Sekolah Agama Seri Al-Ulum

Sekolah Agama Seri Al-Ulum Halaman rasmi Sekolah Agama Seri Al-Ulum. Medium perkongsian makluman, aktiviti kokurikulum, program keagamaan dan pencapaian murid.

📢 PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPKK 2025Alhamdulillah, penantian yang dinanti bakal tiba!Keputusan Ujian Penilaian Kelas A...
25/02/2026

📢 PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPKK 2025

Alhamdulillah, penantian yang dinanti bakal tiba!

Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 akan diumumkan pada:

🗓 25 Februari 2026 (Rabu)
⏰ Jam 10.00 pagi

Calon dan ibu bapa boleh membuat semakan rumusan keputusan secara dalam talian bermula jam 12.00 tengah hari melalui pautan:
🌐 https://semakan.islam.gov.my/

Semakan boleh dibuat menggunakan:
✔️ No. MyKid / No. Kad Pengenalan Khas; dan
✔️ Nombor Angka Giliran

Slip keputusan p**a boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula 26 Februari 2026 (Khamis) mengikut ketetapan masa yang ditentukan oleh pihak sekolah.

Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan sepanjang pembelajaran diberkati dan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Tahniah kepada semua calon UPKK 2025!






MAJLIS PERSARAAN USTAZAH MAZNAH BINTI MD. DAHIRANHARI : JUMAATTARIKH : 30 JANUARI 2026SANJUNGAN BUDI SEMARAK KASIHDengan...
21/02/2026

MAJLIS PERSARAAN USTAZAH MAZNAH BINTI MD. DAHIRAN
HARI : JUMAAT
TARIKH : 30 JANUARI 2026

SANJUNGAN BUDI SEMARAK KASIH

Dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang, Warga S.A Seri Al-Ulum mengucapkan selamat bersara kepada Ustazah Maznah Binti Md. Dahiran, Guru Besar yang amat kami kasihi, Sempena persaraan beliau. Beliau merupakan seorang guru yang komited, Ceria dan sentiasa memberi inspirasi kepada warga sekolah. Budi pekerti beliau akan terus mekar dalam ingatan kami.

“Pergi tak hilang, hilang tak pergi,
Budi pekerti kekal dihati,
Walau jauh meniti hari,
Doa kami sentiasa mengiringi.”

Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan ketika sepanjang berkhidmat di S.A Seri Al-Ulum. Semoga sentiasa dirahmati Allah dan diberi kebahagiaan berpanjangan.

Address

Parit Tengah
Pontian
82200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Seri Al-Ulum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Agama Seri Al-Ulum:

Shortcuts

Share

Category