Yayasan Turath Islami

Yayasan Turath Islami Teras Turath

Alhamdulillah, pengajian Muamalat hari ini telah berlangsung bersama Maulana Abdul Manan Lubis bin Kasri di Pusat Pengem...
19/07/2026

Alhamdulillah, pengajian Muamalat hari ini telah berlangsung bersama Maulana Abdul Manan Lubis bin Kasri di Pusat Pengembangan Turath Nusantara (PETUNAS), Petaling Jaya.

Dalam sesi kali ini, Maulana membahaskan beberapa topik penting seperti wakaf, hibah dan wasiat, disertai pelbagai contoh aplikasi semasa yang memudahkan para peserta memahami pelaksanaannya dalam kehidupan kontemporari.

InsyaAllah, siri pengajian Muamalat ini akan melabuhkan tirainya pada Ahad, 23 Ogos 2026. Pada sesi penutup tersebut, para peserta turut akan menerima ijazah kitab al-Awaโ€™il al-Fiqhiyyah; himpunan sanad-sanad kitab penting dalam tradisi keilmuan mazhab Imam al-Syafiโ€™i yang dihimpun dan disusun sendiri oleh Maulana Abdul Manan Lubis bin Kasri.

Nantikan hebahan rasmi.


19/07/2026

kelas muamalat

19/07/2026

๐Ÿ”ด SEDANG BERLANGSUNG | PENGAJIAN TURATH: FIQH MUAMALAT

Bab Waqaf
Ahad, 19 Julai 2026
Pusat Pengembangan Turath Nusantara (PETUNAS), Petaling Jaya

Sertai siaran langsung pengajian Matan Abฤซ Syujaโ€˜ (Kitab al-Buyลซโ€˜) bersama Maulana Abdul Manan Lubis dalam menelusuri khazanah fiqh muamalat mazhab Syafiโ€˜i secara tersusun dan praktikal.

๐Ÿ“š Memahami hukum transaksi agar urusan harta lebih terarah menurut syariat.

Imam al-Qasแนญallฤnฤซ menjelaskan bahawa antara tuntutan kesempurnaan iman kepada Rasulullah SAW ialah mempercayai bahawa A...
17/07/2026

Imam al-Qasแนญallฤnฤซ menjelaskan bahawa antara tuntutan kesempurnaan iman kepada Rasulullah SAW ialah mempercayai bahawa Allah SWT mengurniakan kepada Baginda kesempurnaan penciptaan fizikal yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana manusia, sama ada sebelum atau selepas Baginda.

Keistimewaan ini merupakan sebahagian daripada kemuliaan (khaแนฃฤสพiแนฃ) yang Allah SWT anugerahkan kepada Rasulullah SAW sebagai penghulu sekalian nabi dan rasul. Ia tidak bermaksud menafikan bahawa para nabi lain juga memiliki ketampanan dan kemuliaan, tetapi menegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling sempurna dan paling indah ciptaannya.


๐Ÿ“š Sambungan Pengajian Turath: Fiqh MuamalatRamai tahu cara mencari keuntungan. Tidak semua tahu hukum mencarinya.Dalami ...
13/07/2026

๐Ÿ“š Sambungan Pengajian Turath: Fiqh Muamalat

Ramai tahu cara mencari keuntungan. Tidak semua tahu hukum mencarinya.

Dalami fiqh jual beli daripada kitab turath dan fahami prinsip muamalat yang menjadi panduan sepanjang zaman.

๐Ÿ“– Matan Abฤซ Syujaโ€˜ (Kitab al-Buyลซโ€˜)

๐Ÿ—“ Ahad | 19 Julai 2026
๐Ÿ“ PETUNAS, Petaling Jaya

Doa Memohon Perlindungan daripada NerakaDaripada Muslim bin al-Harith al-Tamimi, bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan k...
10/07/2026

Doa Memohon Perlindungan daripada Neraka

Daripada Muslim bin al-Harith al-Tamimi, bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan kepadanya secara khusus:

โ€œApabila engkau selesai menunaikan solat Maghrib, maka ucapkanlah sebanyak tujuh kali:

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฃูŽุฌูุฑู’ู†ููŠ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

Allahumma ajirni min al-nar.

