SEPADU’s Indah Lestari

SEPADU’s Indah Lestari Kitar Semula untuk memelihara dan memulihara alam sekitar agar terjaga kelestariannya.

🇲🇾 PERTANDINGAN BIG BOOK LESTARI SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾📅 Tarikh: 5 Ogos – 18 Ogos 2026Tahniah dan syabas atas ...
20/08/2026

🇲🇾 PERTANDINGAN BIG BOOK LESTARI SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾

📅 Tarikh: 5 Ogos – 18 Ogos 2026

Tahniah dan syabas atas penyertaan yang begitu membanggakan dalam Pertandingan Big Book Lestari! 🎉📚

Kreativiti peserta terserlah melalui penggunaan bahan-bahan terpakai yang diolah menjadi hasil karya yang menarik, kreatif dan penuh nilai. ♻️✨

Pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat dan daya kreativiti murid, malah memupuk kesedaran tentang kepentingan kelestarian alam sekitar serta amalan kitar semula.

Hasil karya yang dihasilkan turut memberikan input yang bermanfaat dan output yang bermakna kepada warga pendidik, di samping menjadi inspirasi untuk terus berkarya secara kreatif dan lestari. 🌱💚

“Kreativiti Digilap, Kelestarian Dipupuk, Patriotisme Disemai.” 🇲🇾✨

Syabas kepada semua peserta! Teruskan berkarya, berinovasi dan menginspirasi! 👏🌟

🇲🇾🌿 JOM SEMARAKKAN MERDEKA DENGAN PROGRAM LESTARI! 🌿🇲🇾❤️ 1 MURID 1 KG FABRIK❤️“Satu Sumbangan, Seribu Manfaat!”👕 Ada pak...
15/08/2026

🇲🇾🌿 JOM SEMARAKKAN MERDEKA DENGAN PROGRAM LESTARI! 🌿🇲🇾

❤️ 1 MURID 1 KG FABRIK❤️
“Satu Sumbangan, Seribu Manfaat!”

👕 Ada pakaian yang tidak lagi dipakai?
🛏️ Ada cadar, tuala atau langsir yang tersimpan?
♻️ Jangan biarkan terbiar — berikan ia kehidupan kedua!

🇲🇾 KEMPEN FABRIK MERDEKA

🌱 Kitar semula fabrik, kurangkan pembaziran, sayangi bumi!
Jom warga SK Parit Kudus!

✨ Kumpul • Bawa • Hantar • Selamatkan Bumi ✨

🌱kepada murid yang ibu bapa telah menghantar fabrik, anak2 tidak perlu membawa lagi ke sekolah🌱

📅 17 Ogos 2026 (Isnin)
📍 Dewan SK Parit Kudus

“MERDEKA BUKAN SEKADAR DIHAYATI,
TETAPI DIBUKTIKAN MELALUI TINDAKAN!” 🇲🇾🌎

1-17 Ogos 2026Penghantaran fabrik terpakai oleh komuniti setempat
15/08/2026

1-17 Ogos 2026

Penghantaran fabrik terpakai oleh komuniti setempat

Tahukah anda, kubis bukan lagi tanaman yang hanya sinonim dengan kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands? Dengan ...
15/08/2026

Tahukah anda, kubis bukan lagi tanaman yang hanya sinonim dengan kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands?
Dengan pemilihan varieti yang sesuai dan penjagaan yang betul, kubis kini boleh ditanam di halaman rumah, sama ada di dalam pasu mahupun batas kecil.
Dalam keadaan dunia berdepan cabaran perubahan iklim, kenaikan kos pengangkutan dan gangguan rantaian bekalan makanan global, usaha menghasilkan makanan sendiri semakin penting.
Menanam kubis di rumah bukan sahaja memberi bekalan sayuran segar kepada keluarga, malah membantu mengurangkan kebergantungan terhadap sayuran import.
Perjalanan menanam kubis sebenarnya tidaklah rumit. Semuanya bermula dengan penyemaian benih selama 20 hingga 25 hari sebelum anak benih dipindahkan ke pasu atau batas tanaman.
Kubis memerlukan cahaya matahari antara enam hingga lapan jam sehari, suhu sederhana serta tanah yang subur dan mempunyai saliran baik untuk menghasilkan kepala kubis yang berkualiti.
Selepas dipindahkan, tanaman perlu disiram secara berkala bagi memastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak bertakung.
Pembajaan menggunakan baja organik atau NPK 15:15:15 pada 14 hari lepas tanam (HLT) dan 12:12:17:2 TE pada 35 dan 49 HLT bagi membantu pertumbuhan daun dan pembentukan kepala kubis yang padat.
Kubis boleh mula dipungut selepas 60 hari mengubah diladang. Purata hasil ialah 29mt/ha bagi tanah dataran tinggi dan 16mt/ha bagi tanah pamah.
Apabila memotong kobis diladang, 2-3 helai daun pembalut ditinggalkan. Daun ini berfungsi sebagai pelapik semasa pengendalian
dan pengangkutan.
Kubis digred berdasarkan saiz, ketumpatan, warna, kesegaran, tahap kecederaan mekanikal serta tahap serangan penyakit dan serangga. Kubis bulat boleh disimpan selama 6-12 minggu pada suhu 1-2 darjah celcius dengan kelembapan 90-95%.
Selain menjimatkan perbelanjaan dapur, kubis yang ditanam sendiri memberi keyakinan terhadap kualiti dan keselamatan makanan yang dimakan.
Lebih penting, setiap pasu dan batas yang diusahakan di rumah merupakan sumbangan kecil ke arah memperkukuh keterjaminan makanan negara.
Tanam apa yang kita makan, makan apa yang kita tanam.

