SK Seri Bahagia

Directions

SK Seri Bahagia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Seri Bahagia, School, Kg Lubok Sipat, Benut, Pontian.

Program Galakan Membaca Bersama ANA MUSLIM pada 13 Ogos 2026
25/08/2026

Program Galakan Membaca Bersama ANA MUSLIM pada 13 Ogos 2026

Alhamdulillah....Tahniah dan Syabas atas  penyertaan dan pencapaian anak2 SERBA  sepanjang bulan Jun & Julai dan komitme...
05/08/2026

Alhamdulillah....Tahniah dan Syabas atas penyertaan dan pencapaian anak2 SERBA sepanjang bulan Jun & Julai dan komitmen yang diberikan oleh guru-guru pengiring dan jurulatih SERBA.

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Mukhlis Raziq Bin Manan atas kejayaan meraih Temp...
03/08/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Mukhlis Raziq Bin Manan atas kejayaan meraih Tempat Ke-4 dalam pertandingan LESTARI SENYUM+: Misi Menjejak Perkataan.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, semangat yang tinggi serta kesungguhan dalam memperkasakan kemahiran literasi. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Teruskan berusaha, yakin pada diri sendiri dan jadilah inspirasi kepada rakan-rakan. Warga sekolah amat berbangga dengan pencapaian ini.

Syabas dan tahniah sekali lagi! 🌹🏆📚

🏏 TAHNIAH & SYABAS! 🏏Warga SK Seri Bahagia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:🥈 MUHAMMAD AQIL DZIKRI ...
30/07/2026

🏏 TAHNIAH & SYABAS! 🏏

Warga SK Seri Bahagia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:

🥈 MUHAMMAD AQIL DZIKRI BIN AZRULDIN

atas penyertaan dan kejayaan meraih NAIB JOHAN (Plate) dalam Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun MSS Johor 2026 yang telah berlangsung pada 14 hingga 17 Julai 2026 di Dato’ Dr. Harjit Singh Academy Cricket Johor & Oval, Mutiara Rini, Johor.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin, semangat juang yang tinggi serta sokongan padu daripada ibu bapa, jurulatih dan guru pengiring.

Turut dirakamkan penghargaan kepada CG Hanizan Bin Khalid selaku guru pengiring/fisioterapi atas komitmen dan bimbingan sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid SK Seri Bahagia untuk terus berusaha, berani mencuba dan mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi! Teruskan melakar kecemerlangan! 🌟





Alhamdulillah.... Penyertaan wakil murid SERBA dalam bengkel BYTE OF BRILLIANCE...Tahniah dan syabas...
24/07/2026

Alhamdulillah.... Penyertaan wakil murid SERBA dalam bengkel BYTE OF BRILLIANCE...Tahniah dan syabas...

Alhamdulillah... PROGRAM DISKUSI AKADEMIK berjalan mengikut perancangan .. Dua taklimat berjalan serentak di dua lokasi ...
24/07/2026

Alhamdulillah... PROGRAM DISKUSI AKADEMIK berjalan mengikut perancangan .. Dua taklimat berjalan serentak di dua lokasi berbeza...
- Taklimat Matrik Pembelajaran Tahun 4 disampaikan oleh Pn Maria - PK Pentadbiran di dewan
- Taklimat Tahun 6 Kemasukn ke Sek Khusus disampaikan oleh En Halil bin Yusof peg PPD Pontian & En Khaidir Kaunselor SK Kg Sawah di makmal Komputer.
Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa/penjaga dan warga SERBA atas kebersamaan menjayakan program..

Alhamdulillah..Semoga kehadiran ibu bapa/penjaga akan dapat menjana kecemerlangan anak2...Insya Allah...
22/07/2026

Alhamdulillah..Semoga kehadiran ibu bapa/penjaga akan dapat menjana kecemerlangan anak2...Insya Allah...

“Jasa disanjung, baktimu dijunjung.” 🌹Hari ini menjadi saksi penghargaan buat seorang pendidik yang telah mencurahkan il...
19/06/2026

“Jasa disanjung, baktimu dijunjung.” 🌹

Hari ini menjadi saksi penghargaan buat seorang pendidik yang telah mencurahkan ilmu, kasih sayang dan pengorbanan sepanjang perkhidmatannya.

Selamat bersara buat Pn. Sariyah Binti Lan. Semoga segala jasa yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta rahmat Allah SWT dalam fasa kehidupan yang baharu.

Terima kasih atas segala bakti. Jasamu akan sentiasa dikenang. ❤️

Statistik Perlawanan Bola Baling MSSD Pontian 2026🤾🏻‍♀️🔥Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas pencapaian pasuka...
12/06/2026

Statistik Perlawanan Bola Baling MSSD Pontian 2026🤾🏻‍♀️🔥

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas pencapaian pasukan SERBA HC yang berjaya meraih tempat ketiga bola baling MSSD Pontian.

Terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru, warga sekolah dan semua yang telah memberikan sokongan, doa serta semangat kepada pasukan sepanjang kejohanan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi motivasi untuk terus melakar kecemerlangan lebih baik pada masa akan datang.

SERBA HC, terus melangkah lebih jauh! 🥉🤾‍♂️

Alhamdulillah...Pelancaran Program Pendidika Keselamatan Sekolah telah berjaya disempurnakan oleh Tn Guru Besar SERBA dg...
15/05/2026

Alhamdulillah...Pelancaran Program Pendidika Keselamatan Sekolah telah berjaya disempurnakan oleh Tn Guru Besar SERBA dgn kerjasama unit HEM dan 3K....

Address

Kg Lubok Sipat, Benut
Pontian

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seri Bahagia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category