Maksudnya: โ€œYa Allah, lindungilah aku daripada api neraka.โ€

Baginda SAW bersabda:

โ€œSesungguhnya jika engkau mengucapkannya, kemudian engkau meninggal dunia pada malam itu, nescaya akan ditetapkan bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila engkau selesai menunaikan solat Subuh, ucapkanlah juga doa tersebut sebanyak tujuh kali. Sekiranya engkau meninggal dunia pada hari itu, nescaya akan ditetapkan bagimu perlindungan daripada api neraka.โ€
โ€” Riwayat Abu Dawud

Janji yang disebut dalam hadis ini menunjukkan keluasan rahmat Allah kepada hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya dan bersungguh-sungguh memohon keselamatan di akhirat.

Namun, doa ini tidak sekadar dilafazkan dengan lisan, bahkan sewajarnya disertai dengan usaha menjauhi segala bentuk maksiat, memperbanyakkan amal soleh dan sentiasa bertaubat, agar seseorang benar-benar tergolong dalam kalangan hamba yang layak memperoleh perlindungan Allah daripada api neraka.

Apabila ulama dikenang, hakikatnya yang sedang dihidupkan ialah tradisi ilmu, adab dan hikmah.Mengenang ulama bukan seka...
10/07/2026

Apabila ulama dikenang, hakikatnya yang sedang dihidupkan ialah tradisi ilmu, adab dan hikmah.

Mengenang ulama bukan sekadar mengimbau sejarah atau memuji ketokohan mereka. Hakikatnya, ia adalah usaha menghidupkan kembali warisan ilmu yang mereka tinggalkan, adab yang mereka teladankan dan hikmah yang mereka sebarkan kepada umat.

Selagi karya mereka dibaca, majlis ilmu terus dihidupkan, dan akhlak mereka dijadikan pedoman, selagi itulah para ulama terus hidup melalui warisan ilmunya.


Tiga Perkara yang Didambakan oleh Muhammad bin Wasiโ€˜ ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุจู’ู†ู ูˆูŽุงุณูุนู: ู…ูŽุง ุฃูŽุดู’ุชูŽู‡ููŠ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’...
08/07/2026

Tiga Perkara yang Didambakan oleh Muhammad bin Wasiโ€˜ ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡

ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุจู’ู†ู ูˆูŽุงุณูุนู: ู…ูŽุง ุฃูŽุดู’ุชูŽู‡ููŠ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ุฅูู„ู‘ูŽุง ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉู‹: ุฃูŽุฎู‹ุง ุฅูู†ู’ ุชูŽุนูŽูˆู‘ูŽุฌู’ุชู ู‚ูŽูˆู‘ูŽู…ูŽู†ููŠุŒ ูˆูŽู‚ููˆุชู‹ุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฑู‘ูุฒู’ู‚ู ุนูŽูู’ูˆู‹ุง ู…ูู†ู’ ุบูŽูŠู’ุฑู ุชูŽุจูุนูŽุฉูุŒ ูˆูŽุตูŽู„ูŽุงุฉู‹ ูููŠ ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ูŠูุฑู’ููŽุนู ุนูŽู†ู‘ููŠ ุณูŽู‡ู’ูˆูู‡ูŽุง ูˆูŽูŠููƒู’ุชูŽุจู ู„ููŠ ููŽุถู’ู„ูู‡ูŽุง.

Maksudnya:

"Aku tidak menginginkan daripada dunia ini melainkan tiga perkara:

Seorang sahabat yang apabila aku menyimpang, dia membetulkan diriku.

Rezeki yang mencukupi, diperoleh dengan mudah tanpa membawa beban atau tanggungan yang haram.

Solat berjemaah, yang dengannya kekuranganku ditampung, sementara aku tetap memperoleh ganjaran dan kelebihannya."

