Maahad tahfiz Ar-Rahman - MATAR

Maahad tahfiz Ar-Rahman - MATAR Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Ar-Rahman menjadi wadah tarbiah Islamiah, mendidik generasi pecinta Al-Quran dan pewaris ummah. 🌿📖”

16/04/2026

🌿 MADRASAH SENTIASA HIDUP 🌿

dengan Al-Quran, Ilmu & Tarbiah

Madrasah ini sentiasa hidup dengan bacaan Al-Quran,
pembentukan adab, disiplin dan tarbiah berterusan.

📖 Bukan sekadar tempat belajar,
inilah madrasah yang membina
generasi Al-Quran berilmu & berakhlak.



✨ KEMASUKAN PELAJAR BAHARU DIBUKA ✨

✅ Hafazan & murajaah berterusan
✅ Bimbingan ustaz berdisiplin
✅ Penekanan akhlak & adab
✅ Suasana kondusif & tarbiah hidup

🤲 Kami tidak menjanjikan yang sempurna,
namun kami berusaha menjadikan madrasah ini
sentiasa hidup dengan Al-Quran.



📞 Hubungi: Ustaz Mushfi — 012-475 5092
📍 Lokasi: Maahad Tahfiz Ar-Rahman, Kg. Apil

Alhamdulillah, dengan izin Allah telah berlangsung Konvokesyen Huffaz Kali Ke-2 Tahun 2026 dengan penuh gilang-gemilang ...
25/02/2026

Alhamdulillah, dengan izin Allah telah berlangsung Konvokesyen Huffaz Kali Ke-2 Tahun 2026 dengan penuh gilang-gemilang dan keberkatan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh graduan huffaz yang diraikan. Semoga terus istiqamah menjaga hafazan dan menjadi pewaris perjuangan Al-Quran.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan khusus buat Mudir selaku Tuan Pengarah Program Konvokesyen Huffaz Kali Ke-2 atas kepimpinan, komitmen dan usaha yang tidak pernah mengenal lelah dalam menjayakan majlis penuh bermakna ini.

Semoga segala usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan.



✨ Tajaan Iftar Ramadan ✨Ramadan bulan berkongsi dan beramal.Jom sama-sama menaja iftar buat pelajar tahfiz serta diniatk...
22/01/2026

✨ Tajaan Iftar Ramadan ✨

Ramadan bulan berkongsi dan beramal.
Jom sama-sama menaja iftar buat pelajar tahfiz serta diniatkan sedekah dan tahlil atas nama arwah yang kita kasihi. Semoga pahala mengalir berpanjangan sebagai amal jariah. 🤍

🕌 Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang tersebut.”

💰 Tajaan Iftar: RM370
📍 Maahad Tahfiz Ar-Rahman
📞 +60 12-475 5092

🌟 SYAHADAH 30 JUZU’ 🌟Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada✨ MUHAMMAD IFRAN MUKHRIZ BIN MOHD NASIR ✨ata...
17/01/2026

🌟 SYAHADAH 30 JUZU’ 🌟

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
✨ MUHAMMAD IFRAN MUKHRIZ BIN MOHD NASIR ✨
atas kejayaan menyempurnakan Syahadah 30 Juzuk dalam tempoh 5 bulan dengan penuh kesungguhan, disiplin dan istiqamah.

💫 Semoga Allah SWT terus memberkati hafazan, mengurniakan taufiq dan hidayah, serta menjadikan Al-Quran sebagai cahaya dan syafaat sepanjang kehidupan.

🤲 Tahniah & syabas!

🌟 SYAHADAH 30 JUZU’ 🌟Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada✨ MUHAMMAD ATIQULLAH BIN ISMAIL ✨atas kejaya...
17/01/2026

🌟 SYAHADAH 30 JUZU’ 🌟

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
✨ MUHAMMAD ATIQULLAH BIN ISMAIL ✨
atas kejayaan menyempurnakan Syahadah 30 Juzuk dengan penuh kesungguhan, disiplin dan istiqamah.

