SK Bandar Pontian

Call Directions Website Contact the school

SK Bandar Pontian page Rasmi untuk SK Bandar Pontian

Website : https://skbandar.edupage.org/ page Rasmi untuk SK Bandar Pontian

🔥♟️♟️♟️♟️♟️♟️♟️♟️🔥SeDAR CHESS CHAMPIONSHIP 2026🔥♟️♟️♟️♟️♟️♟️♟️♟️🔥Adik-adik yang minat catur, inilah masanya untuk bersai...
16/09/2026

🔥♟️♟️♟️♟️♟️♟️♟️♟️🔥
SeDAR CHESS CHAMPIONSHIP 2026
🔥♟️♟️♟️♟️♟️♟️♟️♟️🔥

Adik-adik yang minat catur, inilah masanya untuk bersaing secara profesional! Bawa pulang wang tunai, piala, medal dan sijil dalam kejohanan penuh strategi ini! 🧠👑

📆 Tarikh: 24 Oktober 2026
🕗 Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: SK Bandar Pontian
🎯 Format: 6/7 Pusingan Rapid
🕰️ Kawalan Masa: 15 minit
💳 Yuran Penyertaan: RM25

🎁 Hadiah Menarik Menanti!
🥇 RM100 + Piala + Sijil
🥈 RM80 + Piala + Sijil
🥉 RM60 + Piala + Sijil
🏅 Tempat ke-4: RM50 + Piala + Sijil
🏅 Tempat ke-5: RM40 + Piala + Sijil
🏅 Tempat ke-6 hingga 10: RM20 + Medal + Sijil

Sijil Penyertaan untuk semua peserta! 🎖️

📌 Tarikh Tutup Penyertaan: 22 Oktober 2026

🔗 Pendaftaran Kategori Perempuan B12 :
https://forms.gle/LRWva89sewpDKhas6

🔗 Pendaftaran Kategori Lelaki B12 :
https://forms.gle/kcL5HZ812kgmPFQJ8

🔗 Pendaftaran Kategori Terbuka :
https://forms.gle/MURmyhLB2vdtcqfy6

📱 Sertai juga Group WhatsApp melalui QR yang disediakan!

Penganjuran oleh:
🏫 SK Bandar Pontian dan SK Belokok dengan kerjasama Dominator Chess Club Pontian

📢Hebahan Cuti Sempena Hari Malaysia 2026Dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup sempena Hari Malaysia 2026.Tarikh Cuti :...
15/09/2026

📢Hebahan Cuti Sempena Hari Malaysia 2026

Dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup sempena Hari Malaysia 2026.

Tarikh Cuti :
16 September 2026 (Rabu)

Hari Persekolahan Semula :
17 September 2026 (Khamis)

Sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa semula pada hari Khamis mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

Ibu bapa dan penjaga diminta memastikan anak-anak memanfaatkan hari cuti ini dengan mengulang kaji pelajaran serta menjaga keselamatan diri.

Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada semua warga sekolah.

“MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI"

🇲🇾🎶 SIMFONI ANAK MERDEKA 🎶🇲🇾🗓️26 Ogos 2026🔖Rabu⏰12.00 - 1.30 Petang📍Dewan PersadaSemarak Bulan Kebangsaan terus bergema ...
15/09/2026

🇲🇾🎶 SIMFONI ANAK MERDEKA 🎶🇲🇾

🗓️26 Ogos 2026
🔖Rabu
⏰12.00 - 1.30 Petang
📍Dewan Persada

Semarak Bulan Kebangsaan terus bergema di SK Bandar Pontian menerusi Simfoni Anak Merdeka. Persembahan yang menyatukan irama, bakat dan jiwa anak-anak Malaysia. Setiap alunan muzik, setiap langkah dan setiap nada menjadi lambang cinta kepada tanah air, menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri generasi pewaris bangsa.

Dengan penuh semangat dan keceriaan, murid-murid daripada unit beruniform tampil bersama mengangkat tema “Irama Perpaduan, Semangat Merdeka”. Bukan sekadar sebuah pertandingan, tetapi sebuah pentas yang menyatukan hati, mencungkil potensi dan membina keyakinan diri. Dalam kepelbagaian langkah dan irama, terserlah indahnya sebuah perpaduan, berbeza rentak, tetap sejiwa, berbeza bakat, tetap bersama.

Tahniah buat semua unit kerana telah berjaya semarakkan jiwa merdeka! Biarlah muzik menjadi suara, perpaduan menjadi irama dan semangat merdeka terus mekar dalam sanubari setiap anak Malaysia.

“Bersama Berirama, Bersama Berjiwa Merdeka!”








📢JOM JAGA KEHADIRAN KE SEKOLAHAssalamualaikum dan salam sejahtera.Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa kehadiran murid...
14/09/2026

📢JOM JAGA KEHADIRAN KE SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa kehadiran murid ke sekolah diberi perhatian serius kerana perkara ini memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin, pencapaian akademik dan masa depan anak-anak.

