SRITI ULUL ALBAB, Batu Kawan

SRITI ULUL ALBAB, Batu Kawan Sriti Ulul Albab-Batu Kawan

26/11/2025

BAPA MESTI BERJIWA MURABBI

Corak kehidupan anak-anak akan terbentuk dan dipengaruhi oleh tiga faktor utama; murabbi (pendidik), manhaj (peraturan) dan biah (persekitaran).

Ketiga-tiga faktor ini perlu diambil perhatian oleh ibu bapa, guru-guru dan para pendidik umumnya.

Dari segi kegigihan sudah ada tetapi soal prinsip, matlamat dan kaedahnya sering tersasar.

Atau prinsip, matlamat dan kaedahnya tepat tetapi lemah p**a dari segi pelaksanaannya.

Kita lihat dulu faktor pertama, murabbi. Mengapa kita gunakan istilah murabbi, bukan muallim?

Murabbi bererti pendidik. Manakala muallim ertinya pengajar.

Banyak bezanya antara murabbi dengan muallim. Muallim ialah individu yang berperanan menyampaikan ilmu.

Dia mengajar ilmu-ilmu tertentu sama ada yang berbentuk fardhu ain ataupun fardhu kifayah kepada muridnya.

Matlamat utama pengajar ialah ilmu dapat difahami. Berlaku perpindahan ilmu dari akal kepada akal, yakni dari akal muallim kepada akal murid dan akhirnya murid meluahkan semula ilmu melalui akalnya.

Namun, murabbi lebih daripada itu. Murabbi berperanan mendidik jiwa muridnya.

Jika jiwa muridnya terkesan oleh ilmu yang diberikan, insya-Allah ia akan diyakini, dihayati dan diamalkan.

Tugas murabbi lebih ‘advance’ daripada muallim kerana ia mesti memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak muridnya.

Jika tugas muallim banyak berlegar ‘di akal’ tetapi tugas murabbi menjunam ke lubuk hati.

Muallim umpama orang yang bertugas mengumpulkan bahan-bahan masakan; tepung, gula, mentega, garam, gula dan air.

Manakala murabbi p**a umpama tukang masak yang mahir mengadun dan membancuh tepung, menguli, membakarnya hingga menjadi seketul roti.

Murabbi memastikan jiwa anak muridnya timbul kemahuan sedangkan muallim hanya berperanan menyampaikan pengetahuan.

Kekuatan ‘kemahuan’ mengatasi ‘pengetahuan’.

Ada kalanya murid telah diajar tentang sifat-sifat sabar, dia tahu apa cirinya, apa kategori sabar, apa unsur-unsur yang membawa kepada sifat sabar tetapi hanya dengan itu dia tidak akan mampu bersabar apabila berdepan dengan sesuatu yang mencabar dirinya?

Cabaran pendidikan masa kini ialah sejauh mana kita mampu memberi ilmu sebanyak-banyaknya dan memberi didikan setepat-tepatnya.

Hasil produk sistem pendidikan kita seimbang. Cemerlang akademik, baik p**a akhlaknya.

Seorang bapa mesti menjadi seorang murabbi bukan sekadar muallim dalam keluarganya. Apakah kelayakan yang seharusnya ada pada Murabbi?

Secara umum, seorang Murabbi ialah mereka yang benar-benar merasakan tugas mendidik itu amanah daripada Allah.

Dia sedar bahawa dia sedang memikul tugas berat warisan para nabi dan rasul.

Jika jurutera berdepan dengan bahan-bahan fizikal, doktor dengan sakit luaran, peniaga dengan barang dagangan, Murabbi p**a berdepan dengan jiwa, akal dan nafsu anak-anak yang jauh lebih sulit dan rumit.

Seorang bapa mesti mempunyai prinsip yang kukuh, akhlak yang baik, mahir dalam seni-seni mendidik anak bersumberkan al-Quran dan Sunnah serta kitab-kitab para ulama.

Hanya dengan ini seorang bapa akan berjaya mendidik anaknya. Ya, bapa mesti berjiwa murabbi.

