CETREE

CETREE Official page for Centre for Education, Training & Research in Renewable Energy, Energy Eff

Official page for Centre for Education, Training & Research in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE)

"Rakyat Malaysia boleh jadi sebahagian penghasilan Tenaga Bersih" ,,🫑🫰🀲πŸ’ͺπŸ‘
30/08/2026

"Rakyat Malaysia boleh jadi sebahagian penghasilan Tenaga Bersih" ,,🫑🫰🀲πŸ’ͺπŸ‘

Dulu kita hanya guna elektrik. Hari ini, rakyat juga boleh menjadi sebahagian daripada penghasilan tenaga bersih. β˜€οΈβš‘

Pada tahun 2011, Malaysia memperkenalkan Feed-in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011.

Ia menjadi antara langkah penting negara dalam membuka ruang lebih besar kepada pembangunan tenaga boleh baharu.

Daripada hidro kepada solar, perjalanan tenaga Malaysia terus berubah mengikut keperluan zaman.

Negara maju bukan sekadar mempunyai tenaga yang mencukupi, tetapi membina tenaga untuk masa hadapan.







30/08/2026
29/08/2026

MERDEKA!..MERDEKA!..MERDEKA!!..Terbaiklaa..kena sangat dengan perubahan zaman..

InshaALLAH..sama-sama kita menjaga dan mengamalkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu & Kecekapan Tenaga Demi Masa Depan Generasi akan datang..🫰🫑πŸ’ͺπŸ‘

https://www.facebook.com/share/v/1BZfLvsRBd/

PAGAMO E-SPORTS PERKASA PENDIDIKAN KELESTARIAN DAN LITERASI TENAGA GENERASI MUDA KALI KE – 6, PERINGKAT NEGERI PULAU PIN...
11/08/2026

PAGAMO E-SPORTS PERKASA PENDIDIKAN KELESTARIAN DAN LITERASI TENAGA GENERASI MUDA KALI KE – 6, PERINGKAT NEGERI
PULAU PINANG

TANJONG TOKONG, PULAU PINANG, 10 Ogos 2026 – Pendekatan pendidikan alam sekitar yang menggabungkan teknologi, permainan digital dan e-sukan mampu menjadi medium pembelajaran yang lebih interaktif dalam meningkatkan pengetahuan, kesedaran serta kemahiran generasi muda berkaitan kelestarian. Sehubungan itu, Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Tzu Chi Malaysia telah menganjurkan USM CGSS x Tzu Chi PaGamO E-Sports Piala Dunia Pendidikan Alam Sekitar Ke-6 2026, Kejohanan Peringkat Negeri Pulau Pinang di The One Academy, Straits Quay pada 8 Ogos 2026. Kejohanan tersebut menghimpunkan 346 peserta, dengan penglibatan 25 guru pengiring, tujuh pengetua, lapan tetamu kehormat dan 100 sukarelawan, sekali gus mencerminkan sokongan pelbagai pihak terhadap usaha memperluas pendidikan alam sekitar melalui pendekatan yang kreatif, digital dan dekat dengan generasi muda.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Profesor Madya Dr. Ng Theam Foo, Timbalan Pengarah CGSS, USM; Encik Rusdan Maidin, wakil Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang daripada Unit Pembangunan Murid Bakat Murid; Encik Ong Soon Yeong daripada Green Educator Work Group; Puan Kathy Ong, wakil The One Academy; Encik Ryan Lim, wakil Swisspac Resources Sdn. Bhd.; serta Encik Keong Chee Khoon, wakil Unitech QS Consultancy Sdn. Bhd.