Ibu bapa/penjaga dimohon untuk memastikan anak-anak:
1️⃣Hadir ke sekolah setiap hari.
2️⃣Memberikan surat atau makluman sekiranya tidak dapat hadir.
3️⃣Tidak membiarkan ketidakhadiran berlaku tanpa sebab.

⚠️ Ketidakhadiran tanpa makluman atau surat sokongan akan dikira sebagai ponteng sekolah.

Pihak sekolah akan melaksanakan tindakan Surat Amaran 1, 2 dan 3 bagi murid yang mempunyai rekod ketidakhadiran berterusan.

Marilah kita bersama-sama memastikan anak-anak hadir ke sekolah demi membina masa depan yang lebih cemerlang.

“Masa Depan Anak-Anak Bermula Dengan Kehadiran Hari Ini.”





✨ SeDar School Carnival 2026 KEMBALI LAGI!!! ✨Ayuh warga sekolah, ibu bapa, penjaga dan semua yang dikasihi! Jom sertai ...
14/09/2026

✨ SeDar School Carnival 2026 KEMBALI LAGI!!! ✨

Ayuh warga sekolah, ibu bapa, penjaga dan semua yang dikasihi! Jom sertai dan meriahkan SeDar School Carnival 2026! Pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan menanti anda untuk mencipta kenangan indah bersama-sama.

Jangan lupa singgah, jalan-jalan dan cuci mata!

📍Pelbagai jualan menarik!
📍Aktiviti dan permainan yang menyeronokkan
📍Pelbagai acara untuk seisi keluarga

Datang bersama keluarga, ajak rakan-rakan dan raikan kemeriahan karnival bersama-sama! Jangan lepaskan peluang untuk menikmati suasana penuh warna-warni, gelak tawa dan keceriaan di SeDar School Carnival 2026!

Jom hadir! Jom meriahkan! Jom cipta kenangan!






🇲🇾PROGRAM DAN AKTIVITI SEMARAK JIWA MERDEKA, MEKAR CINTA PADA NEGARA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 🇲🇾Sempena sambutan Bulan K...
14/09/2026

🇲🇾PROGRAM DAN AKTIVITI SEMARAK JIWA MERDEKA, MEKAR CINTA PADA NEGARA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 🇲🇾

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan SK Bandar Pontian Tahun 2026, pelbagai aktiviti menarik dan bermakna telah berjaya dilaksanakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta menyuburkan rasa cinta akan tanah air dalam kalangan warga sekolah. Antara aktiviti yang telah berlangsung ialah Aktiviti Minda Pertiwi, Puisi Madani, Pertandingan Mewarna serta pelbagai lagi aktiviti kreatif, santai dan berinformasi yang mengangkat semangat kemerdekaan.

Setiap aktiviti menjadi ruang untuk murid menzahirkan kreativiti, bakat dan semangat cintakan Malaysia. Daripada coretan warna yang penuh makna, bait-bait puisi yang menyentuh jiwa hinggalah aktiviti yang mencabar minda, semuanya menjadi sebahagian daripada perjalanan kita menghayati erti merdeka, bersatu dan membina Malaysia Madani.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua murid SK Bandar Pontian atas penglibatan, kerjasama dan semangat yang luar biasa dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan. Sesungguhnya, keceriaan, kreativiti dan kesungguhan anak-anak sekalian menjadi warna yang menceriakan sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini. Kerana merdeka bukan sekadar sejarah untuk dikenang, tetapi semangat untuk terus disemai dalam jiwa setiap anak Malaysia. 🇲🇾❤️

🇲🇾 Merdeka Jiwa, Teguh Perpaduan, Gemilang Malaysia! 🇲🇾






✨KURSUS TRAINING OF TRAINER STUDENT LEADERS BOARD (SLB) DAERAH PONTIAN TAHUN 2026✨🗓️10 September 2026🔖Khamis⏰8.00 Pagi📍D...
13/09/2026

✨KURSUS TRAINING OF TRAINER STUDENT LEADERS BOARD (SLB) DAERAH PONTIAN TAHUN 2026✨

🗓️10 September 2026
🔖Khamis
⏰8.00 Pagi
📍Dewan Utama, SK Melayu Raya
🏆Pencapaian : Peserta Terbaik
⭐️Zahratul Husna Binti Mohd Ab Shafiq - 6IB

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta Student Leaders Board (SLB) yang telah menyertai Kursus Training of Trainer (TOT) SLB Tahun 2026.

Kursus ini menjadi platform yang sangat bermakna dalam membentuk dan memperkukuh kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan, keyakinan diri serta kemampuan memimpin dan membimbing rakan sebaya.

Lebih membanggakan, salah seorang murid kita iaitu Zahratul Husna telah berjaya terpilih untuk mara ke peringkat Negeri Johor dengan mewakili Daerah Pontian. Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan buat sekolah dan membuktikan bahawa murid-murid kita mempunyai potensi besar untuk menyerlah dalam bidang kepimpinan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas usaha, kesungguhan dan komitmen yang telah ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berani mencuba, mengembangkan potensi diri dan melangkah lebih jauh.

