TAJ Bandar Benut

Directions

TAJ Bandar Benut TAJ SA Bandar Benut telah ditubuhkan dari Tahun 2001

🌿 Program Muamalat KidsSetiap hari Rabu, anak-anak belajar mengenali asas muamalat melalui aktiviti yang menyeronokkan d...
09/09/2026

🌿 Program Muamalat Kids

Setiap hari Rabu, anak-anak belajar mengenali asas muamalat melalui aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna. Semoga ilmu yang dipelajari menjadi bekalan dalam membentuk generasi yang bijak, amanah dan berakhlak mulia. ✨

🇲🇾🎨 PERTANDINGAN MEWARNA KEMERDEKAAN 🎨🇲🇾24 OGOS 2026Alhamdulillah,  Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Hari Kemerdeka...
26/08/2026

🇲🇾🎨 PERTANDINGAN MEWARNA KEMERDEKAAN 🎨🇲🇾
24 OGOS 2026

Alhamdulillah, Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan bersama anak-anak tadika. Aktiviti ini bertujuan mencungkil kreativiti serta memupuk semangat patriotik dan rasa cinta kepada tanah air sejak usia muda.

Tahniah kepada semua murid atas usaha yang diberikan! 🇲🇾❤️

🇲🇾 PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 🇲🇾Alhamdulillah,  Program Sambutan Hari Kemerdekaan bersama anak-...
26/08/2026

🇲🇾 PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 🇲🇾

Alhamdulillah, Program Sambutan Hari Kemerdekaan bersama anak-anak tadika dalam suasana yang penuh meriah, ceria dan patriotik. Program ini diadakan bagi menyemai semangat cinta akan negara serta memupuk nilai perpaduan, kerjasama dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia sejak usia kanak-kanak.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bersama para pelajar, perarakan bersama tahap 2, aktiviti Mewarna bertemakan kemerdekaan, Topi berhias yang dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada anak-anak.

Melalui program sebegini, para pelajar bukan sahaja dapat mengenali dan menghayati erti kemerdekaan, malah dapat memahami kepelbagaian budaya dan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni.

Semoga semangat “Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka” terus subur dalam diri anak-anak dan menjadi generasi yang mencintai tanah air, menghargai jasa para pejuang serta sentiasa menjunjung nilai perpaduan dan keharmonian.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan! 🇲🇾❤️
Malaysia Merdeka, Malaysia Sejahtera!







📚✨ Kelas Cilik Jawi📚✨Alhamdulillah, Kelas Cilik Jawi telah dijalankan bersama murid-murid tadika dalam suasana pembelaja...
23/08/2026

📚✨ Kelas Cilik Jawi📚✨

Alhamdulillah, Kelas Cilik Jawi telah dijalankan bersama murid-murid tadika dalam suasana pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan. Kelas ini bertujuan memperkenalkan asas tulisan Jawi serta membantu murid mengenali, membaca dan menulis huruf Jawi dengan lebih baik.

Melalui aktiviti yang dijalankan, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran asas Jawi di samping memupuk minat terhadap tulisan warisan Islam. Semoga pembelajaran ini dapat menjadi asas yang kukuh kepada anak-anak untuk terus menguasai tulisan Jawi serta menghargai warisan bahasa dan budaya Melayu. 🌷📖

🌷✨ Program Muamalat Kids🌷✨12 OGOS 2026Alhamdulillah, Program Muamalat Kids telah dilaksanakan  dengan penuh lancar dan m...
23/08/2026

🌷✨ Program Muamalat Kids🌷✨

12 OGOS 2026

Alhamdulillah, Program Muamalat Kids telah dilaksanakan dengan penuh lancar dan meriah bersama murid-murid tadika. Program ini memberi peluang kepada anak-anak untuk mengenali asas muamalat serta mempelajari nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, bertanggungjawab dan bekerjasama dalam kehidupan seharian.

Melalui aktiviti yang dijalankan, murid-murid dapat memperoleh pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan di samping membina keyakinan diri dan kemahiran sosial. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat menjadi bekalan berguna dalam membentuk generasi yang berakhlak mulia, bijak mengurus diri serta memahami nilai kehidupan berlandaskan ajaran Islam. 🤲📚🌸

🕌✨ Solat Zohor Berjemaah Bersama Murid Tahap 1Alhamdulillah, Solat Zohor Berjemaah bersama murid-murid Tahap 1 telah dil...
23/08/2026

🕌✨ Solat Zohor Berjemaah Bersama Murid Tahap 1

Alhamdulillah, Solat Zohor Berjemaah bersama murid-murid Tahap 1 telah dilaksanakan dengan penuh tertib dan lancar. Program ini bertujuan membimbing serta membiasakan murid-murid menunaikan solat secara berjemaah di samping memupuk nilai disiplin, kerjasama dan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan ibadah.
Murid-murid turut diberikan pendedahan tentang kepentingan solat sebagai tuntutan utama dalam kehidupan seorang Muslim. Semoga amalan yang diterapkan sejak usia awal ini dapat menjadi kebiasaan yang berterusan serta membentuk generasi yang beriman, berdisiplin dan berakhlak mulia. 🤲🌷

📖🌷 Kelas Mengaji Al-Quran Murid Tadika📖🌷Alhamdulillah, kelas mengaji Al-Quran bersama murid-murid tadika telah dilaksana...
23/08/2026

📖🌷 Kelas Mengaji Al-Quran Murid Tadika📖🌷

Alhamdulillah, kelas mengaji Al-Quran bersama murid-murid tadika telah dilaksanakan dengan penuh tertib dan berterusan. Kelas ini bertujuan memberikan pendedahan serta membimbing anak-anak dalam mengenal huruf hijaiyah, membaca Al-Quran dengan betul dan memahami kepentingan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Melalui pembelajaran yang dijalankan, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran membaca serta membina keyakinan diri dalam mengaji. Semoga usaha ini dapat menyemai rasa cinta terhadap Al-Quran dan membentuk generasi kecil yang berilmu, berakhlak mulia serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup. 🤲✨

🌷✨ Program Muamalat KidsAlhamdulillah, Program Muamalat Kids telah dilaksanakan pada setiap hari RABU dengan penuh lanca...
23/08/2026

🌷✨ Program Muamalat Kids

Alhamdulillah, Program Muamalat Kids telah dilaksanakan pada setiap hari RABU dengan penuh lancar dan meriah bersama murid-murid tadika. Program ini memberi peluang kepada anak-anak untuk mengenali asas muamalat serta mempelajari nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, bertanggungjawab dan bekerjasama dalam kehidupan seharian.

Melalui aktiviti yang dijalankan, murid-murid dapat memperoleh pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan di samping membina keyakinan diri dan kemahiran sosial. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat menjadi bekalan berguna dalam membentuk generasi yang berakhlak mulia, bijak mengurus diri serta memahami nilai kehidupan berlandaskan ajaran Islam. 🤲📚🌸

✨ Semakan Bacaan Sebelum Ihtifal Ilmi Bersama GB ✨17 JULAI 2026Alhamdulillah, murid-murid tadika menjalani semakan bacaa...
23/08/2026

✨ Semakan Bacaan Sebelum Ihtifal Ilmi Bersama
GB ✨

17 JULAI 2026

Alhamdulillah, murid-murid tadika menjalani semakan bacaan sebagai persediaan sebelum menyertai Ihtifal Ilmi. Semoga anak-anak terus bersemangat, yakin dan bersedia memberikan yang terbaik. 🌷🤲

Address

Jalan Jaafar Benut
Pontian
82200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TAJ Bandar Benut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share