Nanas Uncle Haleem

Call Directions Contact the school

Nanas Uncle Haleem Seorang pengusaha nanas multitasking, bercita-cita untuk menyempurna rantaian bekalan industri nanas Malaysia.

07/09/2026

Night farming, propaganda atau benar-benar memanfaatkan pekebun nanas?

Amalan pertanian malam atau night farming untuk tanaman nanas bukan satu propaganda, tetapi merupakan satu alternatif yang membawa banyak kelebihan.

Antara kekebihannya ialah:

a. meningkatkan kecekapan penyerapan baja kerana liang stomata pada daun nanas terbuka besar pada waktu malam, maka membolehkan baja foliar memasuki tubuh daun dengan cepat.

b. persekitaran yang dingin pada waktu malam menyebabkan kadar pemeluwapan air lebih perlahan, justeru itu melambatkan baja foliar menjadi beku.

c. pekerja dapat mengelak cuaca panas pada waktu siang di ladang nanas, menjadikan produktiviti pekerja meningkat.

Ketersediaan peralatan tenaga solar dan lampu LED membolehkan pertanian malam mudah menjadi realiti, tanpa pelaburan yang besar. Oleh itu, para petani seharusnya mencuba kaedah pertanian di luar tradisi, agar membawa p**angan yang lebih lumayan.


Nictar - Road to MAHA2026 Episod 18Benih MS16 mendapatkan sambutan hangat orang ramai. Walau bagaimanapun, seperti varie...
02/09/2026

Nictar - Road to MAHA2026 Episod 18

Benih MS16 mendapatkan sambutan hangat orang ramai. Walau bagaimanapun, seperti varieti nanas lain, ia memerlu penjagaan rapi untuk mendatangkan hasil yang baik.

Kelebihan MS16 mungkin ramai yang sudah tahu, tetapi apa cabaran dan masalah yang bakal dihadapi oleh pebebun? Apa potensi pasarannya jika ditanam secara besar-besaran?

Atas jemputan MARDI, pada 5 Sep 2026 (Sabtu) yang akan datang, kita santai-santai mengenali MS16 dengan lebih mendalam di Laman Sayur, MAHA2026.

Penceramah akan berkongsi pengalamannya macamana daripada 200 pokok benih, beliau dapat mengembangkan bilangan benihnya mencecah 120 ribu pokok pada hari ini, dan berjaya menghasil pelbagai produk hiliran berasaskan nanas MS16.

Petani Berilmu, Pulangan Jitu.



02/09/2026

Nictar - Road to MAHA2026 Episod 17

Daun nanas di pusat pokok tiba-tiba jadi kuning, lepas itu reput dan gugur satu demi satu. Bila dicabut daun-daun ini, baunya terlalu busuk seperti telur rosak. Apa penyakit ini?

Jawapannya ialah BHR, bacteria heart rot (penyakit reput pangkal). Patogen iaitu bakteria Dickeya zeae merupakan penyebabnya.

Ramai yang ingat bakteria ini memasuki pokok nanas melalui akar, tetapi sebenarnya ia menyerang pokok nanas melalui luka, stomata yang ada di bahagian daun, tisu muda bahagian pucuk atau bunga yang sedang kembang.

Apabila bakteria Dickeya zeae mula bertindak, dinding sel daun akan pecah dan menjadi cair. Penapaian anaerobic (tanpa oksigen) berlaku jesturu menghasil hidrogen sulfide dan ammonia yang berbau sengit.

Apa ubat yang boleh mengawal penyakit ini? Setakat ini, tiada ubat yang berkesan untuk menyelamat pokok yang terjangkit BHR.

Tetapi secara teorinya, ia boleh diceggah melalui kaedah seperti:
1. Mengurangkan kepadatan tanaman
2. Mamastikan sistem pengairan eficien
3. Mengawal kadar pertumbuhan pokok
4. Sembur effective microbs (EM) dan cooper sulphate pada pokok

Tiada varieti yang boleh terlepas daripada masalah ini. Perbezaannya ialah kekerapan ia berlaku.

Rata-ratanya nanas Morris, Sarawak, Yankee, Morris Gajah dan N36 lebih immune kepada BHR. MD2 dan Josapine adalah antara varieti yang paling kerap dilandai masalah BHR.

Petani Berilmu Pulangan Jitu.



Nictar - Road to MAHA2026 Episod 16Adakah sulur besar dan tinggi bermakna ia sulur yang baik? Realitinya tidak semestiny...
31/08/2026

Nictar - Road to MAHA2026 Episod 16

Adakah sulur besar dan tinggi bermakna ia sulur yang baik?

Realitinya tidak semestinya. Beberapa aspek kita biasa kurang ambil perhatian berkaitan dengan sulur nanas.

1. Ketulinan sulur. Ada tercampur sulur varieti lain?

2. Kondisi induk kepada sulur itu macamana? normal, sihat dan menghasilkan buah berkualiti?

3. Serangga perosak, kulat dan bakteria. Tidak terkesan dengan mata kasar tidak bermakna tiada. Sebelum sulur itu ditanam, bijak jika sanitasi dibuat dahulu untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan yang menjejaskan hasil kemudian.

