SK Seri Al-Ulum

SK Seri Al-Ulum di sini lahirnya impian..

Tahniah!Ajwah binti SalehuddinTahun 5 AmanahTarikh : 8.4.2026Hari : RabuTuan rumah : Sekolah Kebangsaan Seri Al Ulum.Med...
26/04/2026

Tahniah!
Ajwah binti Salehuddin
Tahun 5 Amanah

Tarikh : 8.4.2026
Hari : Rabu
Tuan rumah : Sekolah Kebangsaan Seri Al Ulum.
Medium : Rakaman

Johan Tilawah al Quran Kategori Perempuan Sekolah Rendah Maharajan al Quran, Nasyid dan Khat Sekolah Sekolah KPM (MQNKSS) Peringkat Zon Benut.

Tarikh : 23.4.2026
Hari : Khamis
Tuan rumah : Sekolah Kebangsaan Seri Al Ulum.
Medium : Bersemuka

Johan Tilawah al Quran Kategori Perempuan Sekolah Rendah Maharajan al Quran, Nasyid dan Khat Sekolah Sekolah KPM (MQNKSS) Peringkat Daerah Pontian.

Layak ke Peringkat Negeri
Tarikh : 8-9 Mei 2026
Lokasi : SMKA Bandar Penawar Kota Tinggi.

Alhamdulillah ✨Tahniah diucapkan kepada murid Tahun 5, SK Seri Al-Ulum, iaitu Saudari Ajwah binti Salehuddin atas kejaya...
16/03/2026

Alhamdulillah ✨

Tahniah diucapkan kepada murid Tahun 5, SK Seri Al-Ulum, iaitu Saudari Ajwah binti Salehuddin atas kejayaan merangkul Naib Juara dalam PERTANDINGAN TILAWAH MSU QURANIC LEAGUE (MQL) 6.0 PERINGKAT AKHIR 🌟

Lebih membanggakan, Saudari Ajwah juga merupakan wakil Daerah Pontian dan Negeri Johor dalam pertandingan tersebut.

Kejayaan ini menjadi kebanggaan buat seluruh warga sekolah serta inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus mencintai dan menghayati al-Quran.

Syabas dan tahniah! Semoga terus cemerlang pada masa akan datang. πŸ€²πŸ“–βœ¨

Siti Roha Abd Karim
Salehuddin Md Jaffar
Siti Arbaiah Hj Kabeb
Management & Science University (MSU)

Tahniah kepada murid yang berjaya mencatat Peminjam Buku Terbanyak (SPARK NILAM)  dan Rekod AINS Tertinggi (STAR READER)...
12/02/2026

Tahniah kepada murid yang berjaya mencatat Peminjam Buku Terbanyak (SPARK NILAM) dan Rekod AINS Tertinggi (STAR READER) bagi bulan Januari 2026:

πŸ† Peminjam Terbanyak:
β€’ Nur Farhah Azzahraa (3A) - 13 buah buku
β€’ Nur Syaza Filzah (3A)- 13 buah buku

🌟 AINS Tertinggi:
β€’ Nur Haziqah (6A) - 58 rekod
β€’ Nur Rania Shuhada (6A) - 54 rekod

Syabas! Teruskan budaya membaca. Terima kasih ibu bapa atas sokongan. πŸ’›πŸ“–

Anjuran : Unit PSS IQ

Majlis Pelancaran Program NILAM & Galakan Membaca Tahun 2026 Sekolah Kebangsaan Seri Al Ulum anjuran Unit PSS Ibnu Qayyi...
11/02/2026

Majlis Pelancaran Program NILAM & Galakan Membaca Tahun 2026 Sekolah Kebangsaan Seri Al Ulum anjuran Unit PSS Ibnu Qayyim bersama Panitia Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan sokongan padu daripada seluruh warga sekolah! πŸ“šβœ¨

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru, murid serta jawatankuasa yang telah menjayakan majlis ini. Semoga program ini menjadi pemangkin budaya membaca dan menyemarakkan lagi amalan ilmu dalam kalangan murid.

