Impact Social Business

Impact Social Business We are a social enterprise dedicated to addressing key issues like poverty alleviation, food security, and sustainable development.

Our revenue-generating activities support programs that create lasting social impact.

16/07/2022
𝙍𝙖𝙒𝙖𝙙𝙖𝙣 𝘽π™ͺ𝙠𝙖𝙣 π™‹π™šπ™£π™œπ™π™–π™‘π™–π™£π™œKelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar pada hari ini, 9 April 2022 dilaksanakan seperti biasa wal...
09/04/2022

𝙍𝙖𝙒𝙖𝙙𝙖𝙣 𝘽π™ͺ𝙠𝙖𝙣 π™‹π™šπ™£π™œπ™π™–π™‘π™–π™£π™œ

Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar pada hari ini, 9 April 2022 dilaksanakan seperti biasa walaupun kita berada dalam bulan Ramadhan.

Kecekalan dan kesungguhan menimba ilmu oleh pelajar-pelajar ini untuk hadir ke kelas amatlah dipuji dan perlu kita contohi.

Tidak lupa juga kepada para pendidik. Syabas!
...................................................................

Kelas bimbingan Pulau Pinang Mengajar adalah sebuah inisiatif pendidikan percuma kepada pelajar yang berasal dari keluarga dhuafa. Kelas ini digerakkan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dan ditaja oleh Zakat Pulau Pinang.

Terima kasih kepada pembayar zakat. Berzakatlah di https://zakatpenang2u.com

PROGRAM PULAU PINANG MENGAJARSabtu, 2 April 2022 - Kelas pada minggu ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran pelajar...
02/04/2022

PROGRAM PULAU PINANG MENGAJAR

Sabtu, 2 April 2022 - Kelas pada minggu ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran pelajar seramai 42 orang pelajar di 3 buah lokasi iaitu PPR Jalan Sungai, Padang Cempedak dan Nibong Tebal.

Kelas akan berjalan seperti biasa pada bulan Ramadan ini secara fizikal di setiap lokasi dengan bantuan fasilitator.

PROGRAM PULAU PINANG MENGAJARSabtu,12 Februari 2022 - Kelas pada minggu ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran pela...
12/02/2022

PROGRAM PULAU PINANG MENGAJAR

Sabtu,12 Februari 2022 - Kelas pada minggu ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran pelajar seramai 46 orang pelajar di 3 buah lokasi iaitu PPR Jalan Sungai, Padang Cempedak dan Nibong Tebal. Usaha ini dibantu oleh 7 orang fasilitator dari pelbagai latar belakang pendidikan.

"Akar pendidikan itu pahit, tapi buahnya manis." - Aristoteles

Sabtu, 29 Januari 2022 - Kelas Pulau Pinang Mengajar di 3 buah lokasi iaitu PPR Jalan Sungai, Padang Cempedak dan Nibong...
29/01/2022

Sabtu, 29 Januari 2022 - Kelas Pulau Pinang Mengajar di 3 buah lokasi iaitu PPR Jalan Sungai, Padang Cempedak dan Nibong Tebal telah berjalan dengan lancar mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Kelas ini telah mula dibuka secara fizikal pada 22 Januari 2022 yang lalu.

Seramai 45 orang pelajar mengikuti kelas pada hari ini bersama 6 orang Sukarelawan

Ujian Penilaian Akhir Pulau Pinang Mengajar Sabtu, 11 Disember 2021 - Alhamdulillah selesai ujian penilaian akhir di kes...
11/12/2021

Ujian Penilaian Akhir Pulau Pinang Mengajar

Sabtu, 11 Disember 2021 - Alhamdulillah selesai ujian penilaian akhir di kesemua lokasi Pulau Pinang Mengajar iaitu, PPR Jalan Sungai (secara fizikal), Taman Guar Perahu, Padang Cempedak dan Simpang Tiga, Nibong Tebal yang melibatkan hampir 106 orang pelajar.

Ujian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap prestasi pelajar Pulau Pinang Mengajar (PPM) sepanjang tahun 2021.

Bittaufiq wan najah.

Terus MendidikSabtu, 4 Disember 2021- Alhamdulillah, kelas Pulau Pinang Mengajar di Jalan Sungai, Jelutong  berjalan den...
04/12/2021

Terus Mendidik

Sabtu, 4 Disember 2021- Alhamdulillah, kelas Pulau Pinang Mengajar di Jalan Sungai, Jelutong berjalan dengan lancar mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Kelas ini telah mula dibuka secara fizikal pada 13 November 2021 yang lalu.

Seramai 15 pelajar mengikuti kelas pada hari ini bersama 3 sukarelawan.

Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak bangsa kita terdidik dengan baik demi mencapai kecemerlangan generasi akan datang.

Kelas Online Pulau Pinang MengajarSabtu, 4 Disember 2021- Lokasi Kelas Pulau Pinang Mengajar di Taman Guar Perahu, Padan...
04/12/2021

Kelas Online Pulau Pinang Mengajar

Sabtu, 4 Disember 2021-
Lokasi Kelas Pulau Pinang Mengajar di Taman Guar Perahu, Padang Cempedak dan Nibong Tebal masih meneruskan kelas secara PdpR dengan kehadiran seramai 61 orang pelajar dan 6 sukarelawan.

Tidak hanya menumpukan pada tahap penguasaan kemahiran 3M, para pelajar juga diberikan aktiviti selingan iaitu permainan secara dalam talian seperti mencari benda yang tersembunyi dan teka silang kata bagi memastikan mereka kekal fokus selain dapat meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa dan kosa kata.

Semoga para pelajar ini dapat terus mengekalkan momentum yang sedia ada untuk mencapai kecemerlangan.

Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar Sabtu, 20 November 2021 - Kelas bimbingan Pulau Pinang Mengajar di PPR Jalan Sunga...
20/11/2021

Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar

Sabtu, 20 November 2021 - Kelas bimbingan Pulau Pinang Mengajar di PPR Jalan Sungai berjalan seperti biasa secara bersemuka dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan . Kelas pada hari ini melibatkan 3 orang sukarelawan serta kehadiran pelajar seramai 11 orang.

Manakala, bagi lokasi Guar Perahu, Padang Cempedak dan Nibong Tebal, kelas bimbingan Pulau Pinang Mengajar ditangguhkan kerana para pelajar terlibat dengan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK).

Mari kita doakan semoga para pelajar ini memperoleh keputusan yang cemerlang.

Selamat maju jaya ! 😁

"Bukan ilmu yang harus mendatangimu, tapi kamu yang seharusnya mendatangi ilmu " - Imam Malik."Sabtu, 13 November 2021- ...
13/11/2021

"Bukan ilmu yang harus mendatangimu, tapi kamu yang seharusnya mendatangi ilmu " - Imam Malik."

Sabtu, 13 November 2021- Kelas Pulau Pinang Mengajar (PPM) di Taman Guar Perahu masih meneruskan kelas secara PdpR dengan kehadiran pelajar seramai 20 orang pelajar. Kelas ini turut melibatkan 2 orang sukarelawan.

Semoga wabak ini cepat berakhir dan anak-anak ini dapat hadir ke kelas fizikal seperti sediakala.

Tahniah anak-anak kerana anda berjaya hadir ke kelas ! 😁

"Bukan ilmu yang harus mendatangimu, tapi kamu yang seharusnya mendatangi ilmu " - Imam Malik."Sabtu, 13 November 2021- ...
13/11/2021

"Bukan ilmu yang harus mendatangimu, tapi kamu yang seharusnya mendatangi ilmu " - Imam Malik."

Sabtu, 13 November 2021- Kelas Pulau Pinang Mengajar (PPM) di Simpang Tiga, Nibong Tebal masih meneruskan kelas secara PdpR dengan kehadiran pelajar seramai 18orang. Kelas ini turut melibatkan 4 orang sukarelawan.

Semoga wabak ini cepat berakhir dan anak-anak ini dapat hadir ke kelas fizikal seperti sediakala.

Tahniah anak-anak kerana anda berjaya hadir ke kelas ! 😁

Address

Pinang George Town
10200

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+6042265821

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Impact Social Business posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Impact Social Business:

Shortcuts

Share

Category