Sk Bukit Payong Pokok Sena

Sk Bukit Payong Pokok Sena Sebuah sekolah yang terletak di daerah Pokok Sena. Udaranya nyaman dan persekitaran yang mendamaikan.

🎉 TAHNIAH & SYABAS! 🎉Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada dua orang murid Prasekolah SK Bukit Payong yang tel...
17/08/2026

🎉 TAHNIAH & SYABAS! 🎉

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada dua orang murid Prasekolah SK Bukit Payong yang telah mengharumkan nama sekolah dan daerah Kota Setar dalam Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Kedah 2026.

🏆 JOHAN FUTSAL NEGERI KEDAH
(Mewakili Daerah Kota Setar)

👦🏻 Muhd Aisy Anaqi bin Muhd Sufi
👦🏻 Muhd Iman Waiz bin Muhd Idris

Kejayaan ini amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah. Semoga terus cemerlang pada masa hadapan! 💪⚽

✨ KEM BESTARI SOLAT SK BUKIT PAYONG 2026 ✨Sebuah perjalanan memantapkan solat. Alhamdulillah, satu lagi langkah kecil ke...
12/08/2026

✨ KEM BESTARI SOLAT SK BUKIT PAYONG 2026 ✨

Sebuah perjalanan memantapkan solat. Alhamdulillah, satu lagi langkah kecil ke arah membina generasi yang cintakan solat ❤️

Selesai sudah Kem Bestari Solat pada 11 Ogos 2026. Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam atas pelaksanaan program Kem Bestari Solat. Melihat kesungguhan anak-anak belajar dan memperbaiki solat benar-benar menyentuh hati. Semoga setiap usaha ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga program ini dapat memperkukuh kefahaman dan penghayatan solat dalam kalangan murid.

“Solat Asas Kehidupan, Insan Cemerlang Harapan Ummah.”


🇲🇾 PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan...
11/08/2026

🇲🇾 PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan 2026 peringkat sekolah pada 6 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Kafeteria SK Bukit Payong.

Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Cikgu Angel, Pengarah Top Angel Computer Centre. Terima kasih diucapkan atas kesudian hadir dan merasmikan program ini.

Dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, diharapkan sambutan bulan kebangsaan ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme, cinta akan negara serta memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah. 🇲🇾✨

Semoga pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang bulan ini memberi impak positif kepada murid-murid dalam menghargai erti kemerdekaan.

Bersatu Hati • Bangkit Bersama • Malaysia Sejahtera 💙💛



📣 Majlis Penyerahan KWAPM 2026Alhamdulillah, majlis penyerahan Wang Bantuan KWAPM telah berlangsung dengan lancar pada 3...
02/08/2026

📣 Majlis Penyerahan KWAPM 2026

Alhamdulillah, majlis penyerahan Wang Bantuan KWAPM telah berlangsung dengan lancar pada 30 Julai 2026 bertempat di Kantin SK Bukit Payong.

Majlis telah dirasmikan oleh Yg Berusaha En Zafran bin Zulkifli, Pengurus Besar AW Sdn Bhd, Petronas Bukit Sekechong.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa/waris yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang majlis berlangsung. Semoga bantuan yang diterima dapat meringankan beban serta memberi semangat kepada murid untuk terus cemerlang dalam pelajaran 💙

2 Ogos 2026 (Ahad) | Sambutan Hari Lahir Murid & Guru (Mac, April & Mei)Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBPSemog...
02/08/2026

2 Ogos 2026 (Ahad) | Sambutan Hari Lahir Murid & Guru (Mac, April & Mei)

Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBP

Semoga anak-anak SKBP membesar dengan sihat, cemerlang akademik dan sahsiah serta boleh membanggakan keluarga dan sekolah.

Kem Bijak Sifir SK Bukit Payong telah berlangsung dengan lancar dan meriah 🎉Murid menunjukkan semangat dan penglibatan y...
01/08/2026

Kem Bijak Sifir SK Bukit Payong telah berlangsung dengan lancar dan meriah 🎉

Murid menunjukkan semangat dan penglibatan yang sangat baik sepanjang aktiviti dijalankan. Tahniah diucapkan kepada Panitia Matematik atas kejayaan pelaksanaan program dan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan. Semoga anak-anak terus cemerlang dalam Matematik! 💙

Tahniah diucapkan kepada Nur Aimy Darwisya binti Mohamad Shaheer dari kelas 5 Baiduri atas kejayaan cemerlang menjadi Jo...
01/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Nur Aimy Darwisya binti Mohamad Shaheer dari kelas 5 Baiduri atas kejayaan cemerlang menjadi Johan Pertandingan Bercerita Kisah dari Al-Quran sempena Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Kedah 2026.

Beliau akan mewakili Negeri Kedah ke peringkat kebangsaan.

Syabas dan tahniah juga kepada guru KAFA serta ibu bapa atas sokongan padu. Semoga terus cemerlang!

Program Jom Berus Gigi Peringkat Kebangsaan 2026 📆22 Julai 2026⏰9.30-10.30 pagi SK Bukit Payong juga telah menyahut seru...
23/07/2026

Program Jom Berus Gigi Peringkat Kebangsaan 2026

📆22 Julai 2026
⏰9.30-10.30 pagi

SK Bukit Payong juga telah menyahut seruan KKM dengan turut serta dalam Program Jom Berus Gigi Peringkat Kebangsaan yang telah dianjurkan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, JKN Kedah. Program ini merupakan satu inisiatif KKM untuk mempromosikan budaya penjagaan kesihatan gigi 😁🦷✨

📚 Majlis Peluncuran Program NILAM SK Bukit Payong 2026 📚Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Peluncuran NILAM Peringk...
23/07/2026

📚 Majlis Peluncuran Program NILAM SK Bukit Payong 2026 📚

Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Peluncuran NILAM Peringkat SK Bukit Payong pada 19 Julai 2026 (7.45 pagi) bertempat di Kafeteria SKBP.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr. Sherlina binti Hilmy, M.D., yang turut dijemput khas bagi memberi inspirasi dan motivasi kepada murid-murid agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan.

Program NILAM bertujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan murid selaras dengan slogan “Membaca Membina Insan, Ilmu Menjana Masa Depan”.

✨ Tahniah juga kepada murid-murid yang telah menerima pengiktirafan Bintang NILAM serta hadiah sebagai tanda penghargaan atas usaha dan komitmen dalam amalan membaca.

📖 Semoga usaha ini dapat melahirkan generasi yang berilmu, berfikiran kritis dan cintakan budaya membaca.

Address

Jalan Kubur Panjang
Pokok Sena
06400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047824324

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sk Bukit Payong Pokok Sena posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sk Bukit Payong Pokok Sena:

Shortcuts

Share