笨珍民众学校环保学会 Kelab Alam Sekitar SJKC Bin Chong

笨珍民众学校环保学会 Kelab Alam Sekitar SJKC Bin Chong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from 笨珍民众学校环保学会 Kelab Alam Sekitar SJKC Bin Chong, School, Rimba Terjun, Pontian Kechil.

23/08/2026

Marilah kita tengok murid-murid SJKC Bin Chong mengamalkan sikap berjimat elektrik dan air di rumah 💧⚡🏠

Melalui amalan harian seperti menutup suis elektrik apabila tidak digunakan dan menggunakan air secara berhemah, murid-murid belajar bahawa setiap tindakan kecil dapat membantu menjaga alam sekitar. 🌍💚

Jom bersama-sama mengamalkan budaya berjimat cermat demi masa depan yang lebih lestari! 🌱






🇲🇾 PENJURIAN LANDSKAP HARI KEMERDEKAAN 2026 🇲🇾Penjurian Landskap Hari Kemerdekaan 2026 telah diadakan bagi menilai kreat...
21/08/2026

🇲🇾 PENJURIAN LANDSKAP HARI KEMERDEKAAN 2026 🇲🇾

Penjurian Landskap Hari Kemerdekaan 2026 telah diadakan bagi menilai kreativiti, semangat patriotisme serta usaha warga sekolah dalam menceriakan kawasan sekolah sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Landskap yang dihasilkan mengetengahkan identiti daerah Pontian melalui elemen nanas, kelapa sawit dan perahu. Nanas dan kelapa sawit melambangkan hasil pertanian serta sumber ekonomi tempatan, manakala perahu menggambarkan hubungan masyarakat Pontian dengan laut dan warisan setempat.

Gabungan elemen patriotisme, identiti tempatan dan kelestarian alam ini menjadikan landskap bukan sahaja indah dan kreatif, malah penuh dengan nilai serta makna.

Semoga usaha ini dapat menyemarakkan semangat cintakan negara, menghargai warisan tempatan dan memupuk rasa bangga dalam kalangan murid sebagai rakyat Malaysia.

🇲🇾 Semarakkan Patriotisme
🌿 Hayati Identiti Tempatan
💚 Cintai Alam, Sayangi Negara







🌿🐛🦋 Sesi Perkongsian Dunia Serangga 🦋🐛🌿📍 Tempat: SJKC Chi Mang 📅 Tarikh: 20/8/2026Bagi memberikan peluang kepada murid u...
20/08/2026

🌿🐛🦋 Sesi Perkongsian Dunia Serangga 🦋🐛🌿

📍 Tempat: SJKC Chi Mang
📅 Tarikh: 20/8/2026

Bagi memberikan peluang kepada murid untuk mengenali dunia serangga dengan lebih dekat, guru-guru SJKC Bin Chong telah membawa 4 orang murid untuk menyertai Sesi Perkongsian Dunia Serangga yang penuh dengan ilmu dan aktiviti menarik di Sekolah Chi Mang. Murid-murid turut berpeluang mengikuti perkongsian menarik yang disampaikan oleh Cikgu Ah Leong! 🎤✨

Dalam sesi perkongsian ini, Cikgu Ah Leong memperkenalkan kepada murid pelbagai jenis dan ciri-ciri serangga, serta peranan penting serangga dalam ekosistem semula jadi. 🐜🪲🦗🦋

Murid-murid kelihatan begitu teruja dan tekun mendengar perkongsian. Melalui pemerhatian secara dekat serta aktiviti interaktif, mereka dapat mengenali dunia serangga dengan lebih mendalam dan memahami keunikan hidupan kecil di sekeliling kita. 🔍🌱

Aktiviti ini bukan sahaja menambahkan pengetahuan sains semula jadi murid, malah turut memupuk kemahiran pemerhatian, sifat ingin tahu dan semangat meneroka. Pada masa yang sama, murid belajar untuk menghargai hidupan serta menjaga kelestarian alam sekitar. 💚🌍

Semoga murid terus belajar melalui pengalaman, meneroka alam dengan penuh rasa ingin tahu dan membesar sebagai pencinta alam! 🥰🌿