14 Ogos 2026/ JumaatAlhamdulillah 🤲Dah ada buahProjek peria fertigasiTerima kasih En Syah selaku pemegang tarikh yang se...
15/08/2026

14 Ogos 2026/ Jumaat

Alhamdulillah 🤲
Dah ada buah

Projek peria fertigasi
Terima kasih En Syah selaku pemegang tarikh yang sentiasa memantau perkembangan pokok.

Pembelajaran hari ini
Cabang pada pokok peria hendaklah di buang, kerana mahukan pertumbuahn di atas sahaja.

🌿📢 JOM SERTAI PROGRAM PENGUMPULAN FABRIK TERPAKAI! 👕👖👜👟SK Parit Kudus  menjemput semua ibu bapa, murid dan warga komunit...
31/07/2026

🌿📢 JOM SERTAI PROGRAM PENGUMPULAN FABRIK TERPAKAI! 👕👖👜👟
SK Parit Kudus menjemput semua ibu bapa, murid dan warga komuniti untuk menyertai Program Pengumpulan Fabrik Terpakai.
♻️ Apa yang boleh dihantar?
👕 Pakaian (lelaki, wanita & kanak-kanak)
🛏 Tekstil (tuala, langsir, cadar & kain)
👜 Beg yang masih boleh digunakan
👟 Kasut yang masih boleh digunakan
📅 Tarikh: 1 – 17 Ogos 2026
📍 Tempat: Dewan SK Parit Kudus
🎁 Istimewa!
✨ Penghantar fabrik paling banyak akan menerima hadiah menarik!
📢 Peringatan Penting
✅ Asingkan fabrik mengikut kategori.
✅ Masukkan setiap kategori ke dalam plastik yang berasingan.
❌ Jangan campurkan.
❌ Pakaian dalam, fabrik basah dan berbau tidak diterima.
💚 Sumbangan ikhlas bagi membantu kos pengurusan amatlah dialu-alukan.
📱 Imbas kod QR pada poster untuk maklumat penghantaran.
🌍 Jangan biarkan fabrik lama menjadi sampah. Berikan peluang kedua kepada fabrik terpakai demi kelestarian alam sekitar.
♻️ Bersama Kita Berkongsi, Kitar Semula, Bantu Sesama! 💚











-Lestari











- IIB
- Majlis Bandaraya Iskandar Puteri


USAHA KREATIF IMELC 2026:          PERTANDINGAN TIK TOK JUNIOR ECO WARRIORTema : Inovasi Rendah Karbon Peserta : Nur Ima...
30/07/2026

USAHA KREATIF IMELC 2026: PERTANDINGAN TIK TOK JUNIOR ECO WARRIOR

Tema : Inovasi Rendah Karbon
Peserta : Nur Iman Medina Bt Mohd Arif

SK Parit Kudus melaksanakan inovasi rendah karbon melalui Smart Mushroom House , sistem akuaponik, kebun fertigasi dan amalan harian mesra alam. Inovasi ini menjimatkan penggunaan air dan tenaga, mengurangkan pembaziran, menjana pendapatan sekolah serta membentuk persekitaran yang lebih hijau, bersih dan lestari demi masa depan bumi untuk semua.

https://vt.tiktok.com/ZS4Y3aSLE/

boleh Share, Like dan Komen











-Lestari











- IIB
- Majlis Bandaraya Iskandar Puteri


(IRDA

Aktiviti kelab Alam Sekitar SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KUDUS            -Lestari               - IIB  - Majlis Bandaraya I...
30/07/2026

Aktiviti kelab Alam Sekitar SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KUDUS










-Lestari











- IIB
- Majlis Bandaraya Iskandar Puteri


(IRDA

**♻️ JOM HANTAR BARANG KITAR SEMULA! 🌍**Jangan biarkan barang terpakai menjadi sampah! Ayuh bersama-sama menjadikan **SK...
29/07/2026

**♻️ JOM HANTAR BARANG KITAR SEMULA! 🌍**

Jangan biarkan barang terpakai menjadi sampah! Ayuh bersama-sama menjadikan **SK Parit Kudus** lebih bersih, hijau dan lestari dengan menghantar barang kitar semula ke **Pusat Pengumpulan Kitar Semula Sekolah**.

📦 Kami menerima:
✅ Kertas / Surat Khabar / Kotak
✅ Plastik
✅ Kaca
✅ Tin Aluminium
✅ Besi
✅ Minyak Masak Terpakai

📍 **Tempat:** Pusat Pengumpulan Kitar Semula Sekolah

⚠️ **Penting:** Sila **asingkan barang mengikut kategori** sebelum dihantar bagi memudahkan proses pengumpulan.

🌱 **Setiap satu barang yang anda hantar mampu memberi kehidupan baharu kepada alam sekitar.** Bersama kita kurangkan sisa, lindungi bumi dan didik anak-anak menjadi generasi yang mencintai alam.

💚 **Jom Hantar Hari Ini, Lestarikan Bumi Esok!**

📞 **Pertanyaan:**
👩‍🏫 Cg Siti Safiah Binti Bachok – **012-755 5287**
👩‍🏫 Cg Zarina Binti Jamal – **013-945 4513**

**♻️ "Satu Barang Anda, Sejuta Harapan Untuk Alam."** 🌍🌿











-Lestari











- IIB
- Majlis Bandaraya Iskandar Puteri


(IRDA

Tahniah SK Parit Kudus
27/07/2026

Tahniah SK Parit Kudus

Address

SK PARIT KUDUS
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6076864844

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SEPADU’s Indah Lestari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share