Renungan

Keindahan hidup bukanlah pada banyaknya harta, kedudukan atau kemasyhuran. Bahkan, seorang salaf yang soleh merumuskan bahawa kebahagiaan dunia memadai dengan tiga nikmat:

โ€ข Sahabat yang jujur menegur ketika kita tersilap.โ€ข Rezeki yang halal, mencukupi dan tidak membebankan.โ€ข Istiqamah menghadiri solat berjemaah sehingga Allah SWT menutupi kekurangan ibadah kita dengan limpahan rahmat-Nya.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita sahabat yang membawa kepada kebaikan, rezeki yang diberkati serta keistiqamahan memakmurkan rumah-rumah-Nya.

Rujukan: Ittiแธฅฤf al-Sฤdah al-Muttaqฤซn bi Sharแธฅ Iแธฅyฤสพ สฟUlลซm al-Dฤซn, Murtada al-Zabidi, jil. 3, hlm. 14.

๐ŸŒฟ Niat Menuntut dan Menyampaikan Ilmu ๐ŸŒฟ(Imam Abdullah al-Haddad ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡)ุงู„ู†ู‘ููŠู‘ูŽุงุชู ูููŠ ุงู„ุชู‘ูŽุนูŽู„ู‘ูู…ู ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽุนู’ู„ููŠู…ู1. ...
07/07/2026

๐ŸŒฟ Niat Menuntut dan Menyampaikan Ilmu ๐ŸŒฟ
(Imam Abdullah al-Haddad ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡)

ุงู„ู†ู‘ููŠู‘ูŽุงุชู ูููŠ ุงู„ุชู‘ูŽุนูŽู„ู‘ูู…ู ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽุนู’ู„ููŠู…ู

1. ู†ูŽูˆูŽูŠู’ุชู ุงู„ุชู‘ูŽุนูŽู„ู‘ูู…ูŽ ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽุนู’ู„ููŠู…ูŽ
Aku berniat untuk belajar dan mengajar.
2. ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽุฐูŽูƒู‘ูุฑูŽ ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽุฐู’ูƒููŠุฑูŽ
Serta mengingati dan saling memberi peringatan.
3. ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽูู’ุนูŽ ูˆูŽุงู„ูุงู†ู’ุชูููŽุงุนูŽ
Serta memberi manfaat dan mengambil manfaat.
4. ูˆูŽุงู„ู’ุฅูููŽุงุฏูŽุฉูŽ ูˆูŽุงู„ูุงุณู’ุชูููŽุงุฏูŽุฉูŽ
Serta menyampaikan ilmu dan memperoleh ilmu.
5. ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุซู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุชู‘ูŽู…ูŽุณู‘ููƒู ุจููƒูุชูŽุงุจู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุณูู†ู‘ูŽุฉู ุฑูŽุณููˆู„ูู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ
Serta menggalakkan manusia berpegang teguh kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah ๏ทบ.
6. ูˆูŽุงู„ุฏู‘ูุนูŽุงุกูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู‡ูุฏูŽู‰
Serta mengajak manusia kepada petunjuk Allah.
7. ูˆูŽุงู„ุฏู‘ูŽู„ูŽุงู„ูŽุฉูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑู
Serta menunjukkan jalan kepada segala kebaikan.
8. ุงุจู’ุชูุบูŽุงุกูŽ ูˆูŽุฌู’ู‡ู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽู…ูŽุฑู’ุถูŽุงุชูู‡ู ูˆูŽู‚ูุฑู’ุจูู‡ู ูˆูŽุซูŽูˆูŽุงุจูู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰
Semata-mata mengharapkan wajah Allah, keredaan-Nya, kedekatan dengan-Nya serta ganjaran pahala daripada-Nya Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.

โ€œSesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat.โ€
โ€” Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim

Sumber: Al-Habib Muhammad bin Alawi al-โ€˜Aydarus, Kitab al-Niyyat.

Address

Pusat Pengembangan Turath Nusantara (PETUNAS), Lot 252, Jalan Othman, PJS 3
Petaling Jaya
46000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Turath Islami posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share