Bacaan Selanjutnya :-
https://cetree.usm.my/index.php/media-2/berita/pagamo-e-sports-perkasa-pendidikan-kelestarian-dan-literasi-tenaga-generasi-muda-kali-ke-6-peringkat-negeri-pulau-pinang

Daripada:



=
=
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Kementerian Pendidikan Tinggi
Universiti Sains Malaysia
Malaysia Energy Literacy Program - MELP
Centre for Global Sustainability Studies
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
JPN Pulau Pinang
EpeHub Cgss Usm
Environmental Protection and Education Hub
Tzu Chi Foundation Malaysia
ζ…ˆζ΅ŽηŽ―δΏζ•™θ‚²η«™ Taman Sri Nibong Tzu Chi Environment Protection Education Centre
Sustainability USM

DARI DATA KE TINDAKAN: PELAJAR ANTARABANGSA PERKUKUH KELESTARIAN DAN MOBILITI HIJAU DI CETREE USMUSM, PULAU PINANG, 6 Og...
07/08/2026

DARI DATA KE TINDAKAN: PELAJAR ANTARABANGSA PERKUKUH KELESTARIAN DAN MOBILITI HIJAU DI CETREE USM

USM, PULAU PINANG, 6 Ogos 2026 – Komitmen Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, USM dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa terus diperkasakan menerusi penyertaan dalam Tilting Futures – Take Action Lab: Environment & Sustainability Apprenticeship Programme Kohort 3 yang berlangsung dari 6 Julai hingga 6 Ogos 2026. Program antarabangsa tersebut telah menghimpunkan seramai 36 orang pelajar dari pelbagai negara termasuk Peru, Mexico, Belanda, Rwanda, Slovakia, Uruguay serta beberapa negara lain bagi menjalani latihan berasaskan pengalaman dalam bidang alam sekitar, kelestarian dan pembangunan mampan. Bagi penempatan di CETREE, dua orang pelajar antarabangsa iaitu Gupta Ayesha dari India dan Mach Felix Mayen David dari Sudan Selatan telah dipilih untuk mengikuti latihan industri yang memfokuskan kepada pemantauan program, pelaporan, komunikasi kelestarian serta pembangunan inovasi digital bagi menyokong pelaksanaan program pendidikan alam sekitar.

Bacaan Selanjutnya :-
https://cetree.usm.my/index.php/media-2/berita/dari-data-ke-tindakan-pelajar-antarabangsa-perkukuh-kelestarian-dan-mobiliti-hijau-di-cetree-usm

Daripada:



=
=
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Kementerian Pendidikan Tinggi
Universiti Sains Malaysia
Centre for Global Sustainability Studies
Malaysia Energy Literacy Program - MELP
Sustainability USM
Tilting Futures

CETREE, CGSS, USM PERKASA BAKAT GLOBAL DALAM PENDIDIKAN TENAGA LESTARI MENERUSI PROGRAM TILTING FUTURESUSM, PULAU PINANG...
06/08/2026

CETREE, CGSS, USM PERKASA BAKAT GLOBAL DALAM PENDIDIKAN TENAGA LESTARI MENERUSI PROGRAM TILTING FUTURES

USM, PULAU PINANG, 21 Mei 2026 – Penempatan pelajar antarabangsa melalui Tilting Futures – Take Action Lab: Environment & Sustainability Apprenticeship Programme di Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, USM membuktikan bahawa kolaborasi rentas negara mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat global dalam bidang pendidikan STEM, tenaga lestari dan kelestarian alam sekitar.

Program yang berlangsung dari 16 Mac hingga 21 Mei 2026 itu telah menghimpunkan hampir 40 orang pelajar antarabangsa daripada pelbagai negara. Bagi penempatan di CETREE, dua orang peserta Kohort 2 iaitu Constance Thikhoi Molapo dari negara Lesotho dan Vorn Vannleaksmey dari negara Kemboja telah mengikuti latihan industri berasaskan pengalaman yang menggabungkan penyelidikan, inovasi, pembangunan modul pendidikan serta pelaksanaan program komuniti.

