa amat diharapkan bagi memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah bagi menduduki ujian penting ini. Pihak sekolah juga mendoakan kejayaan yang cemerlang buat semua calon.

TAHNIAH & SYABAS! Sekalung tahniah diucapkan kepada MUHAMMAD AZIB BIN AZMIyang mewakili Daerah Pontian dalam Kejohanan S...
18/07/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Sekalung tahniah diucapkan kepada

MUHAMMAD AZIB BIN AZMI

yang mewakili Daerah Pontian dalam Kejohanan Sepak Takraw MSSJ 2026 pada 14 hingga 16 Julai 2026 di Kulai.

Pasukan Sepak Takraw Daerah Pontian telah mendapat Naib Johan bagi acara Regu Bawah 18 Tahun.

Semoga ada rezeki beliau untuk mewakili Johor ke Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

TAHNIAH juga kepada JURULATIH nya
EN MUHAMAD HANAFI BIN SABAR yang kini merupakan PENGERUSI TEKNIK SEPAK TAKRAW PONTIAN..

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada seluruh warga SMK SRI TANJUNG untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas! 🌟👏




Pihak pengurusan SMK Sri Tanjung dengan sukacitanya memaklumkan pelaksanaan Program Perkampungan Ilmu: Santapan Kasih ba...
17/07/2026

Pihak pengurusan SMK Sri Tanjung dengan sukacitanya memaklumkan pelaksanaan Program Perkampungan Ilmu: Santapan Kasih bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026. Program bertaraf intensif ini dibawakan khas secara anjuran Unit Kecemerlangan SEMESTA.

Perkampungan ilmu ini dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 18 Julai 2026 bertempat di Savanna Hill, Ulu Tiram.

Program ini merupakan wadah penting bagi memperkukuh penguasaan subjek, membina momentum pembelajaran, serta menyuntik semangat juang yang tinggi dalam diri setiap calon SPM sekolah ini.

Kerjasama yang erat antara pihak sekolah, penganjur, serta sokongan padu daripada ibu bapa amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran program ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar anak-anak SMK Sri Tanjung diberikan kemudahan, ketetapan minda, dan kejayaan yang cemerlang.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Program Solat Hajat SMK Sri Tanjung (Sesi 1) telah selamat dan berjaya dilaksanakan pada...
17/07/2026

Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Program Solat Hajat SMK Sri Tanjung (Sesi 1) telah selamat dan berjaya dilaksanakan pada 16 Julai 2026 (Khamis) di Surau Al-Falah, SMK Sri Tanjung

Program yang bertujuan untuk memohon keberkatan, kelancaran urusan akademik, serta kesejahteraan sahsiah murid ini telah berlangsung dengan penuh khusyuk dan lancar.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga usaha murni ini diangkat sebagai amal soleh dan menjadi pemangkin kepada kejayaan anak-anak kita. Amin ya Rabbal Alamin.

"SEMESTA MENGUNGGULI"

Seluruh warga SMK Sri Tanjung dengan penuh rasa hormat dan sukacitanya ingin memanjatkan kesyukuran serta mengucapkan se...
17/07/2026

Seluruh warga SMK Sri Tanjung dengan penuh rasa hormat dan sukacitanya ingin memanjatkan kesyukuran serta mengucapkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang kepada:
Tuan Haji Azman Bin Abdul Aziz@ Nong sebagai Pengetua SMK Sri Tanjung yang baharu.

Kehadiran Tuan/Puan Tuan Haji Azman Bin Abdul Aziz@ Nong ke institusi ini amat dinantikan oleh seluruh warga sekolah, merangkumi barisan pentadbir, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP), para pelajar, serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Kami percaya, dengan visi yang dinamik, dan kewibawaan yang dimiliki oleh Tuan, SMK Sri Tanjung bakal memacu kecemerlangan yang lebih gemilang dalam bidang akademik, sahsiah, mahupun kokurikulum.
"Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat."

Seluruh warga sekolah bersedia untuk memberikan komitmen yang padu dan bekerjasama erat di bawah kepimpinan Tuan demi melahirkan generasi madani yang cemerlang dan seimbang.

Kami mendoakan agar Tuan sentiasa dianugerahi kesihatan yang baik, keafiatan, serta kekuatan dalam menerajui bahtera SMK Sri Tanjung ke puncak kejayaan. Selamat menjalankan tugas dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami!

16/07/2026

Di sebalik kejayaan seorang murid, ada titisan keringat seorang guru yang mendidik, dan ada doa yang tidak pernah putus daripada ibu bapa yang mengasihi.

Keberkatan ilmu dan kejayaan tidak akan sempurna tanpa redanya Yang Maha Pencipta. Oleh itu, kami dengan penuh takzim menjemput seluruh warga sekolah—para guru yang berdedikasi, ibu bapa yang prihatin, dan murid-murid yang dikasihi—untuk bersama-sama hadir ke:

🕌 MAJLIS SOLAT HAJAT SMK SRI TANJUNG(SIRI 1)🕌

Buat Murid: Hadirlah untuk mencari ketenangan jiwa dan kelapangan minda sebelum berjuang.

Buat Ibu Bapa & Guru: Hadirlah sebagai benteng doa dan kekuatan buat anak-anak kita.

Mari kita rapatkan saf, satukan hati, dan ketuk pintu langit bersama-sama. Doa beramai-ramai itu lebih dekat dengan makbul.

“Melangitkan Doa, Membumikan Usaha.”

Address

Jalan Parit Ismail
Pontian
82200

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 16:30

Telephone

+6076902054

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Sri Tanjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category