4. Umur sulur. Sulur yang berusia mempunyai bilangan daun yang lebih banyak. Tetapi jika daun2nya berwarna keunggulan dan kurus, ini bererti sulur itu mungkin terlalu tua atau kurang nutrisi. Sulur jenis ini apabila ditanam, sebahagiannya akan berbunga terus disebabkan stress.

5. Keadaan sulur. Kesegaran sulur boleh dikenali dari daun dan pangkalnya. Daun layu dengan pangkal kecut bermakna sulur telah lama dipisah daripada induk atau dicabut. Sulur nanas boleh dikeringkan dengan dijemu di bawah matahari sambil membunuh perasit dan bakteria, tetapi jika terlampau didehidrat, ia menjadi lambat untuk bercambah.

Kunjungi booth kami di Segmen Agrofood Pineapple Laman Nanas (lokasi di atas bukit sebelah kiri pintu masuk) untuk mendapatkan sulur MS16.

Last 200 bundle benih MS15 akan sampai esok (selasa).

Petani Berilmu Pulangan Jitu.


Nictar - Road to MAHA2026 Episod 15Hari ini sudah masuk hari ke-3 MAHA2026, jualan benih MS16 sangat merangsangkan dan d...
30/08/2026

Nictar - Road to MAHA2026 Episod 15

Hari ini sudah masuk hari ke-3 MAHA2026, jualan benih MS16 sangat merangsangkan dan dijangka benih yang dibawah ke expo akan habis pada hari esok (Isnin).

So sekarang nurseri sudah mula siap sedia benih batch ke-2 untuk dihantar ke tapak expo, harap-harap akan tiba hari Rabu ini.

Kawan-kawan yang mengunjungi MAHA hari ini boleh datang ke booth Nictar di Laman Nanas (mini ladang nanas atas bukit) untuk mendapatkan benih MS16 dengan harga RM20 untuk 5 pokok siap dengan satu botol jus MS16.

Benih MS16 yang kami jual telah disanitasi dengan racun serangga perosak (dimethoate) dan fungicide (benomyl) maka jangkitan penyakit adalah sangat minimal.

Sunggah untuk info lanjut berkaitan MS16, jangan terlepas peluang untuk memperolehi pelbagai ilmu daripada pekebun nanas.

Petani Berilmu, Pulangan Jitu.


Inilah hari yang dinantikan, hasil persiapan selama 3 bulan. Boleh datang beli benih MS16, minum jus MS16 dan lain2 prod...
28/08/2026

Inilah hari yang dinantikan, hasil persiapan selama 3 bulan.

Boleh datang beli benih MS16, minum jus MS16 dan lain2 produk berasaskan MS16.

Benih MS16 certified ori, products certified HALAL dan MeSTI.



Nictar - Road to MAHA2026 Episod 14Nak saiz nanas MD2 besar, tanpa penggunaan lebih baja yang mahal? Guna la benda ini, ...
24/08/2026

Nictar - Road to MAHA2026 Episod 14

Nak saiz nanas MD2 besar, tanpa penggunaan lebih baja yang mahal? Guna la benda ini, Gibberellic Acid (GA3)!

Tetapi saya menasihat kawan2 semua, JANGAN sesekali guna benda ini sebab nak untung lebih, kerana ia sangat merugikan sektor MD2.

Gibberellic adalah plant growth regulator (PGR) yang akan merangsang tumbesaran buah. Penggunaannya tanpa terkawal akan menjejaskan kualiti buah MD2, terutama dari segi kemanisan, aroma dan tekstur. Tetapi ia mampu meninggikan berat buah sehingga 30%, bererti pengguna perlu bayar lebih tetapi dapat buah tak berkualiti.

Kita perlu ingat, pengguna sanggup bayar RM8 hingga RM10/kg untuk MD2 bukan disebabkan namanya, tetapi kualiti yang sejak lama disukai pengguna.

Di kawasan-kawasan tertentu, Morris dan Josapine telah sedia lama menjadi mangsa akibat penggunaan Gibberellic tidak terkawal. Memastikan industri nanas kekal mampan selama-lamanya adalah tanggungjawab kita semua.

Kawan-kawan dijemput datang ke booth kami di Segmen Agrofood Pineapple, Laman Nanas MAHA2026. Sama-sama kita berkongsi pendapat demi memperkukuhkan industri nanas Malaysia.

Petani Berilmu, Pulangan Jitu.


Nictar - Road to MAHA2026 Episod 13Sehelai daun nanas  mampu membiak sepucuk nanas muda? Memang benar. Dengan kaedah yan...
22/08/2026

Nictar - Road to MAHA2026 Episod 13

Sehelai daun nanas mampu membiak sepucuk nanas muda?

Memang benar. Dengan kaedah yang betul, secara teorinyai, daun-daun nanas yang dikupas dengan cermat daripada induk boleh membiak pokok nanas muda selepas beberapa bulan. Kaedah pembiakan ini dipanggil pertunasan daun atau leaf budding.

