Maahad Derang Official

Maahad Derang Official Ke Arah Melahirkan Generasi Ulama’

PERKARA MAKRUH PADA HARI JUMAAT✨
20/08/2026

PERKARA MAKRUH PADA HARI JUMAAT✨

🤲🏻 SEDEKAH JUMAAT | JOM BERKONGSI REZEKIJumaat adalah hari yang penuh keberkatan. Ayuh hidupkan hari ini dengan bersedek...
20/08/2026

🤲🏻 SEDEKAH JUMAAT | JOM BERKONGSI REZEKI

Jumaat adalah hari yang penuh keberkatan. Ayuh hidupkan hari ini dengan bersedekah, walaupun sedikit. 🌿

✨ Kelebihan bersedekah:
• Mendapat pahala daripada Allah SWT
• Membantu meringankan kesusahan orang lain
• Menjadi sebab datangnya keberkatan dalam rezeki
• Melatih hati menjadi lebih pemurah dan ikhlas
• Menjadi bekalan pahala untuk akhirat 🤍

💚 Sedekah yang kecil di mata manusia, mungkin besar nilainya di sisi Allah.

📌 “Dan apa sahaja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya.”
— Surah Saba’: 39

Jom bersedekah. Jom berkongsi rezeki.
Semoga setiap sen yang kita keluarkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya. 🤲🏻

SELAWAT DAK GI? JOM SELAWAT SAMA-SAMA
20/08/2026

SELAWAT DAK GI? JOM SELAWAT SAMA-SAMA

20/08/2026

MALAM MAAHAD✨ | KISAH NABI ISMAIL AS

Malam Maahad bersama Ustaz Aizat Naqiyuddin yang mengisahkan perjalanan penuh hikmah Nabi Ismail AS — tentang ketaatan, kesabaran dan pengorbanan dalam melaksanakan perintah Allah SWT. 🤍

Semoga kisah Nabi Ismail AS menjadi inspirasi buat kita untuk terus taat kepada Allah, sabar menghadapi ujian dan sentiasa meletakkan kepercayaan kepada-Nya. ✨

📖 “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang yang mempunyai akal.”
— Surah Yusuf: 111

✨ PROGRAM SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW ✨🌙بسم الله الرحمن الرحيمAssalamualaikum w.b.t.Dengan penuh hormat, Maahad Tarbiah I...
18/08/2026

✨ PROGRAM SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW ✨🌙

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan penuh hormat, Maahad Tarbiah Islamiah Derang menjemput tuan/puan, para asatizah, ibu bapa, alumni serta seluruh masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan program:

📖 AKTIVITI PROGRAM

📚 Majlis Bacaan Kitab Syamail Muhammadiyah
Bagi Imam Tirmizi
Syarah Ringkas & Ijazah Sanad bersama
Al-Fadil As-Syeikh Firas Muhammad Zuhair Salou Al-Dimasqi

🌿 Majlis Sambutan Maulidurrasul SAW

🎙️ Bersama kumpulan istimewa:
Marhaban Attasnim, Masjid Zahir, Negeri Kedah Darul Aman

📖 Bacaan Manaqib Kelahiran Nabi SAW
🎶 Qasidah & Selawat
🍽️ Jamuan

📅 Isnin, 24 Ogos 2026
🕌 11 Rabiul Awal 1448H
📍 Masjid An-Niamah, Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah

🌤️ SESI SIANG | 8.00 PAGI – 4.00 PETANG
📚 Daurah Kitab Bersana
🏅 Khatam & Pengijazahan Sanad Kitab

🌙 SESI MALAM | 7.36 MALAM – 10.30 MALAM
🌿 Marhaban • 📖 Manaqib • 🎶 Qasidah & Selawat
🍽️ Jamuan & Bersurai

🍲 Pihak Maahad turut membuka peluang kepada Tuan/Puan yang ingin bersama-sama menyumbang dan membuat kenduri sempena Majlis Maulidur Rasul ini.

📞 Untuk sumbangan/kenduri:
013-460 4385
(Ustaz Hadi bin Abdul Majid)

✨ Marilah bersama-sama menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengenali sirah, sifat dan akhlak Baginda.

🤲 SEMUA DIJEMPUT HADIR
Bawa bersama keluarga dan sahabat untuk sama-sama memeriahkan majlis.

🌙 AMALAN SUNNAH DI HARI JUMAAT 🤍Jumaat adalah hari yang penuh dengan keberkatan. Marilah kita hidupkan hari yang mulia i...
14/08/2026

🌙 AMALAN SUNNAH DI HARI JUMAAT 🤍

Jumaat adalah hari yang penuh dengan keberkatan. Marilah kita hidupkan hari yang mulia ini dengan mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah ﷺ. 🌿
✨ Mandi sebelum solat Jumaat
✨ Memakai pakaian yang bersih dan elok
✨ Bersugi atau memberus gigi
✨ Memperbanyakkan selawat
✨ Datang awal ke masjid
✨ Memperbanyakkan doa dan zikir
✨ Membaca Surah Al-Kahfi
✨ Memakai wangian

Semoga setiap amalan yang kita lakukan pada hari ini menjadi asbab bertambahnya pahala dan mendekatkan kita kepada Allah SWT. 🤲🏻
Jom hidupkan Jumaat dengan sunnah! 🌹

09/08/2026

Jangan syok awai..

Maahad Tarbiah Islamiyah Derang menawarkan dan mengalu-alukan Waqaf & Sumbangan Pembinaan Bangunan Syeikh Niamat Yusuf s...
07/08/2026

Maahad Tarbiah Islamiyah Derang menawarkan dan mengalu-alukan Waqaf & Sumbangan Pembinaan Bangunan Syeikh Niamat Yusuf seperti berikut :

⿡ BENTUK WAQAF & SUMBANGAN

✓ Waqaf / Sumbangan Tunai :
RM 50.00 satu plot (waqaf)

✓ Waqaf Bahan Binaan
(pasir, bata, simen dan lain-lain)

✓ Sumbangan Tenaga Kerja, Alatan Dan Jentera
(Secara guna manfaat)

⿢ SALURKAN WAQAF & SUMBANGAN TUNAI

✓ pejabat sekolah pada hari bekerja (9.00 am - 4.00 pm)
✓ bank in / transfer ke akaun ;

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Akaun : Maahad Tarbiah Islamiah
No Akaun : 020-110100-17028

Resit pelepasan cukai disediakan atas permintaan

⿣ RUJUKAN

✓ Ustaz Abul Khair - 016-4591254

✓ Ustaz Hafiz - 019-5735741

✓ Ustaz Bukhori - 019-4505571

Semoga Allah memberi ganjaran terbaik atas waqaf/sumbangan yang diberikan dan memberkati harta yang masih berbaki.
Mohon disebarkan.

07/08/2026

Rutin Mingguan Pelajar Maahad

Setiap minggu, gema bacaan Surah Yasin dan Surah Al-Kahfi menghiasi suasana maahad. Bukan sekadar rutin, tetapi satu usaha mendidik hati agar sentiasa dekat dengan al-Quran dan menghidupkan keberkatan dalam kehidupan.
Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi cahaya, petunjuk, serta pemberat timbangan amal di sisi Allah SWT.

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya."
— Riwayat al-Bukhari

SUMBANGAN WAKAF TANGKI AIR & TELAGAAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.🌿 Jom rebut peluang wakaf jariah!Maahad Ta...
06/08/2026

SUMBANGAN WAKAF TANGKI AIR & TELAGA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

🌿 Jom rebut peluang wakaf jariah!

Maahad Tarbiah Islamiah sedang mengumpulkan dana bagi projek Tangki Air & Telaga untuk kegunaan pelajar sekolah rendah demi memastikan bekalan air bersih yang berterusan.

💰 Sasaran Projek: RM8,000.00+

✨ Sabda Nabi SAW:
"Sebaik-baik sedekah ialah memberi air (minuman)." (HR Ahmad)

🤲 Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan saham akhirat buat kita semua.

📲 Rujukan: WAKAF TANGKI & TELAGA
🏦 Bank Islam: 020-110100-1702-8
Maahad Tarbiah Islamiah

📞 Pertanyaan:
• Ustaz Hafiz Mustafa Lubis – 019-573 5741
• Ustaz Mohd Aizat Naqiyuddin – 019-514 4227

💧 Setiap titis air, mengalirkan pahala yang berpanjangan. Jazakumullahu khairan atas sokongan dan sumbangan anda.

Address

Maahad Tarbiyah Islamiah Derang
Pokok Sena
06400

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Sunday 08:00 - 14:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Derang Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category