“Pemimpin Muda, Inspirasi Masa Hadapan!”







✨KARNIVAL TAUTAN UKHUWAH PUTERI MADANI PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2026✨🗓️12 September 2026🔖Sabtu⏰8.00 Pagi📍Dewan Seri ...
13/09/2026

✨KARNIVAL TAUTAN UKHUWAH PUTERI MADANI PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2026✨

🗓️12 September 2026
🔖Sabtu
⏰8.00 Pagi
📍Dewan Seri Mahkota, SMK Tengku Mahkota
🏆Pencapaian :
🥈Naib Johan : Bina Gajet (Sekolah Rendah)
⭐️Nur Adlina - 6IK
⭐️Dini’ Afini - 5IJ

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan dan pengalaman bermakna buat para peserta menyertai Karnival Tautan Ukhuwah Puteri Madani Peringkat Negeri Johor Tahun 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya para guru pembimbing, urus setia, ibu bapa dan para peserta atas komitmen, sokongan serta kerjasama yang diberikan bagi memastikan penyertaan dalam karnival ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Program ini menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah, membina keyakinan diri, memupuk semangat kerjasama serta mencungkil bakat dan potensi dalam kalangan puteri-puteri Madani.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta guru pembimbing atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan membina jati diri yang lebih positif dalam diri setiap peserta.

Semoga Karnival Tautan Ukhuwah Puteri Madani Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 terus menjadi wadah yang menyatukan hati, mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat persaudaraan dalam kalangan generasi muda.

“Ukhuwah Disemai, Sahsiah Dibina, Generasi Madani Diperkasa.”








✨SMART2 YOUNG TEAM CHESS CHAMPIONSHIP✨🗓️12 September 2026🔖Sabtu⏰8.00 Pagi📍SK Kota Masai 2🏆Pencapaian :🥇JOHAN TERBAIK PAP...
13/09/2026

✨SMART2 YOUNG TEAM CHESS CHAMPIONSHIP✨

🗓️12 September 2026
🔖Sabtu
⏰8.00 Pagi
📍SK Kota Masai 2
🏆Pencapaian :
🥇JOHAN TERBAIK PAPAN 2 – MARYAM ESA
🏅 TEMPAT KE-5 – BERSEPADU BAWAH 11 TAHUN

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan catur sekolah yang telah menunjukkan semangat juang, fokus, ketekunan dan strategi yang hebat dalam menyertai SMART2 Young Team Chess Championship.

Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan persembahan terbaik dan berjuang dengan penuh semangat sepanjang pertandingan:

1. Maryam Esa
2. Nur Fatihah
3. Faqihah Uthailah
4. Raisha Ammara

Kemenangan ini bukan sahaja tentang pingat dan kedudukan, tetapi juga tentang keberanian mencuba, kesungguhan berlatih, kebijaksanaan membuat keputusan serta semangat tidak mudah berputus asa. Setiap gerakan di papan catur menjadi bukti bahawa kejayaan lahir daripada latihan yang konsisten, disiplin dan keyakinan diri.

Sekalung penghargaan juga buat guru pembimbing, jurulatih, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak ini dalam mengembangkan bakat serta potensi mereka.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Teruskan berlatih, teruskan percaya pada diri sendiri dan teruskan mengharumkan nama sekolah! 🌟

“Tahniah anak-anak! Kecil di usia, besar impiannya!”

♟️ THINK • PLAN • PLAY • WIN! ♟️









🇲🇾 MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 🇲🇾Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin da...
13/09/2026

🇲🇾 MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 🇲🇾

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dapat dilaksanakan dengan penuh semangat, meriah dan jayanya.

Majlis Penutupan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan menjadi tirai penutup kepada pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang bulan ini. Program yang dianjurkan bukan sekadar untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan, malah menjadi wadah dalam menyemai dan menyuburkan semangat patriotisme, kecintaan terhadap negara, perpaduan serta penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para pejuang tanah air.

Sesungguhnya, kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi merupakan amanah yang perlu kita pelihara dan hargai bersama. Sebagai warga sekolah, kita mempunyai peranan untuk memastikan semangat cintakan negara terus hidup dalam jiwa generasi muda melalui ilmu, disiplin, perpaduan dan sikap saling menghormati.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, staf sokongan, para murid serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama, komitmen dan sokongan dalam menjayakan setiap aktiviti sepanjang Program Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Semoga semangat yang telah disemai sepanjang program ini terus mekar dalam diri setiap warga sekolah dan diterjemahkan melalui amalan seharian. Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat keamanan dan kemerdekaan yang dikecapi, serta berganding bahu membina Malaysia yang lebih harmoni, bersatu padu dan sejahtera.

Kemerdekaan bukan hanya untuk dikenang, tetapi untuk dihargai, dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang. ❤️🇲🇾

Selamat menyambut Hari Kebangsaan!

“Teruskan semangat patriotisme, semarakkan perpaduan, dan cintailah Malaysia”

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾










Address

Jalan Alsagoff
Pontian
82000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Bandar Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Bandar Pontian:

Shortcuts

Share