🌿🐛🦋 昆虫分享会 🦋🐛🌿

📍 地点:启蒙学校
📅 日期:20/8/2026

为了让学生更深入认识奇妙的昆虫世界,民众学校老师带领4位学生 前往启蒙学校,参与了一场充满知识与趣味的 昆虫分享会,并有幸聆听 啊量老师精彩的分享!🎤✨

分享会上,啊量老师以生动有趣的方式,为学生介绍各种昆虫的种类、特征以及昆虫在大自然生态系统中所扮演的重要角色。🐜🪲🦗🦋

学生们听得津津有味,并通过近距离观察与互动,进一步认识昆虫世界的奇妙与奥秘。🔍🌱

这次活动不仅让学生增长了自然科学知识,也培养了他们的观察力、好奇心与探索精神,同时学习尊重生命、爱护环境的重要性。💚🌍





🌱🌿 AKTIVITI MEMBUAT BAJA KOMPOS ORGANIK 🌿🌱Murid-murid SJKC Bin Chong berpeluang menyertai aktiviti membuat baja kompos o...
15/08/2026

🌱🌿 AKTIVITI MEMBUAT BAJA KOMPOS ORGANIK 🌿🌱

Murid-murid SJKC Bin Chong berpeluang menyertai aktiviti membuat baja kompos organik sebagai salah satu usaha memupuk amalan hidup lestari dan menjaga kelestarian alam sekitar. 🌏💚

Melalui aktiviti ini, murid belajar memanfaatkan sisa organik seperti sisa makanan dan bahan semula jadi untuk menghasilkan baja kompos yang boleh digunakan sebagai baja kepada tanaman. 🌱

Aktiviti ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran secara amali, malah membantu murid memahami kepentingan mengurangkan sisa, mengamalkan kitar semula dan menjaga alam sekitar. ♻️🌍

Semoga usaha kecil ini dapat membentuk generasi yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar. 💚






🌱🚫 SAY NO TO PLASTIK! 🌏💚Amalan kecil, impak besar! 🌿Sebagai usaha membudayakan gaya hidup lestari di sekolah, murid-muri...
15/08/2026

🌱🚫 SAY NO TO PLASTIK! 🌏💚

Amalan kecil, impak besar! 🌿

Sebagai usaha membudayakan gaya hidup lestari di sekolah, murid-murid SJKC Bin Chong digalakkan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. 💚

🍱 Murid membawa bekas makanan sendiri dari rumah.
🍽️ Pihak kantin menyediakan pinggan dan mangkuk yang boleh dicuci serta digunakan semula.
🥤 Cawan yang boleh dicuci dan digunakan semula turut disediakan.
💧 Murid membawa botol air sendiri untuk mengurangkan penggunaan botol plastik sekali guna.

Melalui amalan ini, kita bukan sahaja dapat mengurangkan sisa plastik, malah dapat memupuk sikap bertanggungjawab, berjimat dan menghargai alam sekitar dalam kalangan murid. 🌎✨

💚 SAY NO TO PLASTIC!
🌱 Guna semula, kurangkan pembaziran, selamatkan bumi






13/08/2026
🌱🌏 笨珍民众华小永续营|Kem Lestari 🌏🌱日期:2026年8月9日时间:8.30am-4.30pm笨珍民众华小共有46位学生有幸参与由慈济马来西亚柔佛新山分会主办的永续营。💚这项活动让学生通过丰富、有趣且富有教育意义的活动,进一...
13/08/2026

🌱🌏 笨珍民众华小永续营|Kem Lestari 🌏🌱
日期:2026年8月9日
时间:8.30am-4.30pm

笨珍民众华小共有46位学生有幸参与由慈济马来西亚柔佛新山分会主办的永续营。💚

这项活动让学生通过丰富、有趣且富有教育意义的活动,进一步认识永续发展的重要性,并学习如何在日常生活中爱护环境、珍惜地球资源。

在活动中,学生分组参与了4个学习站:

👕 布料站
学生学习如何善用及妥善处理布料,减少浪费,并培养珍惜资源的意识。

💧 节约用水站
学生认识水资源的重要性,并学习在日常生活中节约用水、珍惜水资源。

♻️ 环保回收站
学生学习如何正确分类及回收资源,实践3R环保概念,为减少环境污染尽一份力。

🐾 爱护动物站
学生学习尊重及爱护动物,培养关怀生命的心,并了解保护生态平衡的重要性。

活动中,学生也有机会向家长呈现及分享自己在永续营中所学习到的知识与体验。👏💚 家长通过孩子的分享,对永续生活及环保实践有了更深入的了解,也能将这些良好习惯带回家庭,一起实践绿色生活。

通过体验式学习,学生不仅获得了丰富的知识,也培养了感恩、责任、关怀以及爱护环境的精神。🌏🌱

衷心感谢慈济马来西亚柔佛新山分会用心策划及举办这场充满意义的永续营,为孩子们带来宝贵的学习与成长体验。

愿孩子们将所学带回生活中,从小事做起,一起守护我们的地球,为下一代创造一个更洁净、更绿色、更永续的未来。💚🌎

Seramai 46 orang murid dari SJKC Bin Chong telah berpeluang menyertai Kem Lestari anjuran Persatuan Tzu Chi Malaysia, Cawangan Johor Bahru. 💚

Kem ini memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid dalam memahami kepentingan kelestarian dan cara menjaga alam sekitar melalui aktiviti yang menarik dan menyeronokkan.

