SK Andek Mori - SKAM Sustainable Legacy

SK Andek Mori - SKAM Sustainable Legacy Mari lestarikan masa depan bersama kami!

Laman page SK Andek Mori, Pontian ini memberi fokus kepada Pendidikan Kelestarian, Amalan Hijau dan Pemerkasaan Komuniti serta Mendidik masyarakat, Memelihara Warisan.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π†πŽπ“πŽππ†-π‘πŽπ˜πŽππ† ππ„ππ†π€π’πˆππ†π€π 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπˆπ“π€π‘ π’π„πŒπ”π‹π€ – 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 β™»οΈπŸŒ±Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Pengasingan Bahan ...
27/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π†πŽπ“πŽππ†-π‘πŽπ˜πŽππ† ππ„ππ†π€π’πˆππ†π€π 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπˆπ“π€π‘ π’π„πŒπ”π‹π€ – 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 β™»οΈπŸŒ±

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Pengasingan Bahan Kitar Semula Fasa 2 telah dilaksanakan sebagai salah satu usaha berterusan warga SK Andek Mori dalam menyokong kelestarian alam sekitar.

Program ini melibatkan 2 orang guru bersama murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 yang berganding bahu mengasingkan bahan-bahan kitar semula mengikut kategori yang bersesuaian.

Aktiviti ini merupakan sebahagian aktiviti pendidikan kelestarian dan penyertaan sekolah dalam Pertandingan Pengumpulan Bahan Kitar Semula anjuran Majlis Perbandaran Pontian (MPPn).

πŸ‘ Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan.

🌍 Sama-sama kita membudayakan amalan kitar semula demi sekolah yang lebih bersih, hijau dan lestari.

♻️ SKAM Sustainable Legacy
Usaha Hari Ini, Kelestarian Masa Depan!

RCE Iskandar
Fauziah Mohd Noor Gee
Majlis Perbandaran pontian

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ€π˜π”π‡π€π π‹π„π’π“π€π‘πˆ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€
25/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ€π˜π”π‡π€π π‹π„π’π“π€π‘πˆ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€

πŸ‡²πŸ‡Ύβ™»οΈπŠπ„πŒππ„π πŠπˆπ“π€π‘ π’π„πŒπ”π‹π€ π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” β™»οΈπŸ‡²πŸ‡ΎTema Hari Kebangsaan 2026: Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiAssa...
05/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβ™»οΈπŠπ„πŒππ„π πŠπˆπ“π€π‘ π’π„πŒπ”π‹π€ π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” β™»οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Tema Hari Kebangsaan 2026: Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

πŸ“’ SK Andek Mori, Pontian dengan sukacitanya mempelawa semua murid dan ibu bapa untuk bersama-sama menjayakan Kempen Kitar Semula Sempena Merdeka yang berlangsung sepanjang bulan Ogos.

🌱 Bahan kitar semula yang diterima:
πŸ“¦ Kertas / Surat Khabar / Kotak
🧴 Plastik
🍾 Kaca
πŸ₯« Tin Aluminium
πŸ”© Besi

πŸ“ Tempat Pengumpulan:
Pusat Pengumpulan Kitar Semula SK Andek Mori, Pontian

πŸ—“οΈ Penghantaran dibuka setiap hari sepanjang bulan Ogos.

⚠️ PERINGATAN PENTING
βœ… Hanya bahan kitar semula yang disenaraikan di atas sahaja diterima.
βœ… Semua bahan hendaklah bersih, kering dan bebas daripada sisa makanan, minyak atau bahan berbahaya.
βœ… Sila asingkan bahan mengikut jenis bagi memudahkan proses pengumpulan dan kitar semula.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan mengamalkan budaya kitar semula demi kelestarian alam sekitar.

🌍 Jom Kitar Semula Demi Alam Sekitar!
πŸ’š Satu Keluarga, Satu Tanggungjawab.
♻️ Kitar Semula Hari Ini, Demi Malaysia yang Lebih Lestari Esok.

