06/03/2020
LAFAZ KALIMAH 'ALLAH' MENGAPA DIPANJANGKAN PADAHAL TIADA TANDA MAD?
Mengapa kita memanjangkan lafaz โAllahโ dalam Al-Quran sedangkan tiada โalif kecilโ di atas lam & ia bukannya huruf mad?
Lafzul Jalalah atau kalimah nama Tuhan, (Allah) dalam Al-Quran ditulis begini.
ูฑูููููู
Huruf lam pada perkataan ini ditanda sabdu serta baris atas.
Jika perkataan โAllahโ dibaca berdasarkan kefahaman tajwid umum, tidak sepatutnya lam yang bersabdu dipanjangkan 2 harakat. Ini kerana, panjang 2 harakat hanya wujud pada mad asli (juga beberapa mad lain) serta perkataan yang bertanda alif, wau dan yaโ kecil di sampingnya.
Tetapi pada perkataan โAllahโ, tiada huruf mad asli. Tiada juga tanda alif-wau-ya kecil. Soalnya, mengapa kita memanjangkannya? Adakah bacaan kita sekarang menyalahi tajwid?
JAWAPAN :
Bacaan kita tidak salah. Lafzul Jalalah memang dibaca begitu, panjang 2 harakat. Jika berhenti, dibaca sebagai mad aridh lissukun. Jika sambung, dibaca sebagai mad thabie. Cuma kita yang masih kurang jelas alasan ia dibaca demikian. Ulama tajwid & para Qurraโ bersepakat untuk tidak meletakkan sebarang petanda mad pada lafaz Allah kerana mereka ingin membezakannya dengan lafaz โAl-Laatโ (nama tuhan berhala orang kafir) dalam Surah An-Najm, ayat 19 :
ุงููุช
Huruf Lam pada perkataan ini ditanda dengan 'alif kecil' di atsnya.
Seorang ulama Al-Quran terkemuka, Dr. Muhammad Salim Muhaysin menjelaskan dalam kitabnya, โIrsyad al-Tolibin ila Dobth al-Kitab al-Mubinโ :
โWalaupun lafaz ini (perkataan โAl-Laatโ) hanya wujud pada satu tempat sahaja dalam Al-Quran, perbezaan penulisan tetap dilakukan dengan meletakkan โalif kecilโ pada โAl-Laatโ, tetapi tidak meletakkannya pada perkataan โAllahโ. Ini untuk mengelakkan kekeliruan yang mungkin timbul pada kedua-dua bacaanโ.
Sekarang kita faham satu perkara : perkataan โAllahโ tidak diletakkan tanda โalif kecilโ di atas huruf Lam walaupun bacaannya dipanjangkan 2 harakat. Ia untuk membezakannya secara tulisan dengan perkataan โAl-Laatโ yang ditandakan โalif kecilโ di atas huruf Lam-nya.
Soalan seterusnya, mengapa ia dibezakan?
Untuk menjawabnya, kita akan memasuki ruang-lingkup ilmu Qiraat.
Jika bacaan diwaqafkan pada perkataan โAl-Laatโ, kesemua Qurraโ termasuk Qiraat Hafs Anโ Aโsim yang kita amalkan bersepakat untuk mewaqafkannya dengan Taโ Maftuhah, sama seperti yang ditulis. Maka bunyinya begini : โAfaroโaitumul Laatโ (dengan bunyi huruf โTโ di hujung).
Tetapi berlainan dengan Qiraat Kisaโie. Mereka mewaqafkannya dengan bunyi Taโ marbuthoh (Taโ simpul). Dalam keadaan ini, bunyinya : โAfaroโaitumul Laahโ.
Jika anda perasan, bunyi yang Qiraat Kisaโie amalkan ketika waqaf (Al-Laah) lebih kurang sama dengan bunyi perkataan โAllahโ bukan?
Mungkin ada yang terkeliru menyamakan maksud โAl-Laatโ dengan โAllahโ kerana bunyinya hampir sama ketika waqaf (menurut Qiraat Kisaโie sahaja). Untuk mengelakkan ia berlaku, ulama Al-Quran mengambil inisiatif membezakannya secara penulisan.
Anda tidak perlu khuatir kerana kita tidak mengamalkan bacaan waqaf sebegitu. Cuma saya terangkannya panjang-lebar agar kefahaman terhadap perkara ini jelas.
Tuhan kita adalah โAllahโ. Bukannya โAl-Laatโ, nama berhala dalam ayat 19 Surah Najm di atas.