Sepanjang kem, murid telah mengikuti 4 stesen pembelajaran:

👕 Stesen Fabrik
Murid didedahkan kepada kepentingan menggunakan dan mengurus fabrik secara bijak serta mengurangkan pembaziran.

💧 Stesen Penjimatan Air
Murid mempelajari kepentingan menghargai sumber air dan mengamalkan penggunaan air secara berhemah dalam kehidupan seharian.

♻️ Stesen Kitar Semula
Murid memahami kepentingan mengasingkan bahan buangan serta mengamalkan konsep 3R demi mengurangkan pencemaran alam sekitar.

🐾 Stesen Menghargai Haiwan
Murid diterapkan dengan nilai kasih sayang dan rasa tanggungjawab terhadap haiwan serta kepentingan menjaga keseimbangan alam.

Lebih menarik lagi, murid diberi peluang untuk mempersembahkan dan berkongsi perkara yang telah mereka pelajari sepanjang kem kepada ibu bapa. 👏💚 Ibu bapa juga dapat memahami dengan lebih dekat tentang amalan kelestarian yang boleh dipraktikkan bersama di rumah.

Pembelajaran melalui pengalaman seperti ini bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan, malah dapat memupuk sikap bersyukur, bertanggungjawab, prihatin dan menyayangi alam sekitar dalam diri murid. 🌏🌱

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Tzu Chi Malaysia, Cawangan Johor Bahru atas penganjuran Kem Lestari yang begitu bermakna.

Semoga ilmu yang dipelajari dapat terus diamalkan dalam kehidupan seharian demi mewujudkan bumi yang lebih bersih, hijau dan lestari untuk generasi akan datang. 💚🌎






13/08/2026

💡Sijil Penyertaan Webinar Rendah Karbon IMELC | Sustainability Beyond Borders (1 Julai 2026)💡

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami telah menerima 9,733 penyertaan untuk diproses.

Semua sijil telah diproses dan dihantar pada email yang didaftarkan. Bagi yang telah terima sijil, tahniah kami ucapkan. Namun, bagi yang masih belum menerima, Kami telah sediakan satu listing excel bagi membolehkan murid, ibu bapa dan guru untuk menyemak dan download sijil mengikut daerah masing-masing sehingga bulan 30 Oktober 2026.

Akses Sijil Murid : https://docs.google.com/spreadsheets/d/1T6vdP9FJBu6p7RS5unBfp5vMZYepAiHwoObbqmP-zYk/edit?usp=sharing

Akses Sijil Guru & Ibu Bapa : https://docs.google.com/spreadsheets/d/1yDm7odnjV6q9IuFV0BjfnmDjJ7RXDQeG1cJQcfVeSaA/edit?usp=sharing

Gunakan Contol+F untuk mendapatkan sijil murid berdasarkan kata kunci nama murid, nama sekolah dan email yang didaftarkan.

Tonton semula Webinar Rendah Karbon IMELC | Sustainability Beyond Borders✨ di pautan berikut:
📍Youtube JSMPR Webinar : https://www.youtube.com/watch?v=cWn9nQ04M0Y

Terima kasih diucapkan kepada semua pembentang atas perkongsian ilmu, pandangan dan sumbangan yang sangat bermakna dalam menjayakan sesi webinar ini. 🌿✨

Semoga perkongsian yang disampaikan dapat memberikan manfaat dan inspirasi kepada semua peserta

🌱🐞 Pembuatan Racun Serangga Perosak Organik 🐞🌱📌 Tarikh: 12 Ogos 2026⏰ Masa:1.30pm-2.30pmMurid-murid Pandu Puteri telah m...
13/08/2026

🌱🐞 Pembuatan Racun Serangga Perosak Organik 🐞🌱

📌 Tarikh: 12 Ogos 2026
⏰ Masa:1.30pm-2.30pm

Murid-murid Pandu Puteri telah menjalankan aktiviti kokurikulum iaitu Pembuatan Racun Serangga Perosak Organik.

