08/05/2026
SELAMAT HARI ULANGTAHUN, EN. ZAIRI 🎉
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang luas dan berkat, serta dipermudahkan segala urusan. Semoga dengan pertambahan usia, En. Zairi semakin sukses serta terus menjadi inspirasi buat kami semua
07/05/2026
Meanwhile behind the scenes at Convo MK30…
“Who’s covering stage left?”
“Battery dah charge?”
“Memory card cukup tak ni?” 👀📸
2 days to go.
05/05/2026
Your voice is more powerful than you think.
Every post you share shapes how people see your organisation, not through polished campaigns, but through real stories, real experiences, and genuine pride.
At CDM, we believe in content with purpose.
Not just to be seen, but to inspire, connect, and make an impact.
Be the voice that:
✨ shares real moments
✨ highlights what your organisation stands for
✨ builds trust through authenticity
Because today, strong brands are not built by organisations alone, they are shaped by their people.
Start small. Stay authentic. Share with purpose.
Create. Connect. Influence.
-----
Suara anda lebih berpengaruh daripada yang anda sangka.
Setiap perkongsian anda mampu membentuk persepsi terhadap organisasi bukan melalui kempen yang sempurna, tetapi melalui cerita sebenar dan pengalaman yang tulus.
Kami percaya pada kandungan yang bermakna. Bukan sekadar untuk dilihat, tetapi untuk memberi inspirasi dan impak.
Kongsi dengan tujuan. Jadi suara organisasi anda.
03/05/2026
The best teams don’t just work together.
They look out for each other.
In the small wins.
In the quiet struggles.
In the moments no one else sees.
That’s what support really looks like.
30/04/2026
Ada kerja yang orang nampak.
Ada usaha yang berlaku diam-diam di belakang tabir.
Ada yang kejar deadline,
ada yang jaga kualiti,
ada yang pastikan semuanya berjalan lancar walaupun tak disebut nama.
Tapi semua itu… tetap bermakna.
Hari ini, kita raikan setiap usaha besar atau kecil, jelas atau tersembunyi.
Kerana setiap satu daripadanya menyumbang kepada sesuatu yang lebih besar daripada diri kita sendiri.
Selamat Hari Pekerja kepada semua warga CDM dan rakan-rakan sekerja di jabatan yang lain dan juga di luar sana yang terus memberi komitmen, tenaga dan hati dalam apa jua yang dilakukan.
Tidak semua perkara itu perlu lantang untuk memberi kesan.
Tapi semuanya tetap memberi makna.
Terima kasih.
22/04/2026
22 APRIL 2026
Terlajak Raya 2.0: Lebih Dari Sekadar Raya
Majlis Raya Level 2 kali ini memang meriah 🎉 Anjuran bersama Group Digital Services, Emtech dan Centre for Digital Media, kami bukan sahaja berkumpul untuk meraikan Syawal, tetapi juga mengeratkan silaturahim sesama warga kerja.
Menu istimewa kali ini, kambing bakar dan sup kambing, memang jadi tarikan utama. Memang sedap sampai ramai tambah 😄
Selain menjamu selera, kami juga sempat merakam kenangan bersama rakan sepejabat. Lebih menggembirakan, tetamu dari level lain turut turun memeriahkan suasana.
Terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi yang sudi hadir dan bersama-sama menjadikan majlis ini lebih bermakna 💚
Semoga kebersamaan ini berterusan, bukan hanya di musim raya tetapi dalam setiap langkah kita bersama.