💫 Semoga Allah SWT terus memberkati hafazan, mengurniakan taufiq dan hidayah, serta menjadikan Al-Quran sebagai cahaya dan syafaat sepanjang kehidupan.

🤲 Tahniah & syabas!

19/11/2025

JOM DAFTAR!

KONVOKESYEN HUFFAZ KEDAH KALI - 2

TARIKH KONVOKESYEN:
31 JANUARI 2026

TEMPAT :
DEWAN KONVOKESYEN, AL-BUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITY (AIU), ALOR SETAR, KEDAH.

SYARAT PENYERTAAN:

PELAJAR TAHFIZ YANG TELAH KHATAM HAFAZAN AL-QURAN 30 JUZUK DAN SYAHADAH TAHFIZ.

PELAJAR YANG BELAJAR DI SEMUA TAHFIZ SELURUH NEGERI KEDAH.

DAFTAR DAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

014-986 4829 (USTAZ SHAHRIR)

ANJURAN BERSAMA: EXCO PENDIDIKAN KEDAH, HESA DAN PETANDA.

📢 RAYUAN BANTUAN SEGERA UNTUK MAAHAD TAHFIZ AR-RAHMANAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kejadian banjir dan tana...
25/10/2025

📢 RAYUAN BANTUAN SEGERA UNTUK MAAHAD TAHFIZ AR-RAHMAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku semalam telah menjejaskan kawasan belakang Maahad Tahfiz Ar-Rahman.
Sebahagian tebing dan pagar telah runtuh akibat arus deras, menyebabkan risiko kepada keselamatan pelajar serta bangunan maahad.

Kami amat mengharapkan doa dan sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan bagi membantu kerja-kerja baik pulih kawasan yang terjejas.

🤲 Semoga Allah menggantikan setiap sumbangan dengan keberkatan, rezeki yang luas, dan pahala jariah yang berpanjangan.

📍 Maahad Tahfiz Ar-Rahman
📞 Ustaz Mushfi – 012-4755092
💰 Akaun Sumbangan:
Maahad Tahfiz Ar-Rahman
No. Akaun: 02075010044115

“Sesungguhnya Allah sentiasa menolong hamba-Nya,
selagi mana hamba itu menolong saudaranya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

🚨 Peluang Terhad! 🚨Pengambilan Pelajar Baru Maahad Tahfiz Ar-Rahman Sesi 2026 dibuka sekarang!✔️ Lelaki & perempuan 11 t...
03/10/2025

🚨 Peluang Terhad! 🚨
Pengambilan Pelajar Baru Maahad Tahfiz Ar-Rahman Sesi 2026 dibuka sekarang!

✔️ Lelaki & perempuan 11 tahun ke atas
✔️ Asrama selesa
✔️ Fokus hafazan & akhlak

📞 Hubungi segera:
👉 Ustaz Mushfi – 012-4755092
👉 Umi – 012-4884527

📍 Kg. Apil, Jln Kuala Nerang, Kedah

Assalamualaikum wbtPihak Maahad Tahfiz Ar-Rahman sedang menguruskan kerja baik pulih aircond Van MBD7747 (Mercedes-Benz ...
11/09/2025

Assalamualaikum wbt

Pihak Maahad Tahfiz Ar-Rahman sedang menguruskan kerja baik pulih aircond Van MBD7747 (Mercedes-Benz V611) yang digunakan untuk urusan harian pelajar dan aktiviti maahad. Jumlah kos keseluruhan adalah sebanyak RM1,450.00 (rujuk quotation dilampirkan).

Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada tuan/puan bagi menampung kos baik pulih ini. Semoga segala sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan di sisi Allah SWT.

📌 Jumlah kos: RM1,450.00

💳 No. Akaun: 02075010044115 (Bank Islam)

🏫 Nama Akaun: Maahad Tahfiz Ar-Rahman

Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan & doa daripada semua.

Address

Pokok Sena

Telephone

+60124755092

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad tahfiz Ar-Rahman - MATAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad tahfiz Ar-Rahman - MATAR:

Shortcuts

Share

Category