Sekolah Menengah Islam Darul Ulum - SMIDU

Sekolah Menengah Islam Darul Ulum - SMIDU SMIDU (Muasasah Darul Ulum Pokok Sena) adalah usaha jihad yang berterusan untuk menghayati ilmu kemahiran dan amal Islami berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah

Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) adalah sebuah institusi pendidikan yang pertama bagi peringkat menengah di bawah tajaan Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah. Ianya ditubuhkan pada tahun 1990 dan dirasmikan oleh Almarhum Dato’ Hj Fadzil Mohd Noor, Presiden Pas pada masa itu. Penubuhannya adalah bagi memenuhi inspirasi umat Islam di Tanah air yang dahagakan pendidikan Islam sebagai pemangkin

bagi menerus dan mempertahankan pengajian turath Islam, supaya dengan itu kefahaman dan penghayatan Islam yang sebenar dapat dikembangkan kepada umat Islam. Justeru itu, kelahiran SMIDU adalah untuk mengembang dan meningkatkan mutu pengajian Islam dan mentarbiyahkan para pelajar ke arah melahirkan keperibadian Islam yang unggul agar terbentuk generasi ulama’ pewaris anbiya’ yang bakal mendukung cita-cita Islam yang agung dan mulia. SMIDU mengharapkan sokongan dan dokongan padu masyarakat melalui sumbangan ,moral dan material bagi memantapkan lagi proses pendidikan di SMIDU.

“ Adalah menjadi harapan saya agar Muassasah Darul Ulum yang sama-sama kita asaskan ini akan dapat melahirkan Ulamak yang mampu mendokong dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup, melahirkan intelektual Islam yang berkemampuan dalam pelbagai bidang kehidupan dan mampu menangani permasalahan ummah dan Negara” (Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Noor)

Akaun bank sekolah:
Nama: Sek. Men. Islam Darul Ulum
02-075-01000-2559 Bank Islam Malaysia Berhad
552170053383 Maybank Islamic Bhd

🔥 PUSH THE LIMIT: FROM AVERAGE TO TOP 1% 🔥Kejayaan bukan milik mereka yang paling bijak, tetapi milik mereka yang mempun...
23/07/2026

🔥 PUSH THE LIMIT: FROM AVERAGE TO TOP 1% 🔥

Kejayaan bukan milik mereka yang paling bijak, tetapi milik mereka yang mempunyai niat yang betul, sanggup berusaha, istiqamah dan sentiasa berada dalam persekitaran yang baik.

✨ CSR AL-IKHSAN TALK, sebuah program perkongsian pengalaman, inspirasi dan motivasi yang akan membuka perspektif baharu tentang kejayaan sebenar.

Antara pengisiannya:

💡 4 Enjin Kejayaan
🎯 Niat Betul – Betulkan tujuan, luruskan matlamat.
💪 Usaha Maksimum – Berikan 100% dalam setiap tindakan.
📈 Istiqamah – Terus melangkah walaupun perlahan.
🤝 Persekitaran Baik – Kelilingi diri dengan insan yang membawa kepada kejayaan.

📖 "Untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang paling baik amalannya."
(Surah Al-Mulk: 2)

📅 23 Julai 2026 (Khamis)
🕗 8.00 pagi – 9.15 pagi
📍 Dewan Aspura, SMIDU

Hari ini kita belajar. Esok kita berubah. Selamanya kita berjaya, insya-Allah.







PERHIMPUNAN RASMI SMIDUTarikh: Ahad, 12 Julai 2026  Tempat: Dewan Aspura SMIDU  Masa: 7.40 pagi - 8.20 pagiGuru Bertugas...
12/07/2026

PERHIMPUNAN RASMI SMIDU

Tarikh: Ahad, 12 Julai 2026
Tempat: Dewan Aspura SMIDU
Masa: 7.40 pagi - 8.20 pagi

Guru Bertugas Oleh:
Ust Zulkifli Ahmad

Ucapan / Tausiyah Guru:
Ustazah Wan Robiatul Adawiyah

Ucapan PK KO-KURIKULUM SMIDU Oleh:
Teacher Zuraini Zakaria

Perhimpunan bertukar tempat ke dewan aspura agar tidak mengganggu pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan percubaan SMA dan SPM minggu ini.

"KE ARAH MELAHIRKAN ULAMA' AMILIN"



𝗞𝗲𝗺 𝗝𝗮𝘁𝗶 𝗗𝗶𝗿𝗶 𝗭𝗼𝗻 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 2026Jitra, 25, 26 & 27 Jun 2026 - Alhamdulillah, Kem Jati Diri Zon Utara melibatkan serama...
08/07/2026

𝗞𝗲𝗺 𝗝𝗮𝘁𝗶 𝗗𝗶𝗿𝗶 𝗭𝗼𝗻 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 2026

Jitra, 25, 26 & 27 Jun 2026 - Alhamdulillah, Kem Jati Diri Zon Utara melibatkan seramai 134 pelajar tingkatan 1 tajaan LZNK yang berlangsung selama 3 Hari 2 Malam di Kem Paya Pahlawan.