πŸ“’ MOHON SOKONGAN SEMUA πŸŒπŸ’šAssalamualaikum dan salam sejahtera.Kami memohon jasa baik semua rakan-rakan, ibu bapa, warga s...
12/06/2026

πŸ“’ MOHON SOKONGAN SEMUA πŸŒπŸ’š

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami memohon jasa baik semua rakan-rakan, ibu bapa, warga sekolah dan komuniti untuk memberikan sokongan kepada Adik Rania dari SK Andek Mori, Pontian yang sedang menyertai Pertandingan Kelestarian (Junior Eco Warriors).

✨ Cara membantu sangat mudah:
❀️ Like
πŸ’¬ Comment " Saya sokong inisiatif sifar plastik sekali guna"
πŸ”„ Share

Setiap like, komen dan perkongsian anda amat bermakna dan dapat membantu meningkatkan capaian penyertaan Adik Rania dengan bimbingan cikgu farhana.

Mari kita sama-sama memberi semangat dan sokongan kepada anak kita dalam usaha menyebarkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar. πŸŒ±β™»οΈ

πŸ“Œ Klik pautan video:
https://vt.tiktok.com/ZSQP4ds2q/

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua. Semoga segala kebaikan yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda. πŸ€²πŸ’š

SELAMAT HARI GURU 2026
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026

Ucapan Guru Besar

β€œSelamat Hari Guru 2026 kepada seluruh warga pendidik SK Andek Mori. Terima kasih atas segala pengorbanan, keikhlasan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa dengan penuh kasih sayang dan semangat.

Guru bukan sahaja penyampai ilmu, malah pembina sahsiah, pencetus inspirasi dan pemangkin kejayaan generasi masa depan. Setiap usaha dan pengorbanan cikgu amat bermakna dalam melahirkan murid yang cemerlang, berakhlak mulia dan berdaya saing.

Semoga semua guru terus diberikan kesihatan, kekuatan dan semangat untuk mendidik dengan penuh komitmen demi agama, bangsa dan negara.

β€˜Guru Bitara, Nadi Negara’

Ikhlas daripada,
Cikgu Fauziah Binti Mohd Noor
Fauziah Mohd Noor Gee
Guru Besar
SK Andek Mori”

🎢🌱 PENDIDIKAN KESENIAN BERTERASKAN KELESTARIAN 🌱🎢Daripada barang buangan menjadi alunan irama yang penuh makna ✨Aktiviti...
13/05/2026

🎢🌱 PENDIDIKAN KESENIAN BERTERASKAN KELESTARIAN 🌱🎢

Daripada barang buangan menjadi alunan irama yang penuh makna ✨
Aktiviti EcoBeat Percussion bukan sahaja mencungkil bakat seni dan kreativiti murid, malah menjadi medium terapi kesenian yang menyeronokkan serta menenangkan emosi. πŸ’š

Melalui penggunaan bahan kitar semula seperti botol plastik, baldi dan peralatan terpakai, murid dapat:
♻️ Menghayati nilai kelestarian alam
πŸ₯ Meningkatkan fokus dan koordinasi diri
🀝 Memupuk kerjasama dan keyakinan
🎨 Menyalurkan emosi melalui muzik dan seni kreatif

Seni bukan sekadar hiburan, tetapi juga terapi yang menyatukan jiwa, kreativiti dan kesedaran terhadap penjagaan bumi kita. 🌍

✨ Muzik Kita, Bumi Kita!

RCE Iskandar
Fauziah Mohd Noor Gee
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp


ECOBEAT PERCUSSION - β€œCak Cekuk”Persembahan murid Tahun 3 Al-Kindi sempena Program Pendidikan Lestari πŸŒ±β™»οΈ. Hasil Bimbingan Cikgu Nur Najihah Ibtisam Binti I...

