05/09/2024
05 SEPTEMBER 2024 (KHAMIS)
PROGRAM KHIDMAT BANTU KEPAKARAN KEPADA GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN SK SENAJA PITAS TAHUN 2024
Warga SK Senaja Pitas merakamkan penghargaan ke atas kunjungan Khidmat Bantu Kepakaran dari Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bersama Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri, Tuan Fadzil bin Mohd Jamil, Puan Noraisah @ Siti Nur Azwa binti Aribun dan tuan Datu Abdul Ghafar bin Datu Abdul Ghani yang merupakan Kaunselor Pendidikan Negeri, tuan Ulik bin Likud (Kaunselor Pendidikan Daerah Kota Marudu) dan Puan Nurmaziah Maikal Abdullah (Kaunselor Pendidikan Daerah Pitas).
Turut menyantuni kami, barisan Guru Bimbingan dan Kaunseling SK dan SM Daerah Pitas, bersama anggota AKRAB Daerah Pitas.
Kami, warga SK Senaja Pitas sangat mengalu-alukan perkongsian tuan/puan kepada kami. Terima kasih.
- MRH | 05092024