Bacaan Selanjutnya :-
https://cetree.usm.my/index.php/media-2/berita/cetree-usm-perkasa-bakat-global-dalam-pendidikan-tenaga-lestari-menerusi-program-tilting-futures

Daripada:



=
=
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Kementerian Pendidikan Tinggi
Universiti Sains Malaysia
Centre for Global Sustainability Studies
Malaysia Energy Literacy Program - MELP
Sustainability USM
Tilting Futures

PERKONGSIAN TEORI DAN PRAKTIKAL SISTEM PENILAIAN BERSEPADU BAGI PENJURIAN LAPORAN AKHIR PROGRAM SEKOLAH TUNAS HIJAU FASA...
05/08/2026

PERKONGSIAN TEORI DAN PRAKTIKAL SISTEM PENILAIAN BERSEPADU BAGI PENJURIAN LAPORAN AKHIR PROGRAM SEKOLAH TUNAS HIJAU FASA III – PERAK (SIRI 2) 2025/2027

TELUK BAHANG, PULAU PINANG, 3 Ogos 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM), Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, telah berjaya menganjurkan Perkongsian Teori dan Praktikal Sistem Penilaian Bersepadu bagi Penjurian Laporan Akhir Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III – Perak (Siri 2) 2025/2027. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam, bermula 30 Julai hingga 1 Ogos 2026 di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang itu menghimpunkan barisan panel pakar daripada institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan organisasi strategik bagi menyelaras kaedah penilaian, memperkukuh kefahaman terhadap instrumen penjurian serta memastikan proses penilaian dilaksanakan secara telus, sistematik dan berintegriti.

Bacaan Selanjutnya :-
https://cetree.usm.my/index.php/media-2/berita/perkongsian-teori-dan-praktikal-sistem-penilaian-bersepadu-bagi-penjurian-laporan-akhir-program-sekolah-tunas-hijau-fasa-iii-perak-siri-2-2025-2027

Daripada:
Sekretariat Organisasi Tunas Hijau Fasa 3 - Perak (Siri 2) 2025/2027.



=
=
Kementerian Kewangan
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Yayasan Hasanah
Yayasan Hijau Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Centre for Global Sustainability Studies
School Of Physics, USM.
Pusat Pengajian Teknologi Industri PPTI USM
EpeHub Cgss Usm
Environmental Protection and Education Hub
Kokurikulum Perak
Sustainability USM

TENAGA BOLEH BAHARU PERKUKUH LITERASI STEM, LAHIRKAN GENERASI PEMIMPIN MASA HADAPANIPOH, PERAK, 25 Julai 2026 – Usaha me...
04/08/2026

TENAGA BOLEH BAHARU PERKUKUH LITERASI STEM, LAHIRKAN GENERASI PEMIMPIN MASA HADAPAN

IPOH, PERAK, 25 Julai 2026 – Usaha memperkukuh literasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan tenaga boleh baharu terus diperkasakan menerusi penganjuran Program Tenaga Boleh Baharu dan STEM di Sekolah Kebangsaan Jelapang, Ipoh. Program yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi dan rakan industri ini menjadi platform pembelajaran interaktif bagi mendedahkan murid kepada aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan seharian, sekali gus menyemai minat terhadap bidang STEM sejak di bangku sekolah.

Sepanjang program berlangsung, murid-murid berpeluang menyertai pelbagai aktiviti berasaskan pembelajaran secara hands-on dan penyelesaian masalah, antaranya Kuiz STEM secara dalam talian, aktiviti Tangram, eksperimen tenaga solar, projek magnet serta sesi ceramah motivasi dan pendedahan kerjaya dalam bidang STEM. Pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep sains, malah menggalakkan pemikiran kritis, kreativiti dan inovasi dalam menyelesaikan cabaran dunia sebenar.

Bacaan Selanjutnya :-
https://cetree.usm.my/index.php/media-2/berita/tenaga-boleh-baharu-perkukuh-literasi-stem-lahirkan-generasi-pemimpin-masa-hadapan




=
=
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Kementerian Pendidikan Malaysia
Malaysia Energy Literacy Program - MELP
Universiti Sains Malaysia
Sustainability USM

BUDAYA HIJAU DAN INOVASI MURID PERKUKUH KEJAYAAN SMK RAJA MUDA MUSAHILIR PERAK, PERAK, 15 Julai 2026 – Komitmen berterus...
04/08/2026

BUDAYA HIJAU DAN INOVASI MURID PERKUKUH KEJAYAAN SMK RAJA MUDA MUSA

HILIR PERAK, PERAK, 15 Julai 2026 – Komitmen berterusan dalam membudayakan amalan hijau serta menggalakkan inovasi murid telah membolehkan SMK Raja Muda Musa muncul sebagai penerima Tempat Keempat Operasi Beta dalam Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III – Perak (Siri 2). Pengiktirafan tersebut membuktikan bahawa pendidikan kelestarian yang dilaksanakan secara menyeluruh mampu mencetuskan perubahan positif dalam budaya sekolah dan gaya hidup warga pendidik serta murid.

Majlis penghargaan dihadiri oleh Puan Nor Hana Mohamad Rosli, Senior Executive Yayasan Hijau Malaysia (YHM); Puan Shakirah Rashid, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Perak; Tuan Haji Md. Nor Ramli Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak, Sektor Pembangunan Murid; Encik Alias Mat, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Raja Muda Musa; serta wakil Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, USM yang diketuai oleh Encik Syafiq Saifullah Azmi, bersama Puan Suhairiza Suhaimi dan Cik Farah Amira Zainudin.

Bacaan Selanjutnya :-
https://cetree.usm.my/index.php/media-2/berita/komitmen-kelestarian-kukuhkan-kedudukan-smk-raja-muda-musa-dalam-operasi-beta

Daripada:
Sekretariat Organisasi Tunas Hijau Fasa 3 - Perak (Siri 2) 2025/2027.



=
=
Kementerian Kewangan
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Yayasan Hasanah
Yayasan Hijau Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Kokurikulum Perak
Sustainability USM

KOMITMEN KELESTARIAN DAN INOVASI MURID ANGKAT SABK MAAHAD ISLAHIAH ADDINIAH KE TEMPAT KETIGA OPERASI BETAMANJUNG, PERAK,...
04/08/2026

KOMITMEN KELESTARIAN DAN INOVASI MURID ANGKAT SABK MAAHAD ISLAHIAH ADDINIAH KE TEMPAT KETIGA OPERASI BETA

MANJUNG, PERAK, 14 Julai 2026 – Komitmen dalam memperkasa pendidikan kelestarian serta kreativiti murid dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi membolehkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Islahiah Addiniah dinobatkan sebagai penerima Tempat Ketiga Operasi Beta dalam Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III – Perak (Siri 2). Lebih membanggakan, majlis tersebut turut menyaksikan persembahan gimik inovasi penggunaan semula lebihan air wuduk, hasil cetusan idea murid sekolah, yang mengetengahkan pendekatan pengurusan sumber air secara lestari. Inovasi berkenaan memperlihatkan bagaimana lebihan air wuduk dapat dimanfaatkan semula bagi kegunaan yang bersesuaian, sekali gus menerapkan nilai kecekapan penggunaan sumber, pengurangan pembaziran dan pemeliharaan alam sekitar selaras dengan prinsip pembangunan mampan.

Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Musa Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Manjung, yang menzahirkan penghargaan kepada pihak sekolah atas komitmen tinggi dalam menjayakan Program Sekolah Tunas Hijau walaupun berstatus sekolah agama.

Bacaan Selanjutnya :-
https://cetree.usm.my/index.php/media-2/berita/komitmen-kelestarian-dan-inovasi-murid-angkat-sabk-maahad-islahiah-addiniah-ke-tempat-ketiga-operasi-beta

Daripada:
Sekretariat Organisasi Tunas Hijau Fasa 3 - Perak (Siri 2) 2025/2027.



=
=
Kementerian Kewangan
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Yayasan Hasanah
Yayasan Hijau Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Kokurikulum Perak
Sustainability USM

Address

Gelugor
Pinang
11800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CETREE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share