14/08/2026
KUNJUNGAN PENANDA ARAS & PERKONGSIAN ILMU KELESTARIAN
SK Penerok berbesar hati menerima kunjungan Guru Besar SK Rambah, Cg Zaharah binti Badri, bersama barisan Guru Penolong Kanan serta Penyelaras Kelestarian SK Rambah ke SK Penerok.
Kunjungan ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pengalaman, amalan terbaik serta idea dalam membudayakan kelestarian di peringkat sekolah.
🌱 STESEN 1 – JOM TANAM
Rombongan dibawa meninjau beberapa kawasan penghijauan dan pertanian sekolah, antaranya:
🌿 Kawasan Fertigasi
💧 Kawasan Hidroponik
🌱 Kebun PPKI
🍍 Kawasan Penanaman Nanas MD2
Lawatan ini memberi pendedahan berkaitan pengurusan tanaman, kaedah penanaman serta penglibatan murid dalam aktiviti pertanian dan penghijauan sekolah.
♻️ STESEN 2 – JOM KITAR SEMULA
Rombongan turut berkunjung ke Stesen Kitar Semula SK Penerok bagi melihat pelaksanaan aktiviti pengasingan, pengumpulan dan pengurusan bahan kitar semula.
Perkongsian turut menyentuh usaha membudayakan amalan 3R – Reduce, Reuse & Recycle dalam kalangan warga sekolah.
💡 PERKONGSIAN ILMU & AMALAN TERBAIK
Sesi kunjungan diakhiri dengan perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pengurusan kelestarian sekolah, penghijauan, pertanian sekolah serta pengurusan bahan kitar semula.
Semoga kunjungan ini menjadi medium yang bermakna dalam memperkukuh jaringan kolaborasi antara SK Penerok dan SK Rambah, seterusnya menyemarakkan usaha melahirkan Agen Perubahan Kelestarian dalam kalangan murid.
♥️ myskpenerok
SKP .. Towards Excellence
RCE Iskandar