Alumni AlMadrasah AlKhairiah AlIslamiah Official

Alumni AlMadrasah AlKhairiah AlIslamiah Official

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Alumni AlMadrasah AlKhairiah AlIslamiah Official, School, Pokok Sena.

24/02/2022

Al - fatihah
Ust Bukhari zakaria

18/01/2022

Mohon doa dari sahabat- sahabat, pelajar2 dan mana mana yg mengenali ust Bukhari sihat Allah memberi kesembuhan..

03/11/2019

;;🚑 *Info Kematian Anak Qaryah*🏁

✳ *03 NOVEMBER 2019*
✳ *AHAD*

*NAMA*: TUAN GURU HAJI ALI BIN HAJI AHMAD

*ALAMAT*:
🌎 POKOK SENA

📝 SPJP

🕌 solat jenazah pada

Tarikh/hari : *3.11.19 AHAD*

Masa : *SELEPAS SOLAT ZOHOR*

Tempat : *MASJID SEMENTARA SURAU HAJI AHMAD TUAN HUSSAIN*

🙋‍♂ *Waris Utk Dihubungi*
Ustaz Mufdi 0195254242

semua anak qaryah dijemput untuk menunaikan solat jenazah..Allah jua yg balas setiap kebaikan.In Sha Allah..

Al fatihah...

03/11/2019

Assalamualaikum
Dukacita dimaklumkan Tuan Guru Hj Ali Bin Hj Ahmad Tuan Hussain (Madrasah Khairiah Islamiah @ Pondok Pokok Sena) telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 4•15 pagi ini, Ahad 3 Nov 2019

Solat jenazah, selepas solat zohor akn di adakan di Surau Tuan Hussain, Madrasah Khairiah Islamiah & akan dikebumi di perkuburan Masjid Kg Banggol, Pokok Sena, Kpl Batas, SPU

إنا لله وإنا اليه راجعون
اللهم أغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

~ Lokasi rumah jenazah, Pokok Sena: https://maps.app.goo.gl/J6ok6PU5kK877EEz5

07/10/2019

Doakan Ayahanda Guru Hj Ali Bin Tuan Guru Hj Ahmad sihat sejahtera.. Amiiiinn

30/07/2019

إنا لله وإنا اليه راجعون
اللهم أغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Telah kembali ke rahmatullah Ust Saad Bin Mat Isa, Jarak Atas
Pada Selasa 30 Julai 2019 jam 6.20 ptg

Solat jenazah pada jam 11 pagi Rabu 31 Julai di Masjid Jamek Jarak Atas, Tasek Gelugor, SPU
Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Padang Menora / Jarak Bawah

11/07/2019

Berbakti kepada Ibu Bapa

Daripada Abu Usaid Malik bin Rabi'ah As-Sa'idi RA berkata: "Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba ada seorang lelaki daripada Bani Salamah datang kepada Baginda SAW. Lelaki tersebut bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah masih ada ruang untuk aku berbuat baik kepada kedua orang tuaku setelah mereka meninggal?." Baginda menjawab: "Ya, mendoakan dan memintakan keampunan untuk kedua-duanya, melaksanakan wasiatnya, menyambung jalinan silaturahim mereka dan memuliakan teman mereka." (Hadith riwayat Abu Dawud, No. 5142, Ibn Majah, No. 3664, Ahmad, No. 15479)


Matan Hadith:

عَنْ أَبِي أُسَيْدٍ مَالِكِ بْنِ رَبِيعَةَ السَّاعِدِيِّ قَالَ: بَيْنَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ بَنِي سَلَمَةَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ: هَلْ بَقِيَ مِنْ بِرِّ أَبَوَيَّ شَيْءٌ أَبَرُّهُمَا بِهِ بَعْدَ مَوْتِهِمَا؟ قَالَ: نَعَمْ, الصَّلَاةُ عَلَيْهِمَا وَالِاسْتِغْفَارُ لَهُمَا وَإِنْفَاذُ عَهْدِهِمَا مِنْ بَعْدِهِمَا وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِي لَا تُوصَلُ إِلَّا بِهِمَا وَإِكْرَامُ صَدِيقِهِمَا

]التخريج : سنن أبي داود , كتاب الأدب , باب في بر الوالدين , حديث رقم 5142 , عن أبي أسيد مالك بن ربيعة الساعدي رضي الله عنه[


Pengajaran Hadith :

Seseorang anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, tetapi adakah ia memadai atau terbatas ketika mereka masih hidup sahaja?. Di dalam al-Qur’an dan hadith terdapat banyak suruhan yang memerintahkan agar seseorang anak berbakti atau membuat kebajikan terhadap kedua-dua ibu bapanya, dan ia tidak terbatas ketika mereka masih hidup.
Terdapat beberapa amalan kebajikan yang boleh dilakukan oleh seseorang anak kepada kedua-dua ibu bapanya setelah meninggal dunia dan perkara yang paling mudah serta dapat dikerjakan oleh semua orang pada bila-bila masa ialah berdoa serta memohon keampunan bagi dosa kedua-dua ibu bapanya sama ada yang masih hidup lebih-lebih lagi yang telah meninggal dunia.
Marilah sama-sama kita menghayati semula peranan seorang anak kepada ibu bapa. Tanpa mereka siapalah kita dan adakah kita boleh berada dalam keadaan dan kedudukan yang kita miliki pada hari ini?. Sedarlah bahawa tanpa keredhaan mereka, kita juga tidak akan mendapat keredhaan Allah SWT. Semoga kita akan tergolong dalam golongan yang diredhai-Nya.

Sumber Rujukan :

1- Kitab Sunan Abu Dawud

2- Kitab Sunan Ibn Majah

3- Kitab Musnad Ahmad

4- Kitab Aunu al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Dawud Li al-Syeikh Syafartul Haq Muhammad Asyraf Ibn Ali Haidar al-Shiddiqi al-Azim Abadi

5- Kitab Mirqatul al-Mafatih Syarh al-Misykatu al-Masobih Li al-Syeikl Ali

6- Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi

Mari Berbuat Baik Selalu 11/07/2019

Perhatian Islam Terhadap al-Ihsân
Salah satu yang menunjukkan betapa besar perhatian Islam dalam masalah al-ihsan (perbuatan baik) dan tingginya kedudukan amalan ini, yaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengabarkan dalam kitab-Nya bahwa Dia mencintai kaum muhsiniin (orang-orang yang berbuat baik) dan bersama mereka. Dengan kedudukannya ini, maka cukuplah bagi mereka untuk mendapatkan kemuliaan dan keutamaan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

…… dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. [al-Baqarah/2:195].

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan. [an-Nahl/16:128].

Read more

Mari Berbuat Baik Selalu MARI BERBUAT BAIK SELALU لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْح

Photos from Alumni AlMadrasah AlKhairiah AlIslamiah Official's post 29/04/2019

Sebahagian bekas pelajar pondok MKI

29/04/2019

DONE... gambar program boleh tengok dalam album

Untitled album 29/04/2019

Karnival 85 tahun MKI

Want your school to be the top-listed School/college in Pokok Sena?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Pokok Sena