Proses ini melibatkan perangsangan luaran di mana tunas tumbuhan yang dorman membesar, memecahkan sisik pelindung, dan berkembang menjadi pucuk muda. Pengaktifan hormon tumbuhan untuk pembahagian sel adalah pra syarat penting dalam kaedah ini.

Di jemput kunjungi booth kami di Segmen Agrofood Pineapple Laman Nanas untuk bertukar pendapat akan segala isu berkaitan industri nanas Malaysia.

Petani Berilmu, Pulangan Jitu.


Nictar - Road to MAHA2026 Episod 12Apa kelebihan industri nanas Malaysia, berbanding dengan negara-negara pengekport nan...
21/08/2026

Nictar - Road to MAHA2026 Episod 12

Apa kelebihan industri nanas Malaysia, berbanding dengan negara-negara pengekport nanas utama seperti Costa Rica, Filipina, Thailand?

Jawapannya ialah kepelbagaian dari segi varieti.

Jika kita cuba bersaing dengan Costa Rica dan Filipina, kita tidak boleh mengalahkan mereka yang masing-masing menguasai lebih daripada 50% dan 20% pasaran nanas segar antarabangsa. Kedua-dua negara ini sangat bergantung kepada MD2, yang merupakan tunggak kepada industri nanas mereka. Thailand p**a sangat dominan dari segi pemprosesan, yang menghasilkan pelbagai produk hiliran nanas untuk pasaran eksport dengan kos yang sangat rendah, begitu juga dengan negara Vietnam.

Kita boleh tiru satu negara yang sangat istimewa dalam industri nanas dunia, iaitu Taiwan. Taiwan terkenal dengan keupayaannya untuk menghasilkan varieti baru, tetapi ia tidak mengetepikan varieti lama apabila terhasil varieti baru yang menerima sambutan pasaran yang sangat baik. Kini, pop**ar varieti di Taiwan ialah Tainung 16, Tainung 17, Tainung 19, Tainung 20, Tainung 21 dan Tainung 23. SG1 yang didaftarkan di Malaysia dengan kod pendaftaran AC16 juga berasal dari Taiwan.

Malaysia mempunyai keupayaan R&D untuk menghasilkan varieti nanas yang berpotensi tinggi, seperti N36, Josapine dan MS16. N36 menguasai sektor pemprosesan sejak tahun 1980an, manakala Josapine menguasaan pasaran nanas segar selama 30 tahun sehingga kini, walaupun berhadapan dengan persaingan hebat dari MD2. Ini bererti kita seharusnya mempergunakan kekuatan R&D kita, menjadikan kepelbagaian varieti sebagai senjata untuk bersaing, bukan terlalu bergantung kepada MD2 yang mana kita memiliki kekuatan tipis untuk bersaing.

Anda tahu berapa varieti nanas betdaftar di Malaysia? Jawapannya ialah 18. Antaranya, Morris, Sarawak, Josapine, Yankee, N36, MD2, Cobek, SG1 dan yang terbaru MS16, masing-masing ada keunikan yang sukar ditanding.

Kunjungi booth Nictar di Segmen Agrofood Pineapple, Laman Nanas sepanjang expo MAHA2026 untuk santai-santai talk.

Petani Berilmu Pulangan Jitu.



20/08/2026

Nictar - Road to MAHA2026 Episod 11

Daun MD2 berduri, satu petanda MD2 sekarang tidak tulin?

Sebagai seorang pengilang nanas yang memproses puluhan ton MD2 setahun, saya menyaksikan kemerosotan kualiti MD2 yang terlalu ketara dalam tempoh 10 tahun yang lepas.

Dulu, buah MD2 bulat, daun tidak berduri, isi lembut beraroma kuat, warna kuning keemasan tanpa rasa masam, tetapi sekarang? Isi berair (translucent fruit), keras, masam atau tiada rasa, mata dalam, jambul lepeh, bentuk buah bermacam-macam. Kita perlu mengaku bahawa MD2 kini sudah berubah, kualiti semakin merosot.

Saya amat yakin mutasi lapang (field mutation) atau perubahan somaclonal telah berlaku sejak ia diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2008. Generasi hingga generasi genetik telah berubah (reversion genotype), atau mungkin juga, terdapat baka MD2 sasar (off type) yang telah berlambak di pasaran.

Kita perlu pandang serius tentang masalah ini, sebab ramai pekebun MD2 berada di persimpangan, patut ke tidak MD2 masih dijadikan pilihan utama? Kalau estat besar MD2 pun terpaksa ditutup atau ada juga yang u turn ke Josapine, sampai bila petani kecil boleh bertahan dengan MD2?

Saya amat yakin jika kita mengambil langkah pembetulan dengan cepat dan tepat, MD2 masih releven diusahakan di Malaysia. Membiarkan petani kecil menongkah arus mencabar tanpa panduan adalah tindakan yang tidak wajar dan sangat merugikan.

Petani Berilmu Pulangan Jitu.



Address

PEKAN NANAS
Pontian
81500

Telephone

+60127072589

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nanas Uncle Haleem posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Nanas Uncle Haleem:

Shortcuts

Share

Category