PENULISAN PENUH BOLEH DAPATKAN DISINI > https://ezy.la/wahai-ibu-jadilah-madrasah-anakmu

🕌 INFAK JUMAAT – REBUT PAHALA BERGANDA! 🌙✨Jumaat yang mulia ini, marilah kita sama-sama rebut peluang menambah saham akh...
21/11/2025

🕌 INFAK JUMAAT – REBUT PAHALA BERGANDA! 🌙✨

Jumaat yang mulia ini, marilah kita sama-sama rebut peluang menambah saham akhirat.

Setiap sumbangan menjadi amal jariah yang mengalir tanpa henti selagi anak-anak terus belajar dan beramal. 🌱

🤲 Cara Menyumbang:
✔️ Tunai / Online Transfer
✔️ Waqaf Barang Keperluan
✔️ Zakat Harta

💳 Akaun Sumbangan:
Maybank – 5573 0852 6879
(Pertubuhan Kebajikan Amal & Dakwah Pulau Pinang)
📌 Rujukan: Dana SRITI

🌐 Sumbangan Online:
https://toyyibpay.com/Dana-SRITI-UlulAlbab

📞 Pertanyaan:
011-1203 5948 (Admin)

🌸 Semoga Jumaat ini membawa keberkatan, dan setiap ringgit infak menjadi asbab turunnya rahmat Allah ke atas kita semua.

🕌✨ SERUAN INFAK & WAQAF – FASA TERAKHIR! ✨🕌Alhamdulillah, kini kami berada di Fasa Ketiga (Terakhir) kutipan Infak Pemba...
07/11/2025

🕌✨ SERUAN INFAK & WAQAF – FASA TERAKHIR! ✨🕌

Alhamdulillah, kini kami berada di Fasa Ketiga (Terakhir) kutipan Infak Pembangunan SRITI Ulul Albab, Batu Kawan.

Inilah masa terbaik untuk merebut peluang melabur saham akhirat, pahala yang tidak pernah putus selagi anak-anak SRITI ini terus menuntut ilmu dan beramal. 🌱

🤲 Bentuk Sumbangan:
✅ Tunai / Online Transfer
✅ Barang Keperluan (Waqaf)
✅ Zakat Harta

💳 Akaun Sumbangan:
Maybank – 5573 0852 6879
(Pertubuhan Kebajikan Amal & Dakwah Pulau Pinang)
📌 Rujukan: Dana SRITI

📲 Sumbangan Online:
https://toyyibpay.com/Dana-SRITI-UlulAlbab

📞 Pertanyaan:
011-1203 5948 (Admin)

🌸 Moga setiap ringgit infak tuan/puan menjadi sebab turunnya keberkatan dan rahmat dalam kehidupan seharian.

Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus. 💖

🕌✨ INFAK / WAQAF – FASA TERAKHIR..!! ✨🕌Kini kami berada di Fasa Ketiga (Terakhir) kutipan infak pembangunan SRITI Ulul A...
30/10/2025

🕌✨ INFAK / WAQAF – FASA TERAKHIR..!! ✨🕌

Kini kami berada di Fasa Ketiga (Terakhir) kutipan infak pembangunan SRITI Ulul Albab, Batu Kawan.

Inilah peluang keemasan untuk melabur saham akhirat yang sentiasa menjanjikan pahala yang mengalir selagi mana anak-anak SRITI ini terus belajar.

🤲 Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk:
✅ Tunai / Online Transfer
✅ Barang Keperluan (Waqaf)
✅ Zakat Harta

💳 Transfer / QRPay:
Maybank – 5573 0852 6879
(Pertubuhan Kebajikan Amal & Dakwah Pulau Pinang)
👉 _Rujukan: Sumbangan Dana SRITI_

📲 ToyyibPay;
https://toyyibpay.com/Dana-SRITI-UlulAlbab

Sebarang pertanyaan:
📞 011-1203 5948 (Admin)

Moga Allah memberi keberkatan di dalam setiap aspek dalam kehidupan Tuan/Puan.
Terima Kasih 🙂.