Dalam aktiviti ini, murid berpeluang mengenali bahan-bahan yang boleh digunakan sebagai alternatif yang lebih mesra alam, iaitu cuka, garam, baking soda dan air. Murid turut belajar membuat sukatan, mencampurkan bahan serta bekerjasama sepanjang aktiviti dijalankan.

🌏 Aktiviti ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran secara hands-on, malah memupuk kesedaran murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar, mengurangkan penggunaan bahan kimia yang berlebihan serta mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari.

👏 Aktiviti ini dibimbing oleh Cikgu Oh Geok Bee dan Cikgu Faraliyana. Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada murid-murid.

💚 Syabas dan tahniah kepada semua murid Pandu Puteri atas kerjasama dan penglibatan yang aktif!

🌱 Amalan kecil hari ini, membawa perubahan besar kepada alam sekitar🌍 pada masa hadapan.






🌱🤝 JALINAN KERJASAMA SJKC BIN CHONG & SJKC GAU SAN 🤝🌱SJKC Bin Chong berbesar hati menerima kunjungan daripada SJKC Gau S...
13/08/2026

🌱🤝 JALINAN KERJASAMA SJKC BIN CHONG & SJKC GAU SAN 🤝🌱

SJKC Bin Chong berbesar hati menerima kunjungan daripada SJKC Gau San bagi menjayakan program Jalinan Kerjasama yang bertemakan kelestarian alam sekitar. 🌏💚

📌Tarikh: 12 Ogos 2026
⏰Masa: 1.30pm-3.30pm

Program dimulakan dengan penerangan tentang aktiviti kelestarian sepanjang tahun oleh cikgu Lim Qiao Ying. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar, Puan Ng Mee Fun, serta sesi jalinan kerjasama antara kedua-dua buah sekolah.

Sebagai tanda penghargaan, cenderahati iaitu sayur bayam Brazil turut disampaikan sebelum murid SJKC Bin Chong, Lim Jian Yu dan Keith Lee Jun Yu, berkongsi pengalaman serta pengetahuan mengenai aktiviti pembuatan akuaponik. 🌱🐟

Guru dan murid kemudiannya berpeluang menyertai aktiviti membuat akuaponik secara hands-on. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar, menggunakan sumber secara bijak dan mengamalkan gaya hidup lestari.

Program turut diakhiri dengan lawatan ke taman-taman lestari di sekitar sekolah. Murid-murid berperanan sebagai pemandu kecil dengan menerangkan pelbagai projek dan usaha kelestarian yang telah dilaksanakan di sekolah. 🌿🌻

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SJKC Gau San atas kunjungan, perkongsian dan kerjasama yang terjalin. Semoga jalinan ini terus kukuh dan membuka lebih banyak ruang untuk kedua-dua sekolah berkongsi ilmu, pengalaman serta idea dalam membina generasi yang mencintai alam sekitar. 💚🌏

🌱 Bersama-sama kita membina sekolah yang lebih hijau, murid yang lebih prihatin dan masa depan yang lebih lestari!

🌱🤝 笨珍民众华小与乐山华小友好交流活动 🤝🌱

今天,我校很荣幸迎来乐山华小师生,进行以环境永续为主题的友好交流活动。🌏💚

活动中,我们向乐山华小分享了学校一整年以来所推动的各项环境永续活动,让大家进一步了解我校在环保教育方面所付出的努力与成果。随后,两校也进行了友好交流,并互相分享在教育及环保活动方面的经验。

在交流过程中,我校学生 的林建宇 和 李峻宇同学也分享了鱼菜共生的制作过程与经验。🌱🐟

接着,师生们一起参与鱼菜共生制作活动,通过亲手实践,让学生更加了解资源循环利用、爱护环境以及永续发展的重要性。

除了动手体验,大家也参观了校园内的永续花园,由学生担任小小讲解员,为来宾介绍学校各个环保角落及所推动的永续项目。🌿🌻

感谢乐山华小师生的到访与交流,也感谢大家对环境永续教育的支持。希望通过这次交流,两校能够继续携手合作、互相学习与分享,为学生创造更多有意义的学习机会,共同培养爱护环境、珍惜资源的新一代。💚

🌏 让环保从校园开始,让永续成为生活的一部分!🌱


#PERKISS2026



Address

Rimba Terjun
Pontian Kechil
82000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 笨珍民众学校环保学会 Kelab Alam Sekitar SJKC Bin Chong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to 笨珍民众学校环保学会 Kelab Alam Sekitar SJKC Bin Chong:

Shortcuts

Share

Category