Sekolah Agama Permas Kelapa

Sekolah Agama Permas Kelapa Melahirkan generasi Al Quran

Penerima Anugerah:UPKK TerbaikSDEA TerbaikTokoh Murid Lelaki - Ahmad Firdaus bin Mohamad AzzuddinTokoh Murid Perempuan-Q...
27/05/2026

Penerima Anugerah:

UPKK Terbaik

SDEA Terbaik

Tokoh Murid Lelaki - Ahmad Firdaus bin Mohamad Azzuddin

Tokoh Murid Perempuan-Qaisara Damia binti Noraihan

Peningkatan Prestasi- Siti Syuhada binti Mohd Adib

Salam Aidiladha 1447H / 2026M ​Tulus ikhlas daripada kami seluruh warga Sekolah Agama Permas Kelapa. Semoga ibadah korba...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M

​Tulus ikhlas daripada kami seluruh warga Sekolah Agama Permas Kelapa.

Semoga ibadah korban pada tahun ini diterima Allah SWT, dan semangat pengorbanan ini terus menyatukan kita dalam ukhuwah, keberkatan, dan kasih sayang.


Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Perpisahan Ustazah Rahmah(2) Terima kasih kepada semua yang beri kerjasama yang...
26/05/2026

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Perpisahan Ustazah Rahmah(2)

Terima kasih kepada semua yang beri kerjasama yang sangat baik.

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Perpisahan Ustazah Rahmah(1) Terima kasih kepada semua yang beri kerjasama yang...
26/05/2026

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Perpisahan Ustazah Rahmah(1)

Terima kasih kepada semua yang beri kerjasama yang sangat baik.

Aktiviti selepas hari peperiksaan. Aktiviti mewarna santai tema hari guru.
26/05/2026

Aktiviti selepas hari peperiksaan. Aktiviti mewarna santai tema hari guru.

Kenangan Program Raya SekampungKerjasama dengan Kampung Permas Kelapa bersama Sekolah Kebangsaan Permas Kelapa dan Sekol...
26/05/2026

Kenangan Program Raya Sekampung

Kerjasama dengan Kampung Permas Kelapa bersama Sekolah Kebangsaan Permas Kelapa dan Sekolah Agama Permas Kelapa.

SELAMAT HARI PEKERJA 2026 Warga Sekolah Agama Permas Kelapa ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kas...
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026

Warga Sekolah Agama Permas Kelapa ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua golongan pekerja di Malaysia.

Sama ada dalam sektor kerajaan, swasta, pertanian, perladangan dan lain-lain bidang — setiap usaha dan pengorbanan anda adalah tunjang kepada kemajuan negara.

Semoga segala titik peluh yang dicurahkan diberkati dan terus menjadi inspirasi dalam membina masyarakat yang maju, berintegriti dan sejahtera.

“Hargai setiap titik peluh, bina masa depan bersama.”
Selamat Hari Pekerja kepada semua!

Ikhlas daripada,
Warga Sekolah Agama Permas Kelapa




Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua 11 orang peserta daripada Sekolah Agama Permas Kelapa yang telah menyertai Maj...
21/04/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua 11 orang peserta daripada Sekolah Agama Permas Kelapa yang telah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 3. Keberanian dan kesungguhan kalian mengharumkan nama sekolah amatlah dibanggakan.

Ucapan tahniah khas buat dua orang peserta yang telah berjaya meraih kejayaan:
🏆 Naib Johan Syarahan Bahasa Arab
🏆 Naib Johan Tulisan Jawi
Kejayaan ini adalah hasil usaha, latihan dan doa yang berterusan. Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

Buat peserta yang belum berjaya, jangan berputus asa. Setiap usaha yang dilakukan adalah satu langkah ke hadapan. Kekalahan hari ini bukan penamat, tetapi pengalaman berharga untuk kejayaan akan datang. Teruskan berusaha, perbaiki diri, dan yakinlah rezeki kejayaan pasti tiba pada waktu yang tepat.

Pergi ke taman memetik melati,
Harum baunya si bunga cempaka;
Menang kalah adat pertandingan ini,
Yang penting usaha tidak sia-sia.

Syabas semua! Teruskan melangkah dengan semangat dan keyakinan.

Assalamualaikum. Makluman Cuti sempena Majlis Tilawah AlQuran peringkat zon pada hari esok. Mohon doakan Sufi, Fahim, Fa...
20/04/2026

Assalamualaikum. Makluman Cuti sempena Majlis Tilawah AlQuran peringkat zon pada hari esok.

Mohon doakan Sufi, Fahim, Fayyadh, Alim, Thaqif, Azizi, Amni, Iman, Kazimah, Qaisara, dan Siti Aisyah dilancarkan lidah dan beroleh kejayaan.

SAPK JUARA!

Doa Akhir Ramadan Khusus Untuk Anak
20/03/2026

Doa Akhir Ramadan Khusus Untuk Anak

Address

Kukup
Pontian

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Permas Kelapa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Agama Permas Kelapa:

Shortcuts

Share

Category