SMK Pinggan-Pinggan

SMK Pinggan-Pinggan Ketekunan Asas Kemajuan SMK Pinggan-Pinggan (SMEKEPP), yang terletak di daerah Pitas, Sabah, mula beroperasi pada tahun 1989.

Sehingga Februari 2025, sekolah ini mempunyai 88 orang guru, 12 kakitangan pelaksana, serta seramai 1,271 orang pelajar. Pada masa ini, SMEKEPP dipimpin oleh Tuan Pengetua Encik Ramin bin Pagi.

Tahniah
23/08/2026

Tahniah

Majlis Anugerah Sukan dan KokurikulumPeringkat Sekolah
23/08/2026

Majlis Anugerah Sukan dan Kokurikulum
Peringkat Sekolah

Tahniah PetanqueMengharumkan nama sekolah dan negeri
23/08/2026

Tahniah Petanque
Mengharumkan nama sekolah dan negeri

Syabas dan Tahniah kepada semua calon STPM2025. Semoga terus cemerlang.
14/08/2026

Syabas dan Tahniah kepada semua calon STPM2025. Semoga terus cemerlang.

Perkhemahan Perdana Badan Beruniform Peringkat sekolah 202614 Ogos 2026-16 Ogos 2026Padang SMK Pinggan-Pinggan
14/08/2026

Perkhemahan Perdana Badan Beruniform Peringkat sekolah 2026

14 Ogos 2026-16 Ogos 2026
Padang SMK Pinggan-Pinggan

05/08/2026

Video pemusnahan sarang tebuan oleh anggota bomba dan penyelamat Pitas.
Lokasi sarang tebuan kedua

05/08/2026

Video pemusnahan sarang tebuan oleh anggota bomba dan penyelamat Pitas.
Lokasi sarang tebuan pertama

πŸπŸš’ OPERASI PEMUSNAHAN SARANG TEBUAN: KESELAMATAN WARGA SEKOLAH DIUTAMAKANπŸ“… 5 Ogos 2025 (Selasa)⏰ 6.30 petang – 7.30 mala...
05/08/2026

πŸπŸš’ OPERASI PEMUSNAHAN SARANG TEBUAN: KESELAMATAN WARGA SEKOLAH DIUTAMAKAN

πŸ“… 5 Ogos 2025 (Selasa)
⏰ 6.30 petang – 7.30 malam
πŸ“ SMK Pinggan-Pinggan

Demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah, satu operasi pemusnahan dua sarang tebuan telah dilaksanakan di kawasan SMK Pinggan-Pinggan.

πŸ”Έ Lokasi pertama: Di atas pokok
πŸ”Έ Lokasi kedua: Di belakang bengkel sekolah

Pihak sekolah amat berbesar hati menerima bantuan dan kerjasama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pitas yang telah melaksanakan operasi pemusnahan sarang tebuan dengan penuh profesional dan mengutamakan aspek keselamatan.

πŸ™ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat Pitas atas kesudian hadir membantu pihak sekolah.

Kerjasama dan jalinan yang baik antara pihak sekolah dengan agensi luar merupakan satu usaha penting dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan sejahtera.

πŸ’™ Keselamatan warga sekolah adalah tanggungjawab bersama.

🀝 Jalinan dan jaringan diperkukuh, keselamatan warga sekolah diutamakan.

SMK Pinggan-Pinggan : Bersama Membina Sekolah Selamat dan Sejahtera








🌟 KARNIVAL KERJAYA STEM 2026 πŸŒŸπŸ“… 31 Julai 2026 (Jumaat)πŸ“ Dewan Terbuka, SMK Pinggan-PingganπŸ•— 8.00 pagi – 11.30 pagiAlhamd...
01/08/2026

🌟 KARNIVAL KERJAYA STEM 2026 🌟

πŸ“… 31 Julai 2026 (Jumaat)
πŸ“ Dewan Terbuka, SMK Pinggan-Pinggan
πŸ•— 8.00 pagi – 11.30 pagi

Alhamdulillah, Karnival Kerjaya STEM 2026 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang pelbagai peluang kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta meningkatkan minat mereka terhadap dunia inovasi dan teknologi.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk pameran, perkongsian kerjaya, demonstrasi dan aktiviti interaktif yang memberi pengalaman pembelajaran secara langsung kepada para murid.

Semoga program ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha mengejar cita-cita dan berani meneroka bidang STEM demi masa depan yang lebih cemerlang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, ConocoPhillips, Pintar Foundation, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah, Pejabat Kesihatan Daerah Pitas dan Alumni Pn Syazwani Binti Sindong , dan juga Pegawai Pendidikan Daerah Pitas , Para Pentadbir, guru-guru serta semua murid yang memberikan kerjasama dan komitmen yang terbaik.

✨ β€œHari ini meneroka, esok mencipta masa depan.”

TRIPLE PETANQUE SMK PINGGAN PINGGAN JUARA KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SABAH 202624-25 Julai 2026 telah b...
28/07/2026

TRIPLE PETANQUE SMK PINGGAN PINGGAN JUARA KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SABAH 2026

24-25 Julai 2026 telah berlangsung kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Negeri Sabah 2026 di MRSM Tun Mustapha, Tawau. SMK Pinggan Pinggan telah menghantar 2 pasukan triple kategori sekolah lelaki. Pasukan SMK Pinggan Pinggan 1 yang diwakili oleh Bryan Asher Abner Jamaul, Meridinley Aljo Maen dan Jaklon Jepiting manakala Pasukan SMK Pinggan Pinggan 2 diwakili oleh Allen Alfrodden@Alf, Yoel Othenice Majilim dan Aiver Raymond

Pencapaian
Pasukan SMK PINGGAN PINGGAN 1- JOHAN
Pasukan SMK PINGGAN PINGGAN 2- KEENAM

Pasukan SMK PINGGAN PINGGAN 1 akan mewakili Negeri Sabah ke Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Kebangsaan di Melaka pada 4&5 September 2026.

Setinggi tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengetua, PK Kokum kerana memberikan semangat untuk pasukan. Terima kasih juga diucapkan kepada penaja utama iaitu KOPERASI SMK PINGGAN PINGGAN BERHAD atas sumbangan kewangan, sekalung penghargaan diucapkan kepada Jurulatih Utama Sukan Petanque SMK Pinggan Pinggan En Abd Ramsa Rajah, Terima Kasih juga diucapkan kepada Cik Noranitah Binti Ismail ( Koperasi SMEKEPP) kerana penyediaan makan minum pemain. Terima kasih juga diucapkan kepada En Zakwan 'Marlon' ( SK Pinggan Pinggan) membantu pasukan petanque SMK Pinggan Pinggan sepanjang kejohanan.

Address

Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-Pinggan, KM 14 Jalan Pitas/Kota Marudu, Peti Surat 175, Pos Mini Pitas
Pitas
89100

Telephone

+6088662872

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Pinggan-Pinggan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Pinggan-Pinggan:

Shortcuts

Share

Category