16/07/2026
π Penyertaan SK Dandun di Kejohanan Bola Jaring MSSD Pitas 2026 π
7-9 Julai 2026
Dewan Futsal Bongkol
Tahniah dan syabas kepada pasukan bola jaring SK Dandun atas penyertaan yang membanggakan dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Pitas 2026 pada 7-9 Julai 2026.
Perjuangan pasukan SK Dandun berjaya melangkah sehingga ke peringkat suku akhir. Walaupun perjalanan terhenti di peringkat tersebut, pasukan telah mempamerkan semangat juang yang tinggi serta memberikan saingan yang sengit kepada pihak lawan dalam setiap perlawanan.
Penyertaan ini bukan sahaja menguji kemahiran dan ketahanan fizikal, malah membentuk disiplin, keyakinan diri serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan murid.
Tahniah kepada semua pemain atas usaha, komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih, pengurus pasukan, guru-guru pengiring serta seluruh warga guru SK Dandun atas segala pengorbanan, bimbingan, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan sepanjang persiapan dan kejohanan berlangsung.
Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian untuk mencuba, berjuang dan tidak mudah berputus asa adalah kejayaan yang sebenar.
ππ€ SK Dandun Boleh! Terus Melangkah, Terus Berjaya!