Dakhalifah Training Centre

Dakhalifah Training Centre

Share

Menyediakan ruang latihan, seminar, bengkel, kursus dan sebagainya dengan kelengkapan yang terkini. Restoran mamak, melayu serta makanan Thailand.

Dakhalifah Training Centre merupakan pusat penyebaran ilmu terkini di sekitar Damansara Perdana Petaling Jaya Selangor. Kami menyediakan ruang untuk penggiat-penggiat ilmu seperti IM (internet marketer), ustaz-ustaz, trainer, guru-guru dan sesiapa sahaja yang ingin berkongsi ilmunya disini. Lokasi training centre kami terletak diantara lokasi yang amat strategik sekali. Ianya berhampiran dengan pu

Photos 24/07/2014

INSYAALLAH...

Better

Photos 10/07/2014

Alhamdullillah for everything ...buang jauh ujub dan riak ...salam jumaat didoakan semoga semua diberi rahmat Allah dan dijauhkan dari bersangka buruk. Jemput ke majlis ilmu esok di Damansara Perdana 9-1130am moga dng ilmu kita tahu dimana kita sekarang. Jangan pergi dengan tangan kosong. InsyaAllah

Photos 07/07/2014

Jemput Datang ke Majlis Ilmu - Aqidah Ahlul Sunnah Waljamaah Sabtu 12.7.2014 9-1130pagi bimbingan Ustaz Mohd Ihsan.

Admin:KR

{sketsa} : Diramadhan ini.... 30/06/2014

{sketsa} : Diramadhan ini.... Sekadar menghilangkan rasa lapar perut dibulan mulia ini. Semoga ada pengajaran yang boleh diambil dari luahan jiwa ini. Selamat menyambut ramadhan 2014 dan ...

Terjemahan Alquran prepared by modayu 30/06/2014

BACAAN BULAN RAMADHAN

Terjemahan Alquran prepared by modayu Siri terjemahan lengkap AlQuran Kareem didalam Bahasa Melayu bersumberkan rujukan daripada kitab terjemahan yang diluluskan oleh jAKIM untuk tatapan kita sem...

Photos 27/06/2014

Jemput hadir ke Majlis Ilmu Aqidah Ahlul Sunnah Waljamaah Esok Sabtu 28hb Jun 2014 9-1130am. Bimbingan Ustaz Ihsan Abu Bakar

Man refuses to accept a rotten fruit for his money but he expects Allah to accept a rotten heart in exchange for paradise.

Ramadhan - Raya 25/06/2014

Hati hati dengan Hadis Palsu Bulan Ramadhan

[HADIS PALSU Ramadhan:
Doa Malaikat Jibril]

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Terdapat sebuah hadis yang disebarkan berbunyi: Malaikat jibril Menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.” Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak3 kali.

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh.

Setakat pengetahuan kami, hadis ini tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis, bahkan ia hanya muncul dalam 3-4 tahun yang lalu. Bahkan, ia hanya popular di Malaysia sahaja.

Ustaz Lokmanulhakim berkata:

Hadis Palsu yang paling masyhur setiap kali hampir masuk bulan Ramadhan ialah hadis tentang bermaaf-maafan kepada ibu bapa, suami isteri dan orang sekitar.

Ajaibnya, matan hadis ini hanya ada dalam versi Bahasa Melayu, dan tak pernah dijumpai versi Bahasa Arab.

Sangkaan kuat saya bahawa hadis palsu ini adalah rekaan orang Malaysia. Wallahu A’lam.

[Sumber: @[c3Rvcnk6UzpfSTE4MTI0NjY5MTY6MTAyMDEzNTEyMTEzNDE1ODA=:https://www.facebook.com/lokmanulhakim.hussain/posts/10201351211341580] ]

Kita tidak perlukan hadis palsu ini. Cukuplah dengan hadis yang sahih atau hasan. Antaranya ialah hadis yang benar seperti di bawah:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، ” أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَى الْمِنْبَرَ ، فَلَمَّا رَقَى الدَّرَجَةَ الأُولَى ، قَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّانِيَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّالِثَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، سَمِعْنَاكَ تَقُولُ : آمِينَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ؟ قَالَ : لَمَّا رَقِيتُ الدَّرَجَةَ الأُولَى جَاءَنِي جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ رَمَضَانَ ، فَانْسَلَخَ مِنْهُ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ” .

Jabir bin ‘Abdullah berkata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menaiki minbar, ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, baginda menyebut “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, baginda menyebut “Amin”. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah. Kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali. Baginda menjawab: Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepada ku dan berkata: Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut Amin. Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkannya ke dalam syurga. Aku pun menyebut Amin. Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang engkau (iaitu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam) di sebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut Amin.

[Al-Imam Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, hadis no: 640. Shaikh al-Albani berkata ia Sahih Lighairihi dalam Sahih al-Adab al-Mufrad]

Kami ingin memberi nasihat dan amaran kepada semua pembaca agar berhati-hati daripada menisbahkan sesuatu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Semaklah Sebelum Sebar!

Imam Muslim dalam Muqadimah Sahih Muslim membawakan beberapa hadis yang mengajar kita untuk berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَكْذِبُوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ يَكْذِبْ عَلَىَّ يَلِجِ النَّارَ

Janganlah berdusta menggunakan diri ku, sesungguhnya sesiapa yang berdusta menggunakan diri ku nescaya akan masuk neraka [hadis no:2]

مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Sesiapa yang dengan sengaja berdusta menggunakan diri ku, maka dia menempah tempat duduk dalam neraka [hadis no: 4]

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Cukuplah seseorang dianggap berdusta apabila dia menyampaikan setiap apa yang dia dengar [hadis no: 7]

Terdapat banyak lagi riwayat yang disebutkan oleh Imam Muslim dalam Muqadimah Sahihnya. Ini hanyalah sebahagian kecil sahaja.

Berhati-hatilah kita!

Sumber:
http://alkahfi.com.my/hadis-palsu-ramadhan-doa-malaikat-jibril/

Mobile uploads 23/06/2014

Kelas Pengajian Fekah Sabtu Minggu ke 2 - Buku Rujukan 1

Photos 20/06/2014

salam Jumaat semoga tenang dan ikhlas :)

Admin:KR

Want your school to be the top-listed School/college in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No22a Jalan PJU 8/5g Bandar Damansara Perdana
Petaling Jaya
47820