14/10/2025

Seronoknya tengok wajah ceria anak-anak & ibu ayah yang datang mengenali dunia SRITI 💚
Mari sama-sama Membina Generasi Rabbani Murabbi 🌱

🌻 HARI TERBUKA SRITI ULUL ALBAB✨ 🔹 Tarikh : 11/10/2025🔸 Hari : Sabtu🔹 Masa : 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari🔸 Tempat : SRITI...
09/10/2025

🌻 HARI TERBUKA SRITI ULUL ALBAB✨

🔹 Tarikh : 11/10/2025
🔸 Hari : Sabtu
🔹 Masa : 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari
🔸 Tempat : SRITI Ulul Albab

Aktiviti:
➖ Taklimat SRITI
➖ Pendaftaran Pelajar
➖ Ukur Saiz Baju Uniform
➖ Cabutan Bertuah
➖ Jamuan Ringan

Pendaftaran SRITI Ulul Albab masih dibuka. Kepada para waris yang masih berminat untuk mendaftar atau ada sebarang pertanyaan, dialu-alukan untuk hadir ke Hari Terbuka SRITI ini.

Terima kasih kami ucapkan atas doa dan sokongan yang telah diberikan kepada SRITI Ulul Albab selama ini bagi merealisasikan impian melahirkan anak-anak generasi Pintar, Rabbani dan Murabbi.

Terima kasih 😊

SRITI Ulul Albab berbesar hati menerima kunjungan tiga orang pegawai daripada Bahagian Falak, Jabatan M***i Pulau Pinang...
02/10/2025

SRITI Ulul Albab berbesar hati menerima kunjungan tiga orang pegawai daripada Bahagian Falak, Jabatan M***i Pulau Pinang bagi tujuan penentuan arah kiblat di Surau SRITI Ulul Albab.

Kehadiran mereka amat bermakna dalam memastikan ketepatan arah kiblat demi kesempurnaan pelaksanaan ibadah solat warga sekolah.

Pihak SRITI Ulul Albab merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama serta khidmat profesional yang diberikan oleh pihak Jabatan M***i Negeri Pulau Pinang. Semoga usaha ini diberkati dan memberi manfaat berterusan kepada seluruh warga SRITI.

🕌✨ *INFAK / WAQAF – SAHAM AKHIRAT* ✨🕌Tawaran Infak & Waqaf bagi penubuhan SRITI Ulul Albab yang merupakan sekolah rendah...
25/09/2025

🕌✨ *INFAK / WAQAF – SAHAM AKHIRAT* ✨🕌

Tawaran Infak & Waqaf bagi penubuhan SRITI Ulul Albab yang merupakan sekolah rendah beraliran agama yang pertama di Kawasan Batu Kawan.

📌 Jumlah Diperlukan: RM100,000.00
📌 Terkumpul setakat 26 Sept 2025: RM40,119.62

🤲 Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk:
✅ Tunai / Online Transfer
✅ Barang Keperluan (Waqaf)
✅ Zakat Harta

💳 Transfer / QRPay:
Maybank – 5573 0852 6879
(Pertubuhan Kebajikan Amal & Dakwah Pulau Pinang)
👉 _Rujukan: Sumbangan Dana SRITI_

📲 ToyyibPay;
https://toyyibpay.com/Dana-SRITI-UlulAlbab

Sebarang pertanyaan:
📞 011-1203 5948 (Admin)

Ayuh bersama melabur saham akhirat, menanam benih dalam membina sekolah Islam untuk tuaian generasi akan datang! 🌱

22/09/2025

Pada 21 September 2025, telah berlangsung sesi temuduga guru SRITI Ulul Albab.
Setiap calon hadir dengan semangat dan harapan untuk bersama membina tapak pendidikan Rabbani yang kukuh.

📖 “…Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.”
(Surah Al-Mujadilah, 58:11)

Doakan agar hasil temuduga ini melahirkan pendidik yang bukan sahaja mengajar, tetapi mendidik dengan jiwa.

✨ Membina Generasi Rabbani Murabbi

Address

Pinang
14100

Telephone

+601112035948

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI ULUL ALBAB, Batu Kawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share