SMK Abdullah Munshi

SMK Abdullah Munshi Sekolah kami terletak di daerah timur laut bahagian pulau yang kaya dengan elemen tradisinya. Kami berbangga menjadi sebahagian darinya. A.

Ia dikelilingi pelbagai lokasi pelancongan dan tapak bersejarah negara. Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi menempa sejarah kewujudannya sejak 1 Januari 1964 lagi. Semasa itu sekolah ini diberikan dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Residensi yang bertempat di Sepoy Lines Road. Bilangan muridnya ialah 453 orang dan 18 orang guru mengendalikan sekolah itu. Pemangku Guru Besar seko

lah ialah Encik Zainal Bin Haji Zainal Abidin. Pada tahun 1965 bangunan yang ada sekarang ini mula dibina. Bangunan ini merangkumi kawasan seluas 5 ekar dan menelan belanja sebanyak 1 juta ringgit. Sekolah ini mengandungi 3 blok iaitu, blok A, B dan C dengan dilengkapi dengan makmal sains di blok A dan B dan perpustakaan di blok C. Selain itu, sekolah ini dilengkapi dengan sebuah dewan, kantin dan 2 bilik Sains Rumah Tangga serta 2 bilik Seni Perusahaan. Pada masa itu, bilangan murid adalah 962 orang. Pada 1 Januari 1966, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Abdullah Munshi sempena nama pengarang Melayu terkenal, Abdullah Munshi. Bilangan murid telah bertambah kepada 1,500 orang. Pengetua pada masa itu ialah Encik Salleh bin Hussain. Sekolah Abdullah Munshi pernah menempatkan 2,000 orang murid, iaitu pada 16 Januari 1967. Sekolah ini terbahagi kepada dua sesi iaitu, 33 buah kelas untuk sesi pagi dan 17 buah kelas untuk sesi petang. Seramai 80 orang guru mengendalikan tugas bakti mereka. Pada 3 April 1967, Sekolah Abdullah Munshi dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Ketika itu Menteri Pelajaran ialah Encik Mohd. Khir Johari dan Encik K*m Boo menjadi Pengarah Pendidikan Pulau Pinang. Untuk mengelakkan pertambahan bilangan murid sekolah ini, pada tahun 1970 murid-murid perempuan disalurkan ke Sekolah Menengah Perempuan Sri Mutiara, Jalan Air Itam. Semenjak itu juga 2 bilik Sains Rumahtangga dipinda menjadi 2 makmal Sains yang serba lengkap. Namun demikian, pelajar-pelajar perempuan masih dikekalkan di peringkat tingkatan 6 sahaja. Mereka ini datang dari sekolah-sekolah yang berhampiran. Mulai bulan Januari 1989, Sekolah Abdullah Munshi mulai mengambil semula pelajar-pelajar perempuan. Sebuah blok baru empat tingkat telah dibuka pada 1 Disember, 1993. Bangunan baru ini terdiri daripada 5 buah bilik darjah, sebuah surau, sebuah perpustakaan, sebuah kantin, bilik sumber, bilik komputer, bilik guru dan 4 buah tandas. Dengan pembukaan blok baru ini Sekolah Abdullah Munshi akan mengadakan persekolahan untuk sesi pagi sahaja mulai 1 Disember 1993. Sekolah Abdullah Munshi telah maju ke hadapan lagi apabila mendapat anugerah Sekolah Harapan Negara pada tahun tahun 1997. Kemudiannya, Sekolah Abdullah Munshi maju setapak lagi apabila dipilih sebagai Sekolah Bestari pada tahun 1999. Pada bulan Jun 2009, dijangka dua buah blok baru akan dibuka untuk kegunaan kelas , Pusat Sumber dan kegunaan bilik-bilik lain. Pada tahun 2009, SMK Abdullah Munshi mempunyai 6 buah blok 4 tingkat, sebuah bangunan makmal Sains, sebuah bangunan makmal Kemahiran Hidup, sebuah bangunan surau dan sebuah padang. Pengetua sekarang ialah Puan Hajah Zaimah bt. Latiff yang mula bertugas mulai bulan Disember 2008.

Bengkel PT 3 negeri Pulau Pinang
14/09/2019

Bengkel PT 3 negeri Pulau Pinang

28/05/2014

Selamat bercuti kepada semua pelajar dan guru-guru sekalian si SMK Abdullah Munshi

16/05/2013

Selamat Hari Guru

06/12/2012

Tamat SUDAH Spiyemmmm!!!!! (^_^)

04/11/2012

Best of luck to all SPM-ers and STPM-ers! Do your very best and make us proud. insyaAllah :)

08/10/2012

We would like to wish all the PMR students best of luck in your PMR. Make us proud. Make Munshi proud! :)

22/08/2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua...pelajar SMKAM

16/06/2012

Temenggung menang...yeahh2

16/05/2012

A good teacher is like a candle. It consumes itself to light the way for others. Happy Teacher's Day. :)

Address

ALUMNI SMK Abdullah Munshi, Jalan P. Ramlee
Pinang
10460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Abdullah Munshi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Abdullah Munshi:

Shortcuts

Share

Category