β€œMembaca Jambatan Ilmu” – ayuh kita jadikan membaca sebagai amalan harian, bukan sekadar untuk NILAM, tetapi untuk membina masa depan yang gemilang! 🌟

Tarikh : 10 Februari 2026
Hari : Selasa
Tempat : Dewan SK Seri Al Ulum





11/02/2026

Montaj Aktiviti Program NILAM & Galakan Membaca 2026 πŸŽ₯πŸ“šβœ¨

Saksikan perancangan aktiviti menarik Program NILAM & Galakan Membaca yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2026!

Pelbagai program telah dirangka bagi menyemarakkan budaya membaca dan memupuk amalan cintakan ilmu dalam kalangan murid. Semoga usaha berterusan ini menjadi pemangkin kecemerlangan dan membentuk generasi berilmu.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan :
1. W.A.R.I.S PSS (Pengunjung PSS Bertuah)
2. Marathon NILAM
3. S.P.A.R.K NILAM (Peminjam Bulanan Terbanyak)
4. S.T.A.R Reader (Rekod AINS Bulanan Terbanyak)
5. Tokoh NILAM

Ayuh bersama-sama jayakan NILAM 2026! πŸŒŸπŸ“–





πŸ“Œ PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN KALI KE-3 Perhimpunan Rasmi Mingguan Kali Ke-3 telah berlangsung dengan lancar pada Isnin, ...
26/01/2026

πŸ“Œ PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN KALI KE-3

Perhimpunan Rasmi Mingguan Kali Ke-3 telah berlangsung dengan lancar pada Isnin, 26 Januari 2026 πŸ—“οΈβœ¨

Perhimpunan ini turut diserikan dengan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan πŸŽ“ kepada barisan kepimpinan murid yang terdiri daripada:

βœ… Pengawas Sekolah
βœ… Pengawas Pusat Sumber πŸ“š
βœ… Ketua Kelas
βœ… Penolong Ketua Kelas

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah dilantik πŸ‘πŸŒŸ
Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, disiplin serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain πŸ’ͺ

Semoga barisan kepimpinan murid ini dapat membantu melahirkan budaya sekolah yang berdisiplin, berdaya saing dan berakhlak mulia ✨








Siti Roha Abd Karim
Siti Arbaiah Hj Kabeb

πŸ“£ Perhimpunan Kokurikulum Bil. 1/2026πŸ” Tahniah diucapkan kepada dua orang murid Tahun 6 Sesi 2025, SK Seri Al Ulum yang ...
20/01/2026

πŸ“£ Perhimpunan Kokurikulum Bil. 1/2026

πŸ” Tahniah diucapkan kepada dua orang murid Tahun 6 Sesi 2025, SK Seri Al Ulum yang telah berjaya menempatkan diri ke
Sekolah Menengah Bitara Hoki, iaitu SM Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat.

πŸ” Tahniah juga diucapkan kepada murid-murid berikut:
1. Muhammad Aniq Aqil bin Mohd Aidil
2. Ahmad Danish bin Didie Noor Diata
3. Muhammad Ikram Hakimie bin Norazfariman
4. Muhammad Nur Farhan bin Mohd Fareez Hazmi
5. Jazmie Aminuddin Akief bin Jefre
6. Muhammad Aqil Hazim bin Mohd Azam
7. Muhammad Amar Asyraf bin Mohd Hasani

πŸ‘ Atas kejayaan memperoleh tempat ke-3 kategori Bawah 11 dalam Kejohanan Hoki Franciscan Cup Peringkat Kebangsaan 2025.

🌟 Syabas dan tahniah! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Seri Al Ulum..





Siti Roha Abd Karim Siti Arbaiah Hj Kabeb Safwan Mat

✨ HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN ✨Sesi Akademik 2025/2026Sekolah Kebangsaan Seri Al UlumSetinggi-tinggi tahniah diucapkan k...
17/12/2025

✨ HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN ✨
Sesi Akademik 2025/2026
Sekolah Kebangsaan Seri Al Ulum

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid yang diraikan atas kejayaan, usaha dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan sepanjang sesi akademik ini. 🌟
Hari yang penuh bermakna ini menjadi bukti bahawa kesungguhan, disiplin dan doa membuahkan hasil yang membanggakan.

