08/03/2026
27 FEBRUARI 2026
Majlis Aku Janji dan Penetapan Target SPM 2026 untuk calon-calon SMK Tan Sri Osman Sa'at telah berlangsung pada 27 Februari 2026. Majlis yang dirasmikan oleh En Mohidin bin Suyot, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian ini turut dihadiri oleh En Mohd Jahidin bin Parman, YDP PIBG STOMS dan Tn Hj Ahmad bin Saliman Timbalan YDP PIBG serta para ibu bapa calon-calon SPM 2026. Kehadiran ibu bapa yang mencecah 86.05% menunjukkan keprihatinan dan kebersamaan ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan calon-calon SPM 2026. KPPD dalam ucapan beliau ada mengingatkan calon-calon untuk menetapkan niat yang betul dalam menuntut ilmu, merancang strategi dan meningkat kan usaha untuk mencapai kejayaan. Beliau juga me nyatakan bahawa tiada perkara yang mustahil untuk di capai jika kita berusaha. Majlis ini dimulakan dengan slot motivasi yang disampaikan oleh Tn Hj Md Fouzi bin Sailan, GBK SMKTOMS, majlis perasmian dan diikuti dengan calon-calon melafazkan aku janji di hadapan para ibu bapa dan guru sebelum pertemuan dan perbincangan penetapan target dijalankan antara calon, ibu bapa dan guru. Semoga semua calon dapat mencapai kecemerlangan dalam SPM 2026.