Alhamdulillah, pagi tadi berlangsungnya Kenduri Pulut Durian SMIDU dalam suasana yang cukup meriah. 🥭💛Paling membahagiak...
02/07/2026

Alhamdulillah, pagi tadi berlangsungnya Kenduri Pulut Durian SMIDU dalam suasana yang cukup meriah. 🥭💛

Paling membahagiakan apabila dapat berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama para pelajar. Melihat senyuman mereka sudah cukup menjadi kebahagiaan buat kami.

Semoga ukhuwah terus erat, rezeki sentiasa diberkati, dan SMIDU terus maju melahirkan generasi yang cemerlang. 🤲✨





USRAH KHAS BERSAMA LEMBAGA PENGERUSI TADBIR SMIDU. Tarikh: RABU, 01 JULAI 2026  Tempat: MAKTABAH SMIDU  Masa: 12. 50PM- ...
02/07/2026

USRAH KHAS BERSAMA LEMBAGA PENGERUSI TADBIR SMIDU.

Tarikh: RABU, 01 JULAI 2026
Tempat: MAKTABAH SMIDU
Masa: 12. 50PM- 2.00PM

Juga penyampaian cenderahati buat guru guru sempena Hari Guru sesi 2026 dan jamuan semperna Hari Jadi guru-guru bermula bulan Januari Sehingga Jun.

Usrah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Tadbir SMIDU, Al-Fadhil Ustaz Mohamad Nizam B. Mohd Noh.

"KE ARAH MELAHIRKAN ULAMA' AMILIN"



PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026Telah berlansung minggu ini serta minggu depan peperiksaan percubaan SPM bagi sesi 2026. S...
02/07/2026

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026

Telah berlansung minggu ini serta minggu depan peperiksaan percubaan SPM bagi sesi 2026. Sama-sama kita doakan agar Semua pelajar yang Mengambil SPM memperoleh keputusan yang baik.

"KE ARAH MELAHIRKAN ULAMA' AMILIN"



PERHIMPUNAN RASMI SMIDUTarikh: Ahad, 28 Jun 2026  Tempat: Dataran SMIDU  Masa: 7.40 pagi - 8.20 pagiUcapan Guru Bertugas...
02/07/2026

PERHIMPUNAN RASMI SMIDU

Tarikh: Ahad, 28 Jun 2026
Tempat: Dataran SMIDU
Masa: 7.40 pagi - 8.20 pagi

Ucapan Guru Bertugas Oleh: Ustaz Umar Siddiq.

Ucapan PK HEM SMIDU Oleh: Al-Fadhil Ustaz Wan Aminuddin Bin Wan Ali.

"KE ARAH MELAHIRKAN ULAMA' AMILIN"



PERHIMPUNAN RASMI SMIDUTarikh: Ahad, 14 Jun 2026  Tempat: Dataran SMIDU  Masa: 7.40 pagi - 8.20 pagiUcapan Guru Bertugas...
14/06/2026

PERHIMPUNAN RASMI SMIDU

Tarikh: Ahad, 14 Jun 2026
Tempat: Dataran SMIDU
Masa: 7.40 pagi - 8.20 pagi

Ucapan Guru Bertugas Oleh: Ustazah Elmayani Binti Ilyas.

Ucapan PK HEM SMIDU Oleh: Al-Fadhil Ustaz Wan Aminuddin Bin Wan Ali.

"KE ARAH MELAHIRKAN ULAMA' AMILIN"



MAJLIS IHTIFAL ILMI,SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA MALAYSIA (MIISMAM)  2026.PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN. Tahniah b...
21/05/2026

MAJLIS IHTIFAL ILMI,
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA MALAYSIA (MIISMAM) 2026.

PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

Tahniah buat Arif Putra, wakil tunggal Sekolah Menengah Islam Darul Ulum - SMIDU yang telah mendapat Johan dengan markah 97% dalam pertandingan KITAB TURATH yang bertempat di SMA Nahdhah Hasanah, MELELE

Tahniah juga buat guru pembimbing, Al fadhil ustaz ibrahim.



KHAMIS21 05 2026MASJID MUASSASAH DARUL ULUMTAUSIYAH GURUUCAPAN PK HEM SMIDUUCAPAN PENGETUA SMIDUPESANAN sebelum cuti per...
21/05/2026

KHAMIS
21 05 2026
MASJID MUASSASAH DARUL ULUM

TAUSIYAH GURU
UCAPAN PK HEM SMIDU
UCAPAN PENGETUA SMIDU

PESANAN sebelum cuti pertengahan penggal 2026.



Address

KM. 23 JALAN KUALA NERANG
Pokok Sena

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:00
Tuesday 08:00 - 12:00
Wednesday 08:00 - 12:00
Thursday 08:00 - 12:00
Sunday 08:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Islam Darul Ulum - SMIDU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Islam Darul Ulum - SMIDU:

Shortcuts

Share

Category