πŸ—“ Tarikh: 16 Disember 2025 (Selasa)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dewan Seri Al Ulum

πŸ† Anugerah yang disampaikan:
β€’ Penerima Anugerah Za’ba
β€’ Anugerah Tahun 1
β€’ Anugerah Tahun 2

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan warga sekolah atas sokongan yang berterusan. 🌺

β€œDisini Lahirnya Impian”

✨ HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN ✨Sesi Akademik 2025/2026Sekolah Kebangsaan Seri Al UlumSetinggi-tinggi tahniah diucapkan k...
17/12/2025

✨ HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN ✨
Sesi Akademik 2025/2026
Sekolah Kebangsaan Seri Al Ulum

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid yang diraikan atas kejayaan, usaha dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan sepanjang sesi akademik ini. 🌟
Hari yang penuh bermakna ini menjadi bukti bahawa kesungguhan, disiplin dan doa membuahkan hasil yang membanggakan.

πŸ—“ Tarikh: 16 Disember 2025 (Selasa)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dewan Seri Al Ulum

πŸ† Anugerah yang disampaikan:
β€’ Anugerah Pra Sekolah

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan warga sekolah atas sokongan yang berterusan. 🌺

β€œDisini Lahirnya Impian”

✨ MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6 βœ¨πŸ—“ Tarikh: 16 Disember 2025 (Selasa)⏰ Masa: 8.00 pagiπŸ“ Tempat: Dewan Seri Al UlumPagi y...
17/12/2025

✨ MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6 ✨

πŸ—“ Tarikh: 16 Disember 2025 (Selasa)
⏰ Masa: 8.00 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Seri Al Ulum

Pagi yang diberkati dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran murid-murid Tahun 6 sebelum berlangsungnya Hari Anugerah Kecemerlangan Sesi Akademik 2025/2026 (HAKA).
Majlis ini menjadi tanda kesyukuran dan simbol kejayaan murid menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran, di samping mengharapkan keberkatan ilmu dalam melangkah ke fasa seterusnya. πŸ€πŸ“–

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Mediator Sekolah, Ustazah Hazlia binti Midon Pen.Peg Pendidikan Daerah Pendidikan Islam PPD Pontian di atas kesudian hadir dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada murid-murid khatam. Kehadiran dan sokongan yang diberikan amat bermakna serta menjadi pendorong kepada murid untuk terus mencintai Al-Quran. 🌸

Semoga Al-Quran terus menjadi pedoman hidup, peneman setia dan cahaya dalam perjalanan mereka menuntut ilmu.
Terima kasih diucapkan kepada para guru, ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa menyokong usaha memartabatkan Al-Quran dalam jiwa anak-anak ini.

24.11.2025 (ISNIN) PROGRAM PASCA UASA & PASCA PBD πŸ“š Kejayaan Program Fardhu Ain CemerlangProgram telah berjaya dijalanka...
25/11/2025

24.11.2025 (ISNIN) PROGRAM PASCA UASA & PASCA PBD

πŸ“š Kejayaan Program Fardhu Ain Cemerlang

Program telah berjaya dijalankan dengan penglibatan aktif semua murid Tahap 2.
Aktiviti hands-on, kuiz, dan praktikal ibadah memberikan pengalaman pembelajaran bermakna untuk mereka.
Tahniah kepada semua peserta dan warga sekolah yang terlibat. 🌟
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seronok dapat lihat murid-murid aktif, fokus dan berani mencuba!
Daripada wuduk, solat hingga adab harian – semuanya dipelajari dengan penuh minat.
Moga terus cemerlang dunia & akhirat! Amin πŸ’«πŸ’–

Address

KG. PARIT MARJUNID, BENUT
Pontian Kecil
82100

Telephone

+6076901699

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seri Al-Ulum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Seri Al-Ulum:

Shortcuts

Share