π„π‚πŽπŒπŽπ‘πˆ π„πƒπˆπ’πˆ πŒπˆππ†π†π” πˆππˆβš‘οΈπŸ“‘Fauziah Mohd Noor GeeRCE IskandarPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SW...
12/05/2026

π„π‚πŽπŒπŽπ‘πˆ π„πƒπˆπ’πˆ πŒπˆππ†π†π” πˆππˆβš‘οΈπŸ“‘

Fauziah Mohd Noor Gee
RCE Iskandar
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp

🌿✨  πŠπ„πˆππƒπ€π‡π€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ π„π‚πŽππ‘πˆπ‚πŠ π‹π„πŒπŽππ†π‘π€π’π’ π˜π€ππ† π‡π€πŒππˆπ‘ π’π„πŒππ”π‘ππ€βœ¨πŸŒΏAlhamdulillah, Projek ECOBRICK LEMONGRASS kini hampir sia...
12/05/2026

🌿✨ πŠπ„πˆππƒπ€π‡π€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ π„π‚πŽππ‘πˆπ‚πŠ π‹π„πŒπŽππ†π‘π€π’π’ π˜π€ππ† π‡π€πŒππˆπ‘ π’π„πŒππ”π‘ππ€βœ¨πŸŒΏ

Alhamdulillah, Projek ECOBRICK LEMONGRASS kini hampir siap sepenuhnya. Hasil usaha, kreativiti dan kerjasama seluruh warga sekolah akhirnya mula menampakkan keindahan yang cukup membanggakan. πŸ’šπŸ§±

Daripada bahan terpakai yang dianggap sisa, kini berubah menjadi satu ruang lestari yang unik, menarik dan penuh nilai pendidikan. Setiap susunan ecobrick membawa mesej bahawa penjagaan alam sekitar bermula dengan tindakan kecil yang dilakukan bersama-sama. β™»οΈπŸŒ

Projek ini bukan sekadar binaan fizikal, tetapi simbol semangat cinta akan alam, budaya kitar semula dan komitmen ke arah sekolah hijau yang lebih mampan. 🌱

β€œKeindahan sebenar lahir apabila kreativiti bersatu dengan kesedaran menjaga bumi.”

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Projek ECOBRICK LEMONGRASS ini. πŸ’«

Fauziah Mohd Noor Gee
RCE Iskandar
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp



πŸŒ±βœ¨ππ‘πŽπ’π„π’ ππ„πŒππˆππ€π€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ π„π‚πŽππ‘πˆπ‚πŠ π‹π„πŒπŽππ†π‘π€π’π’βœ¨πŸŒ±Sedikit demi sedikit, usaha kecil mampu membawa perubahan besar demi kele...
12/05/2026

πŸŒ±βœ¨ππ‘πŽπ’π„π’ ππ„πŒππˆππ€π€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ π„π‚πŽππ‘πˆπ‚πŠ π‹π„πŒπŽππ†π‘π€π’π’βœ¨πŸŒ±

Sedikit demi sedikit, usaha kecil mampu membawa perubahan besar demi kelestarian alam sekitar. β™»οΈπŸ’š

Warga sekolah bersama-sama berganding bahu dalam proses pembinaan Projek ECOBRICK LEMONGRASS dengan menggunakan botol plastik terpakai yang dipadatkan bersama sisa plastik bagi menghasilkan ecobrick yang kukuh dan bermanfaat. 🌍🧱

Projek ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran plastik, malah turut memupuk sikap cinta akan alam sekitar, kerjasama berpasukan dan kreativiti dalam kalangan murid. 🌿

β€œDaripada sisa kepada inspirasi, daripada plastik kepada solusi.”

Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar ke arah sekolah yang lebih lestari dan hijau. πŸ’šπŸŒ

Fauziah Mohd Noor Gee
RCE Iskandar
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp







Address

SK Andek Mori, Jalan Serkat
Pontian
82300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Andek Mori - SKAM Sustainable Legacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category