10/08/2025
MasyaALLAH Alhamdulillah
Permudahkan urusan kami Ya ALLAH ๐คฒ
Tak sabar sungguh nak balik ke Perkampungan Ekspres -i kali ini.
Sedang menghitung hari.
Tapi sebelum tibanya hari tersebut, mari saya perkenalkan antara AJK yang terlibat dalam menjayakan Perkampungan Ekspres -i yang bertemakan SIHAT dan AKTIF ini.
Kalau tadi sahabat saya cikgu Intan Lily Rosily telah perkenalkan PENGASAS dan FM bagi program besar kita iaitu Bonda Nor dan beliau sendiri selaku FM.
Sekarang saya perkenalkan AJK bahagian PROMOSI p**a.
Kami terdiri daripada Cikgu Annur Razidah Abd Razak sebagai ketua jawatankuasa kuasa, dan ahli-ahli di bawahnya iaitu;
Cikgu Amla Mat Rawi
Cikgu Haryati Hamim
Cikgu Intan Lily Rosily
dan saya Cikgu Faridah Said
Semoga gabungan tenaga, idea dan gerak kerja kami semua, akan menyemarakkan lagi aura Perkampungan Ekspres -i kali ini.
Sebarang pertanyaan tentang Perkampungan Ekspres -i, boleh terus berhubung dengan kami atau mana-mana sahabat speaker yang lain walaupun di bawah unit lain.
Jumpa di sana ya.
โค๏ธ