IDE Research Centre

IDE Research Centre IDE adalah hub penyelidikan untuk Rakyat Selangor dan Malaysia amnya. Institut Darul Ehsan dibangunkan dengan misi pencerahan dan pencerdasan untuk rakyat

Yayasan IDE MADANI atau dahulu dikenali Institut Darul Ehsan (IDE) Ialah HAB Penyelidikan Utama Di Malaysia di bawah IDE Research Centre dan Memiliki Sijil HRDC Yang Sah Untuk Latihan dan Khidmat Nasihat Profesional di Bawah IDE Training Consultancy

Akar pemikiran Melayu dapat ditelusuri dalam khazanah kesusasteraan tradisionalnya. Untuk itu, Sejarah Melayu atau Sulāl...
31/08/2026

Akar pemikiran Melayu dapat ditelusuri dalam khazanah kesusasteraan tradisionalnya. Untuk itu, Sejarah Melayu atau Sulālat al-Salāṭīn sebagai karya sastera sejarah klasik Melayu mungkin dapat dirujuk. Sebagaimana yang dinyatakan sendiri oleh Tun Seri Lanang bahawa Sejarah Melayu memuatkan bahan-bahan yang berupa “akhbār” dan “amthāl”. Maksudnya ada yang bersifat sejarah dan ada p**a yang bersifat perumpamaan, tamsil dan ibarat; iaitu kisah-kisah simbolik dengan maksud dan mesej tersirat. - Tulisan Almarhum Prof. Dato' Dr. Siddiq Fadzil

Buku Memperingati Kemerdekaan, Mensyukuri Nikmat, Menginsafi Amanat"
Terbitan IDE, 2015

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69Sejak laungan keramat “Merdeka!” bergema pada 31 Ogos 1957, kemerdekaan menjadi a...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69

Sejak laungan keramat “Merdeka!” bergema pada 31 Ogos 1957, kemerdekaan menjadi amanah untuk kita terus membina negara yang berdaulat, bersatu dan bermaruah.

Membawa tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang diundang hadir bersama keluarga dan insan tersayang bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta meraikan keharmonian negara.

Ayuh kita terus berganding bahu membina Malaysia yang maju, adil dan sejahtera.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Seluruh warga Yayasan IDE MADANI merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Si...
24/08/2026

Seluruh warga Yayasan IDE MADANI merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, atas pengurniaan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasa pendidikan dan membina generasi berilmu, berakhlak serta berdaya saing.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”

Sirah pembentukan Madinah oleh Rasulullah SAW membuktikan bahawa sesebuah negara yang kukuh perlu dibina atas asas keadi...
24/08/2026

Sirah pembentukan Madinah oleh Rasulullah SAW membuktikan bahawa sesebuah negara yang kukuh perlu dibina atas asas keadilan, ihsan, perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Penyatuan masyarakat, pembelaan golongan lemah serta jaminan makanan dan keamanan merupakan prinsip penting yang terus relevan dalam membina Malaysia yang aman, adil dan berintegriti.

Semoga kepimpinan Rasulullah SAW sentiasa menjadi teladan dalam membentuk masyarakat MADANI yang sejahtera dan diberkati.

MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.

Address

46F-2, Mentari Business Park (Bangunan YAPIEM)
Petaling Jaya
46150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+603-5524 5444

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IDE Research Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share