Jabatan Pendidikan Sriti Negeri Pulau Pinang

Jabatan Pendidikan Sriti Negeri Pulau Pinang Memaparkan segala aktiviti dan gerak kerja Sriti-sriti Negeri Pulau Pinang

15 Guru Pengiring yang telah diamanahkan bersama 50 murid Kontinjen SRITI Pulau Pinang sepanjang KESUGA Kebangsaan berla...
11/08/2026

15 Guru Pengiring yang telah diamanahkan bersama 50 murid Kontinjen SRITI Pulau Pinang sepanjang KESUGA Kebangsaan berlangsung.

Terima kasih atas komitmen dan tanggungjawab yang telah diberikan.โ˜บ๏ธ

Team Bola Jaring SRITI Pulau Pinang.Tahniah ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป
11/08/2026

Team Bola Jaring SRITI Pulau Pinang.
Tahniah ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Team Balapan SRITI Pulau Pinang..Tahniah ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป
10/08/2026

Team Balapan SRITI Pulau Pinang..
Tahniah ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Pasukan Bola Sepak SRITI Pulau Pinang... Tahniah๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป
10/08/2026

Pasukan Bola Sepak SRITI Pulau Pinang...
Tahniah๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Team Memanah SRITI Pulau Pinang๐Ÿ‘๐Ÿป Tahniah........
10/08/2026

Team Memanah SRITI Pulau Pinang๐Ÿ‘๐Ÿป
Tahniah........

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada seluruh Pasukan Bola Sepak SRITI Pulau Pinang atas semangat juang serta komitme...
08/08/2026

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada seluruh Pasukan Bola Sepak SRITI Pulau Pinang atas semangat juang serta komitmen yang sangat membanggakan sepanjang kejohanan.

Walaupun tewas menerusi penentuan sepakan penalti, kalian telah berjuang sehingga ke saat terakhir. Terima kasih kepada semua pemain, barisan jurulatih, pengurusan, ibubapa serta seluruh penyokong yang sentiasa memberikan sokongan dan doa.

Kalah menang adat pertandingan. Yang paling utama, kalian telah memberikan yang terbaik dan membawa nama SRITI Pulau Pinang dengan penuh semangat dan maruah.

Insya-Allah, pengalaman ini menjadi bekalan untuk kita kembali lebih kuat, lebih matang dan lebih bersedia pada masa akan datang. ๐Ÿ’ชโšฝ๏ธ

Tahniah anak-anak SRITI Pulau Pinang. Kami bangga dengan kalian! ๐Ÿ’š๐Ÿ’›

Mohd Kamil bin Mohamad Redzuan
Pengurus Bola Sepak
Kontinjen SRITI Pulau Pinang

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN KESUGA SRITI MALAYSIA 2026Sekitar suasana Majlis Perasmian Kejohanan Sukan & Olahraga (KESUGA) ...
07/08/2026

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN KESUGA SRITI MALAYSIA 2026

Sekitar suasana Majlis Perasmian Kejohanan Sukan & Olahraga (KESUGA) SRITI Malaysia malam tadi.

Semoga seluruh atlet Kontinjen SRITI Pulau Pinang diberikan kekuatan, kesihatan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan.

Berjuanglah dengan penuh semangat, jaga disiplin dan ukir kenangan terbaik!

6 OGOS 2026 |PELEPASAN KONTINJEN SRITI PULAU PINANGAlhamdulillah, Kontinjen SRITI Pulau Pinang telah selamat dilepaskan ...
07/08/2026

6 OGOS 2026 |PELEPASAN KONTINJEN SRITI PULAU PINANG

Alhamdulillah, Kontinjen SRITI Pulau Pinang telah selamat dilepaskan bagi menyertai Kejohanan Sukan dan Olahraga SRITI Malaysia (KESUGA) yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gambang, Pahang Darul Makmur.

Semoga seluruh atlet, guru pengiring dan barisan pengurusan kontinjen dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik serta mampu memberikan persembahan terbaik sepanjang kejohanan.

Selamat berjuang buat Kontinjen SRITI Pulau Pinang!

โ€œMenggapai Juara, Membina Ummahโ€



Tahniah 3 SRITI Pulau Pinang di Festival Kesenian Islam SRAR Pulau PinangAlhamdulillah, Timbalan Pengarah 1 Jabatan SRIT...
05/08/2026

Tahniah 3 SRITI Pulau Pinang di Festival Kesenian Islam SRAR Pulau Pinang

Alhamdulillah, Timbalan Pengarah 1 Jabatan SRITI Negeri Pulau Pinang telah berkesempatan hadir memberikan sokongan kepada para peserta dan guru dalam Festival Kesenian Islam SRAR Pulau Pinang yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor, SRITI Fathul โ€™Arifin Kepala Batas dan SRITI Al-Qawwam Nibong Tebal atas penyertaan serta pencapaian yang membanggakan sepanjang festival ini. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan penghayatan kesenian Islam.

Penghargaan turut dirakamkan kepada seluruh barisan guru, ibu bapa serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus membimbing dan menyokong para peserta sehingga berjaya mengharumkan nama SRITI Pulau Pinang.

Semoga usaha yang murni ini terus diberkati Allah SWT, dan menjadi inspirasi untuk melahirkan generasi rabbani yang berilmu, berakhlak serta mampu memartabatkan syiar Islam di masa hadapan.

Tahniah sekali lagi kepada ketiga-tiga SRITI. Teruskan melakar kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara.

๐Ÿ† KESUGA SRITI NEGERI PULAU PINANG 2026 ๐Ÿ†โ€œBersaing Dengan Semangat, Bertanding Dengan Ukhuwah.โ€ ๐Ÿ’šAlhamdulillah, Kejohana...
22/07/2026

๐Ÿ† KESUGA SRITI NEGERI PULAU PINANG 2026 ๐Ÿ†

โ€œBersaing Dengan Semangat, Bertanding Dengan Ukhuwah.โ€ ๐Ÿ’š

Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Guru-Guru (KESUGA) SRITI Negeri Pulau Pinang berjaya menghimpunkan warga pendidik SRITI dalam suasana penuh semangat kesukanan dan ukhuwah.

KESUGA bukan sekadar medan mencari juara, tetapi menjadi platform mengeratkan silaturahim, membina kesihatan fizikal, menyemai semangat berpasukan serta memperkukuh hubungan antara guru-guru SRITI seluruh Pulau Pinang.

Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen, semangat juang dan disiplin yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana, pengadil, sukarelawan serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga semangat yang dipamerkan di gelanggang diterjemahkan juga dalam mendidik anak-anak SRITI menjadi generasi rabbani yang cemerlang dunia dan akhirat.

โ€œGuru Sihat, Pendidikan Hebat, Generasi Berkat.โ€